Tuesday, 31 July 2012

AL FATIHAH BAGI YANG TELAH PERGI

Saat kembali ke kampung baru-baru ini terdengar berita beberapa penghuni kampung telah kembali ke rahmatullah. Antara yang terbaru Pak Oteh. Apa yang dapat dihadiahkan hanyalah Al Fatihah buat allahyarham moga ditempat di kalangan orang-orang yang terpilih di sisi Allah S.W.T

Sunday, 15 July 2012

SATU PERBUATAN YANG NYATA MELAMPAU

Promosi Carlsberg Sempena Ramadhan







iklan, hina, islam, puasa, dikaun, ramadhan, bulan mulia, pasaraya, lokasi, promosi, arak jenama carlsberg, darah, marah facebook, bantah, kafir, bukan islam, pihak pengurusan, daging babi panggang, gambar, amaran

PETALING JAYA: Langkah sebuah pasaraya di Sri Petaling membuat promosi arak Carlsberg dengan meletakkannya ‘Ramadhan Sale’ menyemarakkan darah umat Islam menjelang Ramadhan ini.

Iklan itu yang kemudiannya dimasukkan dalam facebook sekejap sahaja sudah menerima puluhan komen dari pengguna laman sosial itu.

Posting gambar iklan ini dibuat melalui facebok milik Lajnah Penerangan Dppsa (Dewan Pemuda PAS Shah Alam) dan beberapa pemilik lagi telah mendapat pelbagai reaksi dari orang ramai.

Ramai yang marah-marah namun ada juga yang agak rasional dengan berkata, mungkin ianya dibuat oleh orang Bukan Islam yang tidak faham.

Oleh itu, mereka yang terjumpa iklan sebegini sepatutnya terus membuat bantahan kepada pihak pengurusan pasaraya ini.

Iklan ini seumpama promosi daging babi panggang yang dibuat oleh akhbar MCA, The Star dalam bulan Ramadhan yang lalu.

The Star telah menerima amaran ekoran penyiaran itu.

Namun pihak Kementerian Dalam Negeri (KDN) terus juga memberi amaran apabila The Star membuat satu lagi kesilapan apabila menyiarkan tulisan dan gambar penyanyi Amerika, Erika Badu yang bertatu nama Allah di dadanya yang telanjang


Sumber

APABILA RAMADHAN TIBA

Ramadhan akan tiba tidak sampai seminggu lagi. Bulan umat Islam. Bulan mendapatkan sejuta pahala bagi yang benar0benar ingin mendapatkannya. Bagaimana caranya, berjinak-jinaklah dengan yang arif tentang hal ini.

Akan bergemuruhlah surau dan masjid di kampung kita dengan bacaan-bacaan ayat suci. Alangkah indah berpuasa di desa tercinta. Zaman saya kecil dulu, saat elektri belum ada, akan gemerlapan kampung dengan pelita minyak tanah, pelita buluh, tempurung kelapa yang dibakar. Waktu itu, kampung seolah bermandi cahaya.

Sekarang ni lampu elektrik telah melimpahkan cahaya  di desa kita. Tambah meriah agaknya. Ada juga pengusah-pengusaha kecil-kecilan berniaga dan mencari ruang mencari rezeki. Ayam, itik, kerbau, kambing dan lembu dah mula termenung. Siapa yang akan menjadi korban tahun ini.

Namun begitu, ramadhan adalah bulan keinsafan buat kita. Insaf akan nasib mereka yang menderita. Yang hanya menjamah makanan sehari sekali atau tidak langsung merasa makanan berhari-hari. Ramadhan juga adalah bulan bersedekah. Akan mengalirlah doa dari penerima sedekah buat orang yang menghulurkan sedekah.

Namun zaman kanak-kanak saya tidak seindah kanak-kanak sekarang. Tetapi ikatan ukhuwah zaman itu amat penting dan rapat. Pagi raya telah menziarah kubur-kubur mereka yang telah kembali terlebih dahulu. Di sini juga kita dapat bertemu dengan sanak saudara, rakan taulan sebelum beramai-ramai ke masjid. Bertakbir dan bertahmid.

Apapun juga, SALAM RAMADHAN buat anak-anak desa tercinta sama ada yang berada di perantauan mahupun berada di desa. Kita adalah penerus legasi Air Molek

PAKAM HARUS ADA INCOME SENDIRI

Salam Warga Desa
Tertarik dengan tulisan Muhamad hadi dalam laman buku PAKAM tentang perlunya PAKAM mempunyai dana yang dapat menggerakkan program-program yang dirancang. Pada pendapat saya, apa yang diluahkan adalah benar dan tepat. Tanpa income yang tetap, adalah sukar untuk PAKAM bergerak. Sampai bila kita harus mengharapkan sumbangan dari pihak tertentu dalam usaha menjayakan sesuatu rancangan.

Istilah sumbangan juga adalah sesuatu yang menjadi bahan momokan. Setiap kali mahu melakukan sesuatu kita mengharapkan sumbangan dari sana sini sehingga pihak yang menyumbang juga merasa jelak dengan kita. Ada baiknya kita memikirkan satu mekanisme untuk mencari sumber kewangan yang boleh menghasilkan pendapatan tetap. Apa juga bentuk perniagaan, perusahaan boleh dibincangkan.

Kita kembali kepada zaman kegemilangan kedai RISDA dahulu. Bagaimana kedai ini boleh maju dan tiba-tiba merudum. Cari punca dan kita baiki semula. Tidak susah rasanya jika mahu memulihkan kedai dari membuka sebuah kedai. Terdapat beberapa bantuan yang boleh kita gunakan untuk mendapatkan sumber kewangan antaranya Kedai 1Malaysia, konsep TUKAR. Bagaimana kalau AJK PAKAM survey dan dapatkan maklumat untuk dilakukan pencerahan. Rasanya, sistem saham yang dilakukan dahulu dah betul, cuma pengurusan agak kecoh. Kita baiki semua. Datuk mungkin dapat membantu dari segi pelaksanaan perniagaan.

Wednesday, 4 July 2012

Menyusuri Kenangan Lalu 2

Ketibaan bulan ramadan ni akan kembali diserikan dengan kenduri kendara. Ramailah yang akan bersedekah sebelum ramadan tiba. Itulah satu keunikan kampung kita. Kenduri tak pernah sunyi. Dari gulai ayam sampailah ikan sawah. Tapi bila sebut ikan sawah, penuhlah jemputan. Tambahan masa sekarang ni. Ikan sawah susah nak dapat.

Kepada yang bersedekah baguslah. Inilah masanya kita membuat amal. Membuat kebajikan. Disamping mengembalikan hubungan mesra sesam jiran sekampung yang bukan orang lain. Tapi sejak ada taman ni, orang kampung yang duduk di tamanpun dah digelar orang taman. Ha ha

Menyusuri Kenangan Lalu 1

Salam Rakan sedesa,
Ramadhan akan tiba tidak lama lagi. Tiba dengan seribu keberkatan. Ramadan adalah bulat umatNYA.
Teringat suatu masa dulu sewaktu awal remaja, masa tu kampung kita belum ada elektrik lagi. Bulan puasa selera mencanak-canak naiknya. Nak air tulah nak air nilah. Maka air batu akan menjadi pilihan. Saya pernah berkongsi dengan beberapa rakan-rakan berniaga air batu potong. Bukakan untung besarpun. Tapi cukuplah untuk belanja sekolah.

Sebelum beli air batu, kita orang pergi ambil habuk papan di hujung Pekan Kuala. Masa tu ada sawmill kat situ dan juga panggung wayang. Sekarang ni dah ada bangunan baru dan juga pejabat pos. Air batu beli kat kedai cina sebelah klinik Dr Ismail. Pukul 5 dah tunggu depan kedai. Pukul 6 ambil air batu bawa balik dan potong kemudian delivery ke rumah pelanggan. Kira untung sebelum buka puasa kat tepi balai raya.

Mengingat ini semua, saya lebih suka kalau ada badan yang berjuang di kampung kita ini merencakan sesuatu. Dari terus bertekak pasal padang bola yang tak berumput, apa kata kita ajar anak muda kita "memancing ikan, bukan memberi ikan kepada mereka". Berikan mereka jalan untuk membuka perniagaan yang sesuai di kampung. Dua buah kedai cina tu boleh runtuh kalau kita bersatu nak majukan kampung. Kalau kita ada niat begitulah. Kecualilah niat kita nak meruntuhkan kampung.

Kadang kala terasa bosan juga bila membuka facebook, asyik terbaca tentang padang bola. Suatu senario yang tak pernah selesai sejak zaman saya remaja lagi. Bukan tak elok bersukan ni. Tapi bila bersukan kita perlukan jersey dan sebagainya. Duit kita asyik nak minta pada orang-orang tertentu. Tak kena gaya juga kalau begitu. Kita cari jalan untuk membolehkan kita mendapat dana tetap. Dari dana tu kita bangunkan pasukan bola sepak dan padang kilat. Bila ada ada duit kita boleh buat apa sahaja yang kita nak.

Fikir-fikirkan

MUSTAFA KAMAL ATATURK

Waktu sekolah rendah dulu, antara tajuk yang kami belajar adalah tentang manusia nilah. Kamal Ataturk dengan gelaran Bapa Turki Moden. Macam-macam yang dinyatakan tentang kebaikannya. Namun masa beredar akhirnya terserlah siapa sebenarnya manusia bernama Kamal Ataturk ni. Rupanya bapa sekularisme yang menidakkan Islam pada zaman pemerintahannya.

Hingga akhir hayatnya hidup dalam kepanasan, matai dalam keadaan hina malah bumi tidak menerimanya. Betap besar kuasa Allah

SIAPAKAH MUSTAFA KAMAL ATARTURK

Orang Hina Di Sisi ALLAH SWT : Mustafa Kemal Atatürk
Mustafa Kemal Atatürk 1881-10 November 1938 adalah pengasas Republik Turki . Beliau merupakan pegawai tentera, pemimpin revolusi, negarawan dan presiden Turki yang pertama.
Beliau adalah komander tentera yang berjaya dan berkhidmar sebagai panglima tentera semasa Pertempuran Gallipoli iaitu ketika Perang Dunia I. Angkatan tentera pimpinan beliau berjaya merampas kembali wilayah Anatolia dan Palestin . Ketika itu Empayar Ottoman / Uthmaniyah sedang dikoyak-koyak oleh Tentera Bersekutu. Mujurlah Mustafa Kemal telah memimpin pergerakan kebangsaan Turki menghadapi Perang Kemerdekaan Turki.

Beliau telah memindahkan ibu negara Turki dari Istanbul ke Angora yang kini dikenali sebagai Ankara.

Mustafa Kemal telah membentuk semula aspek kehidupan rakyat Turki agar sesuai dengan tuntutan semasa yang kemudian dipangil ideologi Kemalist. Ideologi ini bertujuan menyediakan Turki ke arah negara moden, demokratik dan negara sekular , positif dan bertindak rasional.
Beliau memerintah dari tahun 1918 hingga 1934. Beliau adalah seorang negarawan yang berkebolehan dalam bidang politik. Memeperkenalkan sistem politik sekularisme, beliau ‘berjaya’ meruntuhkan empayar Turki Uthmaniyyah. Mustafa Kamal Ataturk meninggal dunia pada tahun 1938 dan telah dikebumikan di sebuah makam di Ankara iaitu ibu negaranya.

Dosa Mustafa Kemal

1. Membolehkan perempuan memakai tudung dengan syarat pakai skirt/ROK.
2. Membolehkan lelaki memakai seluar panjang dengan syarat pakai tali leher dan topi (sesuai dengan kehendak barat)
3. Menyuruh wanita dan lelaki menari di khalayak ramai. Beliau sendiri pernah menari dengan seorang wanita di sebuah parti umum yang pertama di Ankara.
4. Beliau pernah menegaskan bahawa “negara tidak akan maju kalau rakyatnya tidak cenderung kepada pakaian moden”
5. Menggalakkan minum arak secara terbuka.
6. Mengarahkan Al-Quran dicetak dalam bahasa Turki
7. Menukar azan ke dalam bahasa Turki. Bahasa Turki sendiri diubah dengan membuang unsur-unsur Arab dan Parsi.
8. Mengambil arkitek-arkitek dari luar negara untuk memodenkan Turki. Hakikatnya mereka diarah mengukir patung-patung dan tugu-tugunya diseluruh bandar Turki.
9. Satu ucapan beliau di bandar Belikesir di mana beliau dengan terang-terangannya mengatakan bahawa agama harus dipisahkan dengan urusan harian dan perlu dihapuskan untuk kemajuan.
10. Agama Islam juga dibuang sebagai Agama Rasmi negara.
11. Menyerang Islam secara terbuka dan terang-terangan
12. Menggubal undang-undang perkahwinan berdaftar berdasarkan undang-undang barat.
13. Menukar Masjid Ayasophia kepada muzium, ada sesetengah masjid dijadikan gereja.
14. Menutup masjid serta melarang dari bersembahyang berjemaah.
15. Menghapuskan Kementerian Wakaf dan membiarkan anak-anak yatim dan fakir miskin.
16. Membatalkan undang-undang waris,faraid secara islam
17. Menghapus penggunaan kalendar Islam dan menukarkan huruf Arab kepada huruf Latin.
18. Mengganggap dirinya tuhan sama seperti firaun. Berlaku peristiwa apabila salah seorang askarnya ditanya “siapa tuhan dan dimana tuhan tinggal?” oleh kerana takut, askar tersebut menjawab ‘Kamal Atartuk adalah tuhan” beliau tersenyum dan bangga dengan jawapan yang diberikan oleh askar itu.


KEMATIAN KAMAL ATARTUK YANG MENYEKSAKAN

Di saat kematiannya, Allah telah datangkan beberapa penyakit kepada beliau sehingga beliau rasa terseksa dan tak dapat menanggung seksaan dan azab yang Allah berikan di dunia.
Antaranya ialah:
 1. Didatangkan penyakit kulit hingga ke kaki di mana beliau merasa gatal-gatal seluruh badan.
2. Sakit jantung
3. Penyakit darah tinggi
4. Panas sepanjang masa, tidak pernah merasa sejuk sehingga terpaksa diarahkan kepada bomba untuk menyiram rumahnya 24jam. Pembantu-pembantunya juga diarahkan untuk meletak ketulan-ketulan ais di dalam selimut untuk menyejukkan beliau.

Maha suci Allah, buat macam mana pun rasa panas tak hilang-hilang.Oleh kerana tidak tahan dengan kepanasan yang ditanggung, beliau menjerit sehingga seluruh istana mendengar jeritan itu. Oleh kerana tidak tahan mendengar jeritan, mereka-mereka yang bertanggung jawab telah menghantar beliau ke tengah lautan dan diletakkan dalam bot dengan harapan beliau akan merasa sejuk.
Allah itu Maha Besar, panasnya tak juga hilang! Pada 26 september 1938, beliau pengsan selama 48 jam disebabkan terlalu panas lalu dia sedar selepas itu tetapi beliau hilang ingatan.

Pada 9 November 1938, beliau pengsan sekali lagi selama 36 jam dan akhirnya meninggal dunia. Sewaktu beliau meninggal, tidak seorang pun yang memandi, mengkafan dan menyembahyangkan mayat beliau. Mayat ini diawetkan selama 9 hari 9 malam, sehingga adik perempuan beliau datang meminta ulama-ulama Turki memandikan, mengkafankan dan menyembahyangkannya.

Tidak cukup dari itu, Allah tunjukkan lagi balasan azab ketika mayatnya di bawa ke tanah perkuburan. Bila mayatnya hendak ditanam, tanah tidak menerimanya(susah jenazahnya hendak masuk ke liang lahad). Disebabkan putus asa, mayatnya diawetkan sekali lagi dan dimasukkan ke alam muzium yang diberi nama EtnaGrafi di Ankara selama 15 tahun (sehingga tahun 1953).
Selepas 15 tahun mayatnya hendak ditanam semula, tapi Allah Maha Agung, bumi sekali lagi tak menerimanya. Habis ikhtiar, mayatnya dibawa pula ke satu bukit ditanam dalam satu binaan marmar beratnya 44 ton. Mayatnya ditanam di celah-celah batu marmar.

Apa yang menyedihkan, ulama-ulama sezaman dengan Kamal Atartuk telah mengatakan bahawa “jangan kata bumi Turki, seluruh bumi Allah ini tidak menerima Kamal Atartuk!” Hanya Allah sahaja yang Maha Mengetahui

Sumber:http://nuraiman.wordpress.com/2008/05/01/orang-hina-di-sisi-allah-swt-mustafa-kemal-ataturk/