Walapun orang
kampong kita kehilangan sawah dan digantikan dengan penanaman sawit, masih juga
dapat meraih untung. Biarpun banyak titik bengiknya tapi tanah sawah tidak lagi
terbiar. Diusahakan oleh Felcra yang juga banyak ragamnya.
Kini orang Air Molek dah mula memasuki dunia perniagaan.
Pengusaha lembu, kambing dan kerbau dah bertambah. Antara terawal adalah Wak
Jun. Kini ditambah pula oleh Pak Lang Seman, Abang Tohid, Abang Musa, Jeya, Lan
Samah, Abang Aziz dan beberapa orang lagi. Mereka memiliki puluhan ekor lembu
dan menjanjikan harga yang murah untuk penduduk kampong. Tidak sedikit yang
menyumbang lembu untuk majlis di kampong. Terima kasih dan tahniah.
Dengarnya Abang Nan keri kini mengusahakan pembuatan kuih
bahulu. Satu lagi usaha menambah pendapatan. Dapat juga menampung belanja
harian. Di hujung taman Rebana, anak abang Nan Ambun pula mengusahakan
perniagaan mengecat kereta.
Semua ini sukar dilihat dahulu. Kebanyakan generasi di
atas saya lebih bertumpu pada menoreh getah atau kerja-kerja lain. Kini minda
lebih terbuka. Perniagaan menjadi asas ekonomi.
Abang Yunus masih berniaga roti canai di sudut masjid.
Kedai baru menggantikan kedai lama. Asalnya Wan Munah berniaga di situ.Abang
Depo juga telah berniaga kedai runcit setelah menutup bengkel basikal dan
motosikal. Wak kassim tidak berniaga kedai runcit lagi. Beliaupun telah uzur
tetapi ada sahaja kenakalan beliau menyakat Kinit.
Dahulu Datuk Meran Baba (Haji Senin Baba) juga membuka
kedai kecil menjual barangan harian selepas menamatkan tugas sebagai anggota
Polis. Dan kalau tidak salah di jalan masuk ke rumah aruah Pak Oteh Ali dulu
ada sebuah kedai yang dibuka oleh Mak Lang Kedil (Ipar aruah Cikgu Kari).
Aruah Datuk Puteh (orang panggil Puteh Kelicap) juga
mempunyai sebuah kedai di hadapan rumahnya. Kedai runcit. Begitu juga dengan
aruah Datuk Thambi yang membuka kedai bersebelahan dengan masjid.
Orang kampong kita mula mengubah haluan dari menoreh
getah kepada bidang baru. Bidang perniagaan yang lebih menguntungkan. Yalah…
sekerappun hanya RM 1.80 sekilo. Merudum teruk.
Saya masih ingat aruah Datuk Mat Tegil yang berniaga
sotong bakar di hadapan rumahnya. Sekarang ni rumah Abang Kidon. Sotong dibakar
dan dititik atas besai agar lmbut kemudian dicecah dengan kuah lada. Rasanya
sedap. Tuk Mat Tegil telah lama balik menemui penciptanya. Namun kenangannya
masih bersama saya.
Busu Pesot juga pernah membuka perniagaan di sebelah tanh
perkuburan. Menjual makan minum. Begitu juga dengan Busu Cuwin, suami Wan
Buruk, penyedia rempah orang kawin yang sedap di kampong kita. Di situlah
masyarakat berkumpul makan dan minum atau melihat gusti atau filem-filem lain
dalam bentuk hitam putih.
Selain itu, Kak Merah, isteri Abang Kassim membuka kedai
makan di sebelah kedai Risda kemuadian berpindah ke hadapan rumahnya. Berniaga
makan dan minum. Kak Mera telah mengikut anaknya. Abang Kassim juga telah balik
menemui Allah SWT. Adik Kak Mera kini membuka gerai nasi lemak di
rumahnya. Ita. Anak aruah Pak Long Meon
pula berniaga kuih muih waktu pagi di hujung Taman Rebana. Penuh dengan pembeli
waktu pagi. Adiknya Azman membuka kedai makan di rumahnya. Dihilir bersebelahan
rumah aruah Pak Long Meon. Juga menjadi tumpuan orang kampong.
Kedai Pak Long mail Lacak dulu pernah disewa oleh Tasah
Mahat. Juga berniaga kuih muih dan makan minum. Di tapak rumah Abang Daud
sekarang ada kaedai minum juga. Saya tak ingat siapa tapi rasanya anak Wak
Kassim. Aruah Gapar. Dipanggil kedai Santan Berlada.
Mat Sam anak Wak Kassim juga pernah berniaga waktu petang
di hadapan rumahnya bersebelahan masjid. Berniaga Roti Canai. Mat sam kini
telah berhenti berniaga. Bekerja di PLKN Bukit Cempedak.
Banyak lagi gerai kecil tutur mewarnai kampong. Pak Aim
juga berniaga di hadapan rumahnya. Berniaga makan minum. Wak Hassim, menantu
kassim juga berniaga minum di bawah pokok di hujung taman. Gerai burger juga
banyak. Anak Abg Umar berniaga di hadapan rumahnya. Anak Dak Apak Saad juga
berniaga burger di taman. Kemudian dengarnya ada gerai burger di paya kelubi.
Gerai anak Abang Adi Leman.
Air Molek juga tidak sunyi dengan perniagaan
kecil-kecilan namun tidak bertahan lama. Entah apa sebabnya. Namun kita dapat
melihat betapa anak-anak Air Molek juga turut mewarnai dunia perniagaan sejak
dahulu lagi.
Selain itu, Datuk Embong, bapa Saudara Nazri Embong juga pernah berniaga tikar hingga ke Negeri Sembilan dan Pahang. Aruah hanya mengayuh basikal untuk menjaja tikar mengkuang. Begitu juga isteri Wak Kassim yang berniaga ulam dan sayur kampung hingga ke Port Dicksons. Begitu juga Busu Ali Lambut. Pendek kata orang kampung kita telah keluar dari kepompong menoreh getah.
No comments:
Post a Comment