Terbetik khabar tentang seorang warga kampung kita berada di salah sebuah pusat jagaan untuk warga emas. Tidak pasti siapa insan itu. Jika benar berita ini, sempena Aidil Fitri ini, saya ingin mencadangkan agar kita mencari siapa insan itu dan di mana beliau ditempatkan.
Dan paling baik kita buat sedikit kutipan untuk disedekah kepada beliau sama ada dalam bentuk barangan atau duit. Dan jika ada warga kampung yang mengetahui dimana beliau ditempatkan maklumkan kepada saya. Saya berhasrat untuk melawat beliau sempena aidil fitri ini. Biarpun tanpa talian darah kkeluargaan, saya merasa pilu mengenangkan betapa beliau keseorangan saat takbir aidil fitri.
Rasanya belum pernah terdengar lagi cerita tentang warga kampung tersayang ini yang mengalami nasib sebegini. Pada agakan saya. Saya tidak tahu bagaimana beliau boleh berada di sana dan apakah punca.
Seperkara lagi, buat warga kampung tercinta, ramai warga emas yang kini bersendirian di kmpung kita. Apakata jika pakat-pakat, bawa juadah seorang sedikit dan beraya dengan mereka. Agar dapat mereka merasakan nikmat aidil fitri ini. Inilah masa yang sesuai kita berziarah.... hanya sekadar lontaran pendapat
Saturday, 11 August 2012
IKLAN HARI RAYA YANG MENYENTUH PERASAAN
Salam teman sekampung,
sengaja saya pilih entri ini untuk sama-sama mengingatkan. Iklan Hari Raya ini saya kutip dati Youtube untuk renungan bersama. Banyak pengajaran yang boleh kita temui disini.
sengaja saya pilih entri ini untuk sama-sama mengingatkan. Iklan Hari Raya ini saya kutip dati Youtube untuk renungan bersama. Banyak pengajaran yang boleh kita temui disini.
Tuesday, 7 August 2012
SETTING BLOG PADA KADAR MURAH
Bagi rakan-rakan yang teringin memiliki blog sendiri, saya menawarkan harga yang murah untuk mereka bentuk laman blog untuk anda. Apa sahaja blog mengikut kehendak anda. Sama ada untuk peribadi, perniagaan kecil atau sebagainya.
Saya juga akan memantau blog anda untuk tiga bulan sebelum saya serahkan sepenuhnya kepada anda. Anda hanya perlu menyatakan nama blog anda, jika ada email berikan e-mail anda (saya lebih suka mencipta email baru untuk anda), isi kandungan blog, gambar-gambar dan apa sahaja yang berkaitan dengan blog anda.
Saya akan mengambil masa lebih kurang 7 ke 10 hari untuk menyiapkan blog anda. Dan anda boleh menggunakan blog tersebut selepas itu.
Anda boleh menyemak blog saya dan blog yang saya hasilkan di pautan berikut:
Anda nyatakan apa yang anda perlukan, saya cuba memuskan kehendak anda.
BENTENG KENANGAN
Tentu anda tidak menyangka inilah benteng yang pernah saya sebutkan dalam entri saya yang terdahulu. Benteng ini dibina untuk menggelakkan kawasan paya ini ditenggelami air. Agak luas juga benteng ini. Mencapai ukuran 8 kaki lebar dan 7 kaki dalamnya. Dulunya dijadikan juga punca pengairan air untuk sawah padi. Kerana kepandaian jurutera pengairan, benteng ini tidak digunakan. Bandar dari simen dibina. Air terjun terus ke sungai dan sawah kering kontang. Rupanya bukan kampung kita sahaja yang mengalami masalah ini tetapi banyak kampung termasuk di Negeri Sembilan.
Benteng ini menyimpan banyak kenangan. Di pinggirnya dahulu pernah menjadi tempat tanaman ubi ajinomoto, kacang tanah, keledek. Kini tanah kebun berganti dengan deretan rumah. Kawasan ini mula menjadi kawasan petempatan. Di sini pernah ada padang bola sepak. Puas bermain, kami terjun ke benteng untuk belajar berenang. Yang terjun masuk ke benteng inipun ramai. Tersilap pandang.
PANORAMA DESA
Beberapa landskap kampung yang berubah dan yang terbiar dan perlukan perhatian
Jalan Paya Lebar- dikenali dengan nama highway- jalan pintas dari kampung ke Lubuk China |
Pandangan dari hujung Koleh Kemahiran Tinggi Mara |
Wajah SK Air Jernih yang kembali ceria dan selesa |
Bangunan 3 tingkat menggantikan bangunan sekolah yang lama |
Klinik Desa yang menggantikan khidmat Bidan Kampung |
Di sinilah penduduk kampung memproses getah kini terbiar semak dan samun |
Swimming pool Air Molek- benteng yang meninggalkan kenangan pada sebahagian remaja kampung |
Ikon kerjasama penduduk kampung yang harus diberikan nafas baru |
Juga memerlukan sentuhan kerana terletak di tengah-tengah kampung |
Dulu- di sinilah terletaknya "panggung". Hanya boleh dilalui oleh kenderaan beroda dua. Kini sudah boleh dilalui oleh kereta dan memendek jarak untuk ke Solok Seberang |
Subscribe to:
Posts (Atom)