Thursday 21 August 2014

Sentul.........di Air Molek berbeza Sentul di Kuala Lumpur

SENTUL- di Air Molek bunyi "e"nya adalah e pepet. Manakala Sentul di Kuala Lumpur bunyi "e"nya adalah e teleng. Itu perbezaan nyata. Tapi perbezaan apling besar, Sentul di Kuala Lumpur nama sebuah petempatan. Nak beli spare part motorpun murah kat sini.

Sentul di Air Molek, adalah nama sejenis buah yang berwarna kuning. Kulitnya keras, pohonnya tinggi. Sering menjadi mangsa balingan dengan kayu waktu saya kecil dulu. Isinya berwarna putih, berkapas. Buahnya kena baling ke batang pokok untuk dipecahkan sebelum dapat di makan. Boleh telan dengan biji-bijinya sekali dan tanggung akibatnya. Siapa yang dah rasa mesti tahu apa makna KEBEBAL. Perg!! berjam-jam kat tandas tak keluar-keluar lagi. Sembelit.

Batang sentul dulu ditebang dijadikan terompah. Ada pembeli dari luar yang datang membeli kerana batang sentul ringan. namun sekarang, Sentul dah tak ada harga. Budak-budakpun tak nak makan dah. Yalah dulu makanan susah, perutpun asyik lapar aje.......

Mereka kini mendaki puncak.......

Saat berbual dengan beberapa rakan di kedai abang sahal ( kedai datuk murugum kata budak-budak) saya temui beberapa ikon yang kini mendaki puncak kejayaan. Atas usaha gigih dan semangat yang kental.

Antara yang sering saya temui adalah Abang Aziz ( moyok panggilan orang kampung) anak Pak Long Meon, Jeya (rakan satu sekolah) Anak Long Samah- Eddy dan Lan, Pak Lang Seman, Abang Nan di paya. Semua ini pemilik lembu yang agak banyak bilangannya. Di paya juga, abang Musa Mahat, abang Tauhid juga memelihara lembu. Di seberang pula, Wak Jun. Mereka ini berjaya dalam usaha masing-masing. Memang hebat.

Terbaru saya dengar abang Kahal (kakek) juga meula menjalankan usaha perniagaan santan segar. Tiap petang minum bersama beliau. Walaupun kecil tapi usaha mereka ini harus diberi pujian.Mereka berani mencuba dan berani menghadapi kegagalan.Apapun tahniah.

Ikon Yang Saya Amat Takuti Waktu Kecil

Ramai ikon yang saya takuti waktu saya kecil;. Yalah, saya ditakdirkan membesar di kampung bersama datuk, nenek dan kaum keluarga. Sempat bermanja dengan Wan Enom, moyang saya. Waktu itu beliau telah bongkok namun masih boleh menjampi kalau ada yang demam, kepenan (sejenis sakit dalam mata) dan beberapa lagi.

Era inilah saya sering merasa gementar kalau berjumpa dengan beberapa ikon ini. Suaranya saja telah membuat saya terjun dari tingkap untuk menyorok. Nacaamun ikon ini yang sangat saya sayangi dan sentiasa mengenang beliau.

Datuk Ali Noh- Perh!!! dengan tubuh yang berisi dan suara yang lantang, beliau menimbulkan rasa kegerunan yang semacam. Beliau kerap melalui rumah aruah nenek saya dan apabila melihat kelibat saya, gertakan-gertakan akan di keluarkan. Putih tapak kaki melarikan diri....... biasa menyorok di belakang tong kui atau di belakang dapur. Ada masa tertidur menunggu beliau balik dari sawah barulah keluar semula.

Pak Long Saman dan Pak CikTamin- Dua bersaudara. Sepupu kepada emak saya. Pak Long Saman telah lamaemapat  meninggal dunia. Baru-baru ini sempat berjumpa dengan Mak Long Menah. Mula uzur. Menurut Kak Long, Mak Long Menah mempunyai masalah dengan kaki.

Berbalik kepada kisah Pak Long Saman dan Pak Cik Tamin tadi, mereka ini kaki gertak. Memang kena gertak setiap kali. Dengan suara dan wajah yang menggerunkan, rasa nak putus tali perut. Tapi inilah insan yang saya hormati hingga kini.. Inilah insan yang memberikan kasih sayang kepada saya. Tak dapat saya membalas jasa baik mereka.\

Pak Cik Tamin masih ada. Sihat nampaknya. Berbual kisah lama dengan beliau mengingatkan diri bahawa sejauh mana kita pergi, setinggi mana kita berada, kampung tetap menjadi ingatan. Justru itu saya berusaha untuk kembali ke kampung dan cuba membantu apa yang terdaya.

Usaha Penulisan Sejarah Air Molek

Dengar khabarnya, usaha penulisan sejarah Kampung Air Molek, Kuala Sungai Baru sedang giat dilakukan. Syabas dan tahniah kepada team yang melakukan usaha. Berbual dengan abang Tapa, anak busu Cuwin,  beliau menyatakan sedang melakukan kajian di kampung tetapi malangnya ramai responden yang uzur, kurang mengingati sejarah sepenuhnya dan sebagainya.

Namun bagi saya itu tidak penting. Yang utamanya usaha meninggalkan sejarah dalam mengingatkan anak bangsa bahawa anak Air Molek bukan sembarangan. Mengikut kajian secara rambang dikatakan, bahawa pengasas awal kampung kita berasal dari Palembang. Berhijrah dua bersaudara membuka petempatan baru. Seorang di Kuala Sungai Baru dan seorang lagi di Air Molek. terkait juga susur galur beliau di Bukit Rambai, di Lubuk Redan dan di Londang. (Info lisan yang saya dapat dari beberapa responden).

Melihat perubahan kampung dari satu era ke satu era, memang kita boleh berbangga dengan apa yang kita nikmati. Biarpun kita agak ketinggalan namun usaha secara istiqamah dilakukan. berbual dengan Tuk Sidang Sirun baru-baru ini, saya melihat kesedaran anak kampung semakin mendalam terhadap Islam. Program Tahlil dan bubur lambuk dalam bulan Ramadhan berjalan lancar dan mendapat sambutan. Masjid terisi dengan pelbagai program. Ini membawa makna pemimpin-pemimpin kampung menjalankan usaha-usaha yang sepatutnya disokong. Kita lupakan ketidakpuasan hati sebaliknya marilah kita bersama menyumbang dalam apa jua bentuk untuk sebuah kampung yang kita cintai.

Seperti kata kawan saya...... ingatlah di mana uri kita di tanam...... dalam maknanya tu... mat sam

Wednesday 6 August 2014

Perginya Seorang Pendidik- Allahyarham Kari Bin Baba

Seawal jam 7.00 pagi saya dikejutkan  panggilan telefon oleh sauidara Asri Jati. Beliau menyampaikan khabar duka. Guru kami, Aruah Cikgu Kari Baba, 80 tahun telah kembali ke rahmatullah. Sehari sebelumnya saya sempat berbual dengan menantu aruah, Kak Habsah Jati yang menceritakan tentang penghantaran aruah ke hospital kerana kekurangan air dalam tubuh. Beliau dikatakan tidak menjamah makanan dan minuman sejak beberapa hari sebelumnya.


Segera menghubungi rakan-rakan yang lain, saya bersama saudara Hashim Saad bergegas ke kedai Abang Yunus berhampiran masjid. Biasanya ramai yang berkumpul di sana. Tidak lama di sana saudara Asri tiba. Setelah sarapan kami bergerak menziarahi aruah. Ramai saudara mara, bekas murid telah berada di sana.


Aruah seorang guru yang baik, penyabar dan mempunyai tulisan yang amat cantik. Tidak pernah marah. Sentiasa kemas dan segak. Kenangan peribadi saya dengan aruah tidak banyak kerana saya tidak lama di kampong. Antara saya ingat ialah beliau pernah mengiringi saya ke Pertandingan " Story Telling" di SK Pengkalan Balak. Kami menaiki motor vespa milik beliau.


Selain itu, kami sering mengambil kerbau dari ladang, Bukit Bruang dengan berjalan kaki. Banyak cerita yang beliau ungkap sepanjang jalan sewaktu pergi dan balik.
 Apapun kini saya menyambung tugas beliau walaupun tidak sehebat beliau. Namun hasil ajarannya, saya dapat menulis dengan baik, malah pernah menjadi Johan Pertandingan Mengarang Sempena Hari Guru beberapa tahun lalu.


Buat aruah, al-fatihah....... kenangan bersama akan menjadi kenangan terindah bagi saya

Peneroka Kampung Air Molek

Ramai antara kita yang tidak mengetahui asal usul Kampung Air Molek. Yang terdengar dari bisikan burung di katakan bahawa kampong ini dibuka oleh Allahyarham Kamat. dari mana asalnya datuk Kamat ini. Apakah sinonim kampong Air Molek Melaka dengan Air Molek Kuala Sungai Baru Melaka.Siapakah anak cucu beliau yang dapat bercerita tentang aruah datuk Kamat ini. benarkah kubur yang ditemui adalah milik datuk Kamat sedangkan ada cerita yang menyatakan datuk Kamat dimakamkan di Bukit Rambai.? Apakah kaitan Bukit Rambai dengan Air Molek.


Semua perseolan ini bermain dalam kepala saya sewaktu membuat penyelidikan asas. Terdetik di hati ingin menulis tentang kampong tercinta. Tapi responden siapa? Siapakah yang layak ditemubual. Jika ada yang mempunyai maklumat sila hubungi saya. Untuk berkongsi salasilah kampong ini