Nampaknya Air Molek telah kembali menjadi medan perang bendera. Setakat sehari dua ini, yang banyak kelihatan bendera biru dan beberapa kerat bendera hijau. Papan tanda bilik gerakan juga telah mula dipasang. Satu bilik gerakan telah bertapak di Abang Ali di pintu masuk kampung milikapan r parti pemerintah. Satu lagi kelihatan di hadapan rumah Pakcik Bujang milik UPU. Tanda-tanda awal pilihanraya akan tiba tidak lama lagi.
Di sepanjang jalan dari Solok Seberang hingga ke Taman Rebana Jernih pula telah kelihatan deretan bendera. Walaupun sebatang dua telah hilang dari tempat di pasang. Barang kali ada yang berkenaan. Tahniah kepada mereka yang melaksanakan tugas untuk memeriahkan suasana pilihan raya.
Andaian saya, kampung kita yang kecil ini, sebenarnya stok undis elamat yang untuk Barisan Nasional. Terlalu banyak undi diberikan untuk memenangkan calon BN untuk DUN Kuala Linggi. Bukan sepenggal malah sejak berpenggal-penggal yang lalu. Air Molek tahu mengenang jasa pemerintah. Mengembalikan semula apa yang diberikan pemerintah dengan undi sebagai bayarannya.
Persoalannya, YB yang bakal memenangi kerusi DUN jangan terlupa pula tentang kampung yang kecil ini. Biarpun kecil, seribu dua undi untuk YB pasti ada dan pasti. Jadi lihat-lihatlah apa lagi yang memerlukan tambahan. Perlukan pembaikan. Contohnya PUSAT KOMPUTER yang tidak beroperasi. Operasikan semula. Menurut pengerusi JKKK, komputernya ada, sambungan internet tiada. YB kenalah tengok-tengokkan.
Seperkara lagi tentang selekoh dan jalan masuk ke Taman Rebana Jernih. Selekoh tersebut sudah menjadi terlalu bahaya dan mengelirukan. Perlu diubah menjadi simpang berbentuk T. Kemudahan padang tetap untuk anak-anak muda yang bakal menjadi pengundi. Perlu disegerakan. Padang di atas rumah Datuk Tambichik sudah terlalu KERAS. Dapatkan padang yang tetap. Nampak macam ada tanah kosong di hadapan taman. Boleh tak kalau dicuba-cuba untuk kita memohon. Setakat yang terbaru, padang futsal dah dapat. Tak payahlah anak-anak muda kita bermain ditempat orang lagi.
Memang berlaku peubahan. Menafikan tidak pembangunan di Air Molek itu suatu perbuatan yang zalim. Melihatlah dengan mata hati bukan dengan hati yang kadang kala dicemari hasad. Cuma kadang kala kita agak terlewat menerimanya.Tahniah pada peneraju kampung yang berusaha mengubah wajah kampung.
Cuma yang sedikit menjengkelkan apabila kelibat warga Indonesia yang terlalu ramai di taman. Saban petang kelihatan wujud satu dunia kecil pendatang yang dengan izin atau tanpa izin memenuhi penjuru taman. Dan terbaru ada yang tertangkap kerana terlibat dalam rompakan di Pengkalan Balak. Nama kampung disebut-sebut dalam akhbar.
Dalam mengejar kemodenan, pembangunan, kuasa dan sebagainya, berpijaklah di bumi yang nyata. Janganlah diulangi sejarah Sultan Mahmud. Janganlah wujudlah Raja Mendeliar, Kitul yang memporak perandakan masyarakat. Biarpun bermain di belakang tabir, kelibat dan gelagat anda akan tercium juga oleh perisik-perisik CIA, Mozard atau M16.
Fikir-fikirkan lah
No comments:
Post a Comment