Dengar khabarnya, usaha penulisan sejarah Kampung Air Molek, Kuala Sungai Baru sedang giat dilakukan. Syabas dan tahniah kepada team yang melakukan usaha. Berbual dengan abang Tapa, anak busu Cuwin, beliau menyatakan sedang melakukan kajian di kampung tetapi malangnya ramai responden yang uzur, kurang mengingati sejarah sepenuhnya dan sebagainya.
Namun bagi saya itu tidak penting. Yang utamanya usaha meninggalkan sejarah dalam mengingatkan anak bangsa bahawa anak Air Molek bukan sembarangan. Mengikut kajian secara rambang dikatakan, bahawa pengasas awal kampung kita berasal dari Palembang. Berhijrah dua bersaudara membuka petempatan baru. Seorang di Kuala Sungai Baru dan seorang lagi di Air Molek. terkait juga susur galur beliau di Bukit Rambai, di Lubuk Redan dan di Londang. (Info lisan yang saya dapat dari beberapa responden).
Melihat perubahan kampung dari satu era ke satu era, memang kita boleh berbangga dengan apa yang kita nikmati. Biarpun kita agak ketinggalan namun usaha secara istiqamah dilakukan. berbual dengan Tuk Sidang Sirun baru-baru ini, saya melihat kesedaran anak kampung semakin mendalam terhadap Islam. Program Tahlil dan bubur lambuk dalam bulan Ramadhan berjalan lancar dan mendapat sambutan. Masjid terisi dengan pelbagai program. Ini membawa makna pemimpin-pemimpin kampung menjalankan usaha-usaha yang sepatutnya disokong. Kita lupakan ketidakpuasan hati sebaliknya marilah kita bersama menyumbang dalam apa jua bentuk untuk sebuah kampung yang kita cintai.
Seperti kata kawan saya...... ingatlah di mana uri kita di tanam...... dalam maknanya tu... mat sam
No comments:
Post a Comment