Wednesday, 6 August 2014

Perginya Seorang Pendidik- Allahyarham Kari Bin Baba

Seawal jam 7.00 pagi saya dikejutkan  panggilan telefon oleh sauidara Asri Jati. Beliau menyampaikan khabar duka. Guru kami, Aruah Cikgu Kari Baba, 80 tahun telah kembali ke rahmatullah. Sehari sebelumnya saya sempat berbual dengan menantu aruah, Kak Habsah Jati yang menceritakan tentang penghantaran aruah ke hospital kerana kekurangan air dalam tubuh. Beliau dikatakan tidak menjamah makanan dan minuman sejak beberapa hari sebelumnya.


Segera menghubungi rakan-rakan yang lain, saya bersama saudara Hashim Saad bergegas ke kedai Abang Yunus berhampiran masjid. Biasanya ramai yang berkumpul di sana. Tidak lama di sana saudara Asri tiba. Setelah sarapan kami bergerak menziarahi aruah. Ramai saudara mara, bekas murid telah berada di sana.


Aruah seorang guru yang baik, penyabar dan mempunyai tulisan yang amat cantik. Tidak pernah marah. Sentiasa kemas dan segak. Kenangan peribadi saya dengan aruah tidak banyak kerana saya tidak lama di kampong. Antara saya ingat ialah beliau pernah mengiringi saya ke Pertandingan " Story Telling" di SK Pengkalan Balak. Kami menaiki motor vespa milik beliau.


Selain itu, kami sering mengambil kerbau dari ladang, Bukit Bruang dengan berjalan kaki. Banyak cerita yang beliau ungkap sepanjang jalan sewaktu pergi dan balik.
 Apapun kini saya menyambung tugas beliau walaupun tidak sehebat beliau. Namun hasil ajarannya, saya dapat menulis dengan baik, malah pernah menjadi Johan Pertandingan Mengarang Sempena Hari Guru beberapa tahun lalu.


Buat aruah, al-fatihah....... kenangan bersama akan menjadi kenangan terindah bagi saya

No comments:

Post a Comment