Generasi saya dan generasi sekarang mungkin berasa asing apabila mendengar cerita tentang kematian Aki Mat Tera. Siapakah Aki Mat Tera ini. Aruah adalah suami kepada Wan Temah. Wan Temahpun telah kembali. Rumah mereka bersebelahan dengan rumah aruah Datuk Kemodin atau rumah Kadir Rahman. Menuju ke warung Man Meon.
Aki Mat Tera yang saya ketahui ditembak mati oleh komunis di Paya Mengkuang sewaktu aruah dalam perjalanan dengan bas. Bas telah ditahan oleh sekumpulan komunis dan angkara ketakutan aruah dikatakan cuba melarikan diri dan akhirnya ditembak. Satu-satunya mangsa komunis di Air Molek.
Wan Temah hidupnya susah selepas kematian Aki Mat Tera. Rumahnya hampir menyembah bumi. Tinggal bertiga dengan cucunya, Abang usop dan Hawa. Abang Usup berkahwin dengan kak timah,
anak Mak Long Menah yang rumahnya terletak di hujung kampong, selepas Warung Man Meon. Hawa khabarnya di Singapura bersama emaknya. Wan Temah meninggal di Kampung asalnya di Kampung Pulau.
Menyentuh tentang komunis, beberapa anak kampong kita juga turut berjuang menentang komunis. Antaranya Tuk Seman Sari, Pakcik Hassan (suami makcik Limah), aruah Pak Long Saad Jawa, aruah Datuk Bedul (mertua Pakcik Tamin), Datuk Md jai, Sarjan Khamis yang menjadi pegawai pemilihnya. Mereka ini bertugas sebagai Special Constable (SC) dan ada yang meneruskan servis sebagai Jungle Squad.
No comments:
Post a Comment