Sunday 15 February 2015

MUSIM MENGAIL DI KAMPUNG

Tiba-tiba topic perbualan di kampong berubah. Di kedai Pak Long Sahal, Kedai ibu, kedai bawah pokok, topiknya berkisar kepada cerita ikan Puyu, haruan dan sembilang. Dan yang paling untung taukeh cengkerik di Lubuk Cina dan dan di kuala. Orang kampong mula mengeluarkan batang kail yang dah berdebu. Mengganti mata dan tali. Mencari pelampung dan selepas zohor telah masuk ke "port" rahsia masing-masing untuk mengail ikan.


Antara pengail tegar adalah pak Aim, Abang keram, Harun datuk, zaini. Diikuti pemancing sepairuh tegar, pak Long sahal, kakek. Dak baba (mayat) pun terpengaruh juga. Malam berkumpul di kedai sahal, bercerita tentang jumlah ikan diperolehi. Jenis ikan dan juga mula mencari pelanggan. Beratus juga duit yang diperolehi. Dapat juga belanja harian di musim kering ni.


Inilah indahnya duduk di kampong. Sayur mayor keliling rumah. Masih boleh mengail mencari lauk berasaskan protin. Pendek kata, segalanya masih boleh diikhtiarkan

Tuesday 3 February 2015

Aki Mat Tera-Kekejaman Komunis

Generasi saya dan generasi sekarang mungkin berasa asing apabila mendengar cerita tentang kematian Aki Mat Tera. Siapakah Aki Mat Tera ini. Aruah adalah suami kepada Wan Temah. Wan Temahpun telah kembali. Rumah mereka bersebelahan dengan rumah aruah Datuk Kemodin atau rumah Kadir Rahman. Menuju ke warung Man Meon.




Aki Mat Tera yang saya ketahui ditembak mati oleh komunis di Paya Mengkuang sewaktu aruah dalam perjalanan dengan bas. Bas telah ditahan oleh sekumpulan komunis dan angkara ketakutan aruah dikatakan cuba melarikan diri dan akhirnya ditembak. Satu-satunya mangsa komunis di Air Molek.




Wan Temah hidupnya susah selepas kematian Aki Mat Tera. Rumahnya hampir menyembah bumi. Tinggal bertiga dengan cucunya, Abang usop dan Hawa. Abang Usup berkahwin dengan kak timah,
anak Mak Long Menah yang rumahnya terletak di hujung kampong, selepas Warung Man Meon. Hawa khabarnya di Singapura bersama emaknya. Wan Temah meninggal di Kampung asalnya di Kampung Pulau.




Menyentuh tentang komunis, beberapa anak kampong kita juga turut berjuang menentang komunis. Antaranya Tuk Seman Sari, Pakcik Hassan (suami makcik Limah), aruah  Pak Long Saad Jawa, aruah Datuk Bedul (mertua Pakcik Tamin), Datuk Md jai, Sarjan Khamis yang menjadi pegawai pemilihnya. Mereka ini bertugas sebagai Special Constable (SC) dan ada yang meneruskan servis sebagai Jungle Squad.