Salam Ukhuwah
Berbual dengan Imam 2-Imam Kamaludin. Beliau memaklumkan bahawa KORBAN KELOMPOK BAGI TAHUN 2016 akan dilaksanakan bermula Bulan Oktober ini. Kadar bayarannya RM600.00 bagi satu bahagian. Boleh bayar RM60.00 sebulan kepada Imam 2.
Bagi yang berminat bolehlah bertanya-tanya dengan beliau. sama-samalah kita berkorban untuk tahun akan datang
Wednesday, 14 October 2015
Wednesday, 30 September 2015
MAJLIS QURBAN KELOMPOK MASJID AR-RAFAI
Terlibat membantu majlis Qurban Aidil Adha yang baru berlalu. Pujian dan sanjungan harus diberikan kepada mereka yang menjadi tulang belakang majlis ini. Khabarnya 7 ekor lembu ditumbangkan oleh mereka yang melaksanakan acara ini.
Menariknya apabila system kupon diperkenalkan buat kali pertama. Awalnya sukar diterima tetapi setelah berjalan, baru kelihatan kesannya. Tidak ada yang terlepas dari menerima bahagian. Dan Nampak lebih adil. Sebuah rumah untuk satu sumbangan bukan dikira menurut bilang keluarga dalam rumah. Ini membolehkan hamper 400 bungkusan daging seberat 900 gram disediakan dan diagih kepada penduduk kampong dan juga Taman Rebana Jernih.
Namun ada juga segelintir yang cuba mencari kesilapan. Daging yang diterima ditimbang. Memang ada sedikit perbezaan 905 gram atau 903 gram. Bagi saya terlalu kecil masalah ini jika dibandingkan dengan kepenatan sukarelawan menjalankan tugasan dari jam 9.00 pagi hingga 3.00 petang. Bersyukurlah kita menerima sumbangan bukan mencari kesilapan hingga yang sekecilnya dijadikan isu.
Di Kampung satu nama tertinggal tetapi dapat dikesan untuk diberikan sumbangan pada masa yang sama. Di Taman dua nama tertinggal. Bukan disengajakan bayangkan Pengerusi surau berjalan dari rumah ke rumah mencari maklumat. Sesuatu yang penat
Apapun tahniah bagi mereka yang melaksankan tugas dengan cemerlang. Tahun hadapan akan khabarnya usaha ini akan dilakukan lagi. Syabas
Menariknya apabila system kupon diperkenalkan buat kali pertama. Awalnya sukar diterima tetapi setelah berjalan, baru kelihatan kesannya. Tidak ada yang terlepas dari menerima bahagian. Dan Nampak lebih adil. Sebuah rumah untuk satu sumbangan bukan dikira menurut bilang keluarga dalam rumah. Ini membolehkan hamper 400 bungkusan daging seberat 900 gram disediakan dan diagih kepada penduduk kampong dan juga Taman Rebana Jernih.
Namun ada juga segelintir yang cuba mencari kesilapan. Daging yang diterima ditimbang. Memang ada sedikit perbezaan 905 gram atau 903 gram. Bagi saya terlalu kecil masalah ini jika dibandingkan dengan kepenatan sukarelawan menjalankan tugasan dari jam 9.00 pagi hingga 3.00 petang. Bersyukurlah kita menerima sumbangan bukan mencari kesilapan hingga yang sekecilnya dijadikan isu.
Di Kampung satu nama tertinggal tetapi dapat dikesan untuk diberikan sumbangan pada masa yang sama. Di Taman dua nama tertinggal. Bukan disengajakan bayangkan Pengerusi surau berjalan dari rumah ke rumah mencari maklumat. Sesuatu yang penat
Apapun tahniah bagi mereka yang melaksankan tugas dengan cemerlang. Tahun hadapan akan khabarnya usaha ini akan dilakukan lagi. Syabas
Tuesday, 21 April 2015
BARANG
LAMA DI KEDAI PAK LONG SAHAL
Anda meminati barangan antic atau mahu melihat barangan
yang pernah digunakan. Bertandanglah ke kedai Pak Long Sahal. Macam-macam anda
boleh lihat. Lampu yang digunakan sebagai lampu isyarat di stesyen keretapi,
lampu gaslin, bakul Si’a, batu giling, piring hitam lama, pemain papan hitam,
mesin taip lama dan entah apa lagi.
Pak Long Sahal banyak menyimpan artifak lama dan kini
dipamerkan di kedainya. Tersusun di satu sudut. Banyak barangan lama yang
mungkin tidak pernah dilihat boleh ditemui di sana.
Pak Long Sahal bekerja dengan MPPJ dan beliau menjadi
pengumpul barangan antic dan kini menjadikan barangan antic sebagai bahan pameran.
Kreatif juga otai ni.
MOTOR
VESPA
Dulu di Air Molek banyak kelihatan motor Vespa tetapi
yang kini tinggal sebuah dua. Yang berfungsi milik Tuk sidang Sirun. Warna
hijau dan terjaga baik.Vespa suatu kebanggaan di tahun 70an dan 80an dan juga
sebelum itu. Aruah Cikgu Aim, Cikgu Kari juga memiliki Vespa dan Lambreta.
Selain itu, Wak Jun, Pak Aim aruah Pak Long Samah juga memliki Vespa. Ada yang
siap dikelepet bahagian depan. Abbas, menantu Wan Nah juga pernah memiliki
Vespa suatu masa dulu. Generasi kini tidak lagi menggemari Vespa kerana lebih
menyukai Scooter. Harga Vespa juga telah mahal atau spare part sukar dicari.
Kini Vespa telah menjadi bahan antic Pelbagai motosikal
baru telah keluar dengan pelbagai nama dan kelebihan sama ada buatan Malaysia
atau luar negara. Honda, Yamaha, Suzuki, Kawasaki berlumba-lumba mengeluarkan
model baru. Turut serta Modenas. Pakcik saya, Pakcik Kanton masih memliki
sebuah Honda C70. Dibeli waktu bekerja dengan JKR. Masih boleh berfungsi dan
bergerak.
SEJARAH YANG TIDAK TERLUPAKAN
Waktu itu saya di maktab perguruan. Selepas kuliah
melepak di ruang tamu sambil membaca akhbar. Terkejut apabila membaca berita
tragedi penduduk kampong meninggal dunia akibat dipanah petir. Satu tragedy.
Kedua-duanya sehidup semati. Alangkah bahagianya mereka.
Kini anak-anak aruah telah menggapai awan. Telah Berjaya
sebagai pendidik, doctor. Pengorbanan yang diberikan membuahkan hasil. Benih
yang baik jatuh ke laut menjadi pulau jua. Saya teringat wajah aruah yang
sentiasa tersenyum sepanjang hayatnya. Biarpun peristiwa itu telah lama berlalu
namun sukar di lupakan.
Saya juga masih teringat tentang lawatan YAB Timbalan
Perdana Menteri ke Air Molek. Lama dahulu. Saya baru tamat tingkatan enam. Riuh
rendah kampong dek tetamu yang hadir dari seluruh kawasan parlimen. Kebetulan
masa itu pilihanraya.
Terbakarnya rumah Datuk Lassim, rumah Datuk Said (bapa
aruah cikgu Ibrahim Said), rumah Datuk Leman juga menjadi catatan dalam sejarah
Air Molek. Semuanya menjadi puing-puing yang mencantumkan sejarah Air Molek dan
mungkin akan hilang tanpa catatan.
Rumah kayu telah berganti dengan rumah batu. Tersergam
indah biarpun penghuninya telah kembali menemui penciptnya. Ada juga rumah yang
reput menyembam tanah kerana anak-anak telah berhijrah jauh.
Kini semuanya telah berubah. Sawah tiada tetapi berganti
kelapa sawit. Tiada lagi kubang untuk ditimba. Tiada lagi benteng untuk
berenang. Ancak dan limas telah lama pupus dalam kamus anak-anak Air Molek.
Kereta lembu, mandi safar, dondang sayang, pulih rumah, telah lama sirna. Kini
anak muda berkereta besar, berjawatan tinggi dan mampu membantu anak kampong yang lain. Sejarah yang
berputar, peristiwa beredar tidak akan mengubah jati diri anak Air Molek.
Sesekali pulang beramah mesra dengan rakan sebaya. Tetapi ada juga yang sekadar
melintas kumpulan kawan-kawan di kampong tanpa tegur sapa. Kadang-kadang
berselisih bahupun jarang menegur. Adat dunia.
PANGGUNG WAYANG DAN AIR MOLEK
Sempat
mendengar bualan otai-otai kampong seperti Pak Aim, Tuk Sidang dan beberapa
orang lagi. Rupanya di Pekan Kuala Sungai Baru dulu ada panggung wayang taraf
kampong. Lokasinya berhampiran Pejabat pos sekarang. Panggung Biaw. Gemar
menayangkan cerita-cerita terbaru Hindustan mahupun melayu. Bila saya Tanya
harga tiketnya baru 65 sen bagi kelas 1 dan 45 sen bagi kelas tiga. Tak ada air
cond. Yang ada kipas. Masa tu bila ada tayangan filem baru, pekerja panggung
wayang akan menyebarkan melalui iklan yang ditampal dipokok atau kertas-kertas
yang dicetak dan di taburkan sekeliling kampong. Peminat Hindustan akan
berkayuh ke pekan kuala untuk menonton filem BOBBY, Sanggam, Hathi Mere Sathi,
Hang Tuah dan sebagainya. Itulah hiburan zaman kami. Video atau Cd Player blum ih
dimuncul lagi.
AIR MOLEK DAN PERNIAGAAN
Walapun orang
kampong kita kehilangan sawah dan digantikan dengan penanaman sawit, masih juga
dapat meraih untung. Biarpun banyak titik bengiknya tapi tanah sawah tidak lagi
terbiar. Diusahakan oleh Felcra yang juga banyak ragamnya.
Kini orang Air Molek dah mula memasuki dunia perniagaan.
Pengusaha lembu, kambing dan kerbau dah bertambah. Antara terawal adalah Wak
Jun. Kini ditambah pula oleh Pak Lang Seman, Abang Tohid, Abang Musa, Jeya, Lan
Samah, Abang Aziz dan beberapa orang lagi. Mereka memiliki puluhan ekor lembu
dan menjanjikan harga yang murah untuk penduduk kampong. Tidak sedikit yang
menyumbang lembu untuk majlis di kampong. Terima kasih dan tahniah.
Dengarnya Abang Nan keri kini mengusahakan pembuatan kuih
bahulu. Satu lagi usaha menambah pendapatan. Dapat juga menampung belanja
harian. Di hujung taman Rebana, anak abang Nan Ambun pula mengusahakan
perniagaan mengecat kereta.
Semua ini sukar dilihat dahulu. Kebanyakan generasi di
atas saya lebih bertumpu pada menoreh getah atau kerja-kerja lain. Kini minda
lebih terbuka. Perniagaan menjadi asas ekonomi.
Abang Yunus masih berniaga roti canai di sudut masjid.
Kedai baru menggantikan kedai lama. Asalnya Wan Munah berniaga di situ.Abang
Depo juga telah berniaga kedai runcit setelah menutup bengkel basikal dan
motosikal. Wak kassim tidak berniaga kedai runcit lagi. Beliaupun telah uzur
tetapi ada sahaja kenakalan beliau menyakat Kinit.
Dahulu Datuk Meran Baba (Haji Senin Baba) juga membuka
kedai kecil menjual barangan harian selepas menamatkan tugas sebagai anggota
Polis. Dan kalau tidak salah di jalan masuk ke rumah aruah Pak Oteh Ali dulu
ada sebuah kedai yang dibuka oleh Mak Lang Kedil (Ipar aruah Cikgu Kari).
Aruah Datuk Puteh (orang panggil Puteh Kelicap) juga
mempunyai sebuah kedai di hadapan rumahnya. Kedai runcit. Begitu juga dengan
aruah Datuk Thambi yang membuka kedai bersebelahan dengan masjid.
Orang kampong kita mula mengubah haluan dari menoreh
getah kepada bidang baru. Bidang perniagaan yang lebih menguntungkan. Yalah…
sekerappun hanya RM 1.80 sekilo. Merudum teruk.
Saya masih ingat aruah Datuk Mat Tegil yang berniaga
sotong bakar di hadapan rumahnya. Sekarang ni rumah Abang Kidon. Sotong dibakar
dan dititik atas besai agar lmbut kemudian dicecah dengan kuah lada. Rasanya
sedap. Tuk Mat Tegil telah lama balik menemui penciptanya. Namun kenangannya
masih bersama saya.
Busu Pesot juga pernah membuka perniagaan di sebelah tanh
perkuburan. Menjual makan minum. Begitu juga dengan Busu Cuwin, suami Wan
Buruk, penyedia rempah orang kawin yang sedap di kampong kita. Di situlah
masyarakat berkumpul makan dan minum atau melihat gusti atau filem-filem lain
dalam bentuk hitam putih.
Selain itu, Kak Merah, isteri Abang Kassim membuka kedai
makan di sebelah kedai Risda kemuadian berpindah ke hadapan rumahnya. Berniaga
makan dan minum. Kak Mera telah mengikut anaknya. Abang Kassim juga telah balik
menemui Allah SWT. Adik Kak Mera kini membuka gerai nasi lemak di
rumahnya. Ita. Anak aruah Pak Long Meon
pula berniaga kuih muih waktu pagi di hujung Taman Rebana. Penuh dengan pembeli
waktu pagi. Adiknya Azman membuka kedai makan di rumahnya. Dihilir bersebelahan
rumah aruah Pak Long Meon. Juga menjadi tumpuan orang kampong.
Kedai Pak Long mail Lacak dulu pernah disewa oleh Tasah
Mahat. Juga berniaga kuih muih dan makan minum. Di tapak rumah Abang Daud
sekarang ada kaedai minum juga. Saya tak ingat siapa tapi rasanya anak Wak
Kassim. Aruah Gapar. Dipanggil kedai Santan Berlada.
Mat Sam anak Wak Kassim juga pernah berniaga waktu petang
di hadapan rumahnya bersebelahan masjid. Berniaga Roti Canai. Mat sam kini
telah berhenti berniaga. Bekerja di PLKN Bukit Cempedak.
Banyak lagi gerai kecil tutur mewarnai kampong. Pak Aim
juga berniaga di hadapan rumahnya. Berniaga makan minum. Wak Hassim, menantu
kassim juga berniaga minum di bawah pokok di hujung taman. Gerai burger juga
banyak. Anak Abg Umar berniaga di hadapan rumahnya. Anak Dak Apak Saad juga
berniaga burger di taman. Kemudian dengarnya ada gerai burger di paya kelubi.
Gerai anak Abang Adi Leman.
Air Molek juga tidak sunyi dengan perniagaan
kecil-kecilan namun tidak bertahan lama. Entah apa sebabnya. Namun kita dapat
melihat betapa anak-anak Air Molek juga turut mewarnai dunia perniagaan sejak
dahulu lagi.
Selain itu, Datuk Embong, bapa Saudara Nazri Embong juga pernah berniaga tikar hingga ke Negeri Sembilan dan Pahang. Aruah hanya mengayuh basikal untuk menjaja tikar mengkuang. Begitu juga isteri Wak Kassim yang berniaga ulam dan sayur kampung hingga ke Port Dicksons. Begitu juga Busu Ali Lambut. Pendek kata orang kampung kita telah keluar dari kepompong menoreh getah.
Tuesday, 7 April 2015
KEGIATAN MASA LAPANG
Anak desa Air Molek tidak sunyi dari pelbagai aktiviti
masa lapang. Selain hobi ia menjadi salah satu sumber duit buat mereka. Inilah
kelebihan duduk di kampong. Segalanya boleh diusahakan. Dari makanan hinggalah
ke belanja sekolah anak-anak.
Pencari
Madu Lebah
Ramai pakar dalam bidang ini. Pakar yang bukan
calang-calang kemahirannya. Seperti kata Wak Jun, pakarnya seorang pencari
lebah hinggakan ” lebah makan ditemankan. Lebah pulang ke sarang di temankan”.
Sesekali dengar macam jenaka tetapi bila saya kaji, rupanya pencari madu lebah
di kampong kita bukan sekadar merayau berharap nasib untuk bertemu madu lebah.
Sebaliknya melihat kedudukan lebah sewaktu mencara debunga. Kemudian melihat ke arah mana pula terbangnya untuk mengesan
kedudukan sarang.
Antara
pencari lebah yang bergiat aktif antaranya adalah Abang Depo, Abang Ali (orang
bukit), Abang Kidon, Abang Ramli
(Parago) dan beberapa orang lagi. Pendapatan mereka agak lumayan. Sebotol besar
mencecah RM100. Berbaloi dengan risiko yang ditanggung. Namun usaha mereka
menambah pendapatan amatlah menarik. Selain mencari rezeki, membantu kita
menjaga kesihatan.
Untuk tahun 2014, saya
berbual dengan beberapa pencari lebah, mereka menyatakan mendapat hampir ribuan
ringgit hasil jualan madu lebh. Alhamdulillah.
Dapat juga membantu apa
yang kurang
PEMANCING TEGAR
Ramai rupanya pemancing tegardi Air Molek. Tegar yang
bukan sedikit. Setiap hari menjelajah hutan belukar, parit, kolam untuk mencari
rezeki mengail ikan Puyu atau sembilang. Dahulunya memancing di sungai kampong tetapi
kini menjelajah hingga ke Muar, Jasin, Sepang mencari rezeki. Pulangannya
berbaloi sangat-sangat. Harga haruan mencecah RM20.00 sekilo begitu juga Puyu
dan Sembilang.
Ini adalah ikan Puyu terbesar
pernah saya lihat. Beratnya 400 gram. Baru sahaja di[ancing pada 5 April
2015 oleh salah seorang penduduk taman. Bayangkan harga ikan jika dijual
sebagai ikan hiasan.
MERACIK TEKUKUR
Meracik tekukur juga menjadi kegilaan segelintir anak desa. Jangan Tanya apa yang digilakan. Sayapun kurang arif. Namun ada sahaja yang bergerak membawa denak pemikat ke lokasi yang dipilih. Dan pulang membawa burung tekukur yang Berjaya dipikat.
Bagi yang mempunyai burung tekukur yang bersuara baik, boleh dijual pada harga yang tinggi bersesuaian dengan kebolehan burung pemikat. Mungkin RM100 dan mungkin lebih lagi.
Itu yang manisnya. Yang masamnya bila balik, si pemikat berungut. Burung pemikat bacul tak berbumyi. Racik tak mengena. Isteri pulak membebel. Bikin panas telinga. Nak buat macam mana. Hobi punya pasal buat-buat tak dengar. Rehat sehari dua, esoknya mula semula.
Subscribe to:
Posts (Atom)