Tuesday, 7 April 2015

KEGIATAN MASA LAPANG


            Anak desa Air Molek tidak sunyi dari pelbagai aktiviti masa lapang. Selain hobi ia menjadi salah satu sumber duit buat mereka. Inilah kelebihan duduk di kampong. Segalanya boleh diusahakan. Dari makanan hinggalah ke belanja sekolah anak-anak.

Pencari Madu Lebah

            Ramai pakar dalam bidang ini. Pakar yang bukan calang-calang kemahirannya. Seperti kata Wak Jun, pakarnya seorang pencari lebah hinggakan ” lebah makan ditemankan. Lebah pulang ke sarang di temankan”. Sesekali dengar macam jenaka tetapi bila saya kaji, rupanya pencari madu lebah di kampong kita bukan sekadar merayau berharap nasib untuk bertemu madu lebah. Sebaliknya melihat kedudukan lebah sewaktu mencara debunga. Kemudian melihat ke      arah mana pula terbangnya untuk mengesan kedudukan sarang.




lebah dua.jpgAntara pencari lebah yang bergiat aktif antaranya adalah Abang Depo, Abang Ali (orang bukit),  Abang Kidon, Abang Ramli (Parago) dan beberapa orang lagi. Pendapatan mereka agak lumayan. Sebotol besar mencecah RM100. Berbaloi dengan risiko yang ditanggung. Namun usaha mereka menambah pendapatan amatlah menarik. Selain mencari rezeki, membantu kita menjaga kesihatan.




Untuk tahun 2014, saya berbual dengan beberapa pencari lebah, mereka menyatakan mendapat hampir ribuan ringgit hasil jualan madu lebh. Alhamdulillah.

Dapat juga membantu apa yang kurang




PEMANCING TEGAR


            Ramai rupanya pemancing tegardi Air Molek. Tegar yang bukan sedikit. Setiap hari menjelajah hutan belukar, parit, kolam untuk mencari rezeki mengail ikan Puyu atau sembilang. Dahulunya memancing di sungai kampong tetapi kini menjelajah hingga ke Muar, Jasin, Sepang mencari rezeki. Pulangannya berbaloi sangat-sangat. Harga haruan mencecah RM20.00 sekilo begitu juga Puyu dan Sembilang.
IMG_20150407_121012.jpg

Ini adalah ikan Puyu terbesar pernah saya lihat. Beratnya 400 gram. Baru sahaja di[ancing pada 5 April 2015 oleh salah seorang penduduk taman. Bayangkan harga ikan jika dijual sebagai ikan hiasan.



MERACIK TEKUKUR

tekukur.png          Meracik tekukur juga menjadi kegilaan segelintir anak desa. Jangan Tanya apa yang digilakan. Sayapun kurang arif. Namun ada sahaja yang bergerak membawa denak pemikat ke lokasi yang dipilih. Dan pulang membawa burung tekukur yang Berjaya dipikat.

racik.pngBagi yang mempunyai burung tekukur yang bersuara baik, boleh dijual pada harga yang  tinggi bersesuaian dengan kebolehan burung pemikat. Mungkin RM100 dan mungkin lebih lagi.

Itu yang manisnya. Yang masamnya bila balik, si pemikat berungut. Burung pemikat bacul tak berbumyi. Racik tak mengena. Isteri pulak membebel. Bikin panas telinga. Nak buat macam mana. Hobi punya pasal buat-buat tak dengar. Rehat sehari dua, esoknya mula semula.

 





No comments:

Post a Comment