Warga emas di kampung semakin berkurangan. Seorang demi seorang menyahut seruan Ilahi. Kembali ke dunia abadi Kembali kepada kekasih sejati. Sebuah asam garam kehidupan. Bukan itu tajuk utama kali ini. Fatihah buat mereka
Hari ini saya ingin mengenang kembali beberapa kehilangan yang harus kita tangisi. Kehilangan yang tak mungkin mendapat penggantinya. Cuba kita lihat suasana majlis perkahwinan sekarang tzini. Telah mula ada bunga-bunga sistem catering akan digunakan secara meluas. Majlis pakat sudah mula sirna jika ini berlaku. Anak muda tidak lagi menating dulang. Semuanya dilakukan oleh kumpulan kendarat. Memang memudahkan tapi ada juga cacat celanya. Harga yang perlu dibayar untuk sebuah kemudahan.
Tuesday, 22 January 2013
Monday, 21 January 2013
Memoir Yang Sukar Terlupakan 1
Perjalanan menanjak usia remaja mengukir pelbagai kenangan terindah. Menyimpan ribuan memoir yang menjadi rakaman kekal di hati. Sesekali kembali dan melintasi beberapa lokasi, ingatan muncul bagai putaran filem.
Dari benteng sajak di seberang bawalah ke kolam bertaraf olimpik di paya. Berhampiran dengan rumah Pak Lang Minhat adalah lokasi anak kampung menguji bakat renang. Air yang jernih bertukar kelabu akibat lumpur yang naik dari dasar. Bau lumpur bukan masalah. Cuma masalahnya lepas mandi. Air lumpur akan melekat ditubuh meninggalkan warna dan bau yang sering mengantoikan tuan punya tubuh dihadapan mak ayah.........
Puas berenang, akan diteruskan pula dengan drama combat. Apa sahaja bentuk kayu yang menyerup senapang akan menjadi senjata. Sampai sengal bibir akibat membunyikan bunyi senapang. Musih tak mati juga. Awal senja sudah berada di surau atuk Md Jai. Mengaji dan solat maghrib. Berebut nak menjadi pemukul ketuk-ketuk.
Semua tu dah jadi kenangan terindah. Kini ramai rakan sebaya sudah berada di luar kampung mencari rezeki atau bermaustautin di mana mereka bekerja. Sesekali terjumpa, gaya sudah berubah. Ada yang buat-buat tak kenal. Yang kenalpun bertanya sepatah dua. Lepas tu senyap. kemesraan sudah sirna. Inilah kehidupan

Entri Pertama 2013
Menyusuri jalanan aspal di desa tercinta, teringat pelbagai kenangan lama yang kini mungkin tidak dialami oleh generasi baru. Generasi kini lebih mengenali tablet, netbook, facebook berbanding zaman kami dahulu. Internet belum ada atau popular itu. TV warna pula sebiji-sebiji. Yang banyak TV dwi-warna.
Zaman kegemilangan takraw dahulu membariskan ramai pemain bertaraf pro. Antaranya Ahmad Saad, pernah bermain untuk negeri Melaka kalau tak silap.Balai raya menjadi pusat pertemuan remaja zaman itu. Kedai Risdapun baru nak dibuat. Elektrik baru nak masuk. Barulah terang benderang kampung.

Subscribe to:
Posts (Atom)