Tuesday, 21 April 2015

PANGGUNG WAYANG DAN AIR MOLEK



Sempat mendengar bualan otai-otai kampong seperti Pak Aim, Tuk Sidang dan beberapa orang lagi. Rupanya di Pekan Kuala Sungai Baru dulu ada panggung wayang taraf kampong. Lokasinya berhampiran Pejabat pos sekarang. Panggung Biaw. Gemar menayangkan cerita-cerita terbaru Hindustan mahupun melayu. Bila saya Tanya harga tiketnya baru 65 sen bagi kelas 1 dan 45 sen bagi kelas tiga. Tak ada air cond. Yang ada kipas. Masa tu bila ada tayangan filem baru, pekerja panggung wayang akan menyebarkan melalui iklan yang ditampal dipokok atau kertas-kertas yang dicetak dan di taburkan sekeliling kampong. Peminat Hindustan akan berkayuh ke pekan kuala untuk menonton filem BOBBY, Sanggam, Hathi Mere Sathi, Hang Tuah dan sebagainya. Itulah hiburan zaman kami. Video atau Cd Player blum ih dimuncul lagi.


AIR MOLEK DAN PERNIAGAAN

            Walapun orang kampong kita kehilangan sawah dan digantikan dengan penanaman sawit, masih juga dapat meraih untung. Biarpun banyak titik bengiknya tapi tanah sawah tidak lagi terbiar. Diusahakan oleh Felcra yang juga banyak ragamnya.

            Kini orang Air Molek dah mula memasuki dunia perniagaan. Pengusaha lembu, kambing dan kerbau dah bertambah. Antara terawal adalah Wak Jun. Kini ditambah pula oleh Pak Lang Seman, Abang Tohid, Abang Musa, Jeya, Lan Samah, Abang Aziz dan beberapa orang lagi. Mereka memiliki puluhan ekor lembu dan menjanjikan harga yang murah untuk penduduk kampong. Tidak sedikit yang menyumbang lembu untuk majlis di kampong. Terima kasih dan tahniah.

            Dengarnya Abang Nan keri kini mengusahakan pembuatan kuih bahulu. Satu lagi usaha menambah pendapatan. Dapat juga menampung belanja harian. Di hujung taman Rebana, anak abang Nan Ambun pula mengusahakan perniagaan mengecat kereta.

            Semua ini sukar dilihat dahulu. Kebanyakan generasi di atas saya lebih bertumpu pada menoreh getah atau kerja-kerja lain. Kini minda lebih terbuka. Perniagaan menjadi asas ekonomi.

            Abang Yunus masih berniaga roti canai di sudut masjid. Kedai baru menggantikan kedai lama. Asalnya Wan Munah berniaga di situ.Abang Depo juga telah berniaga kedai runcit setelah menutup bengkel basikal dan motosikal. Wak kassim tidak berniaga kedai runcit lagi. Beliaupun telah uzur tetapi ada sahaja kenakalan beliau menyakat Kinit.

            Dahulu Datuk Meran Baba (Haji Senin Baba) juga membuka kedai kecil menjual barangan harian selepas menamatkan tugas sebagai anggota Polis. Dan kalau tidak salah di jalan masuk ke rumah aruah Pak Oteh Ali dulu ada sebuah kedai yang dibuka oleh Mak Lang Kedil (Ipar aruah Cikgu Kari).

            Aruah Datuk Puteh (orang panggil Puteh Kelicap) juga mempunyai sebuah kedai di hadapan rumahnya. Kedai runcit. Begitu juga dengan aruah Datuk Thambi yang membuka kedai bersebelahan dengan masjid.

            Orang kampong kita mula mengubah haluan dari menoreh getah kepada bidang baru. Bidang perniagaan yang lebih menguntungkan. Yalah… sekerappun hanya RM 1.80 sekilo. Merudum teruk.

            Saya masih ingat aruah Datuk Mat Tegil yang berniaga sotong bakar di hadapan rumahnya. Sekarang ni rumah Abang Kidon. Sotong dibakar dan dititik atas besai agar lmbut kemudian dicecah dengan kuah lada. Rasanya sedap. Tuk Mat Tegil telah lama balik menemui penciptanya. Namun kenangannya masih bersama saya.

            Busu Pesot juga pernah membuka perniagaan di sebelah tanh perkuburan. Menjual makan minum. Begitu juga dengan Busu Cuwin, suami Wan Buruk, penyedia rempah orang kawin yang sedap di kampong kita. Di situlah masyarakat berkumpul makan dan minum atau melihat gusti atau filem-filem lain dalam bentuk hitam putih.

            Selain itu, Kak Merah, isteri Abang Kassim membuka kedai makan di sebelah kedai Risda kemuadian berpindah ke hadapan rumahnya. Berniaga makan dan minum. Kak Mera telah mengikut anaknya. Abang Kassim juga telah balik menemui Allah SWT. Adik Kak Mera kini membuka gerai nasi lemak di rumahnya.  Ita. Anak aruah Pak Long Meon pula berniaga kuih muih waktu pagi di hujung Taman Rebana. Penuh dengan pembeli waktu pagi. Adiknya Azman membuka kedai makan di rumahnya. Dihilir bersebelahan rumah aruah Pak Long Meon. Juga menjadi tumpuan orang kampong.

            Kedai Pak Long mail Lacak dulu pernah disewa oleh Tasah Mahat. Juga berniaga kuih muih dan makan minum. Di tapak rumah Abang Daud sekarang ada kaedai minum juga. Saya tak ingat siapa tapi rasanya anak Wak Kassim. Aruah Gapar. Dipanggil kedai Santan Berlada.

            Mat Sam anak Wak Kassim juga pernah berniaga waktu petang di hadapan rumahnya bersebelahan masjid. Berniaga Roti Canai. Mat sam kini telah berhenti berniaga. Bekerja di PLKN Bukit Cempedak.

            Banyak lagi gerai kecil tutur mewarnai kampong. Pak Aim juga berniaga di hadapan rumahnya. Berniaga makan minum. Wak Hassim, menantu kassim juga berniaga minum di bawah pokok di hujung taman. Gerai burger juga banyak. Anak Abg Umar berniaga di hadapan rumahnya. Anak Dak Apak Saad juga berniaga burger di taman. Kemudian dengarnya ada gerai burger di paya kelubi. Gerai anak Abang Adi Leman.


            Air Molek juga tidak sunyi dengan perniagaan kecil-kecilan namun tidak bertahan lama. Entah apa sebabnya. Namun kita dapat melihat betapa anak-anak Air Molek juga turut mewarnai dunia perniagaan sejak dahulu lagi.

                 Selain itu, Datuk Embong, bapa Saudara Nazri Embong juga pernah berniaga tikar hingga ke Negeri Sembilan dan Pahang. Aruah hanya mengayuh basikal untuk menjaja tikar mengkuang. Begitu juga isteri Wak Kassim yang berniaga ulam dan sayur kampung hingga ke Port Dicksons. Begitu juga Busu Ali Lambut. Pendek kata orang kampung kita telah keluar dari kepompong menoreh getah.




Tuesday, 7 April 2015

KEGIATAN MASA LAPANG


            Anak desa Air Molek tidak sunyi dari pelbagai aktiviti masa lapang. Selain hobi ia menjadi salah satu sumber duit buat mereka. Inilah kelebihan duduk di kampong. Segalanya boleh diusahakan. Dari makanan hinggalah ke belanja sekolah anak-anak.

Pencari Madu Lebah

            Ramai pakar dalam bidang ini. Pakar yang bukan calang-calang kemahirannya. Seperti kata Wak Jun, pakarnya seorang pencari lebah hinggakan ” lebah makan ditemankan. Lebah pulang ke sarang di temankan”. Sesekali dengar macam jenaka tetapi bila saya kaji, rupanya pencari madu lebah di kampong kita bukan sekadar merayau berharap nasib untuk bertemu madu lebah. Sebaliknya melihat kedudukan lebah sewaktu mencara debunga. Kemudian melihat ke      arah mana pula terbangnya untuk mengesan kedudukan sarang.




lebah dua.jpgAntara pencari lebah yang bergiat aktif antaranya adalah Abang Depo, Abang Ali (orang bukit),  Abang Kidon, Abang Ramli (Parago) dan beberapa orang lagi. Pendapatan mereka agak lumayan. Sebotol besar mencecah RM100. Berbaloi dengan risiko yang ditanggung. Namun usaha mereka menambah pendapatan amatlah menarik. Selain mencari rezeki, membantu kita menjaga kesihatan.




Untuk tahun 2014, saya berbual dengan beberapa pencari lebah, mereka menyatakan mendapat hampir ribuan ringgit hasil jualan madu lebh. Alhamdulillah.

Dapat juga membantu apa yang kurang




PEMANCING TEGAR


            Ramai rupanya pemancing tegardi Air Molek. Tegar yang bukan sedikit. Setiap hari menjelajah hutan belukar, parit, kolam untuk mencari rezeki mengail ikan Puyu atau sembilang. Dahulunya memancing di sungai kampong tetapi kini menjelajah hingga ke Muar, Jasin, Sepang mencari rezeki. Pulangannya berbaloi sangat-sangat. Harga haruan mencecah RM20.00 sekilo begitu juga Puyu dan Sembilang.
IMG_20150407_121012.jpg

Ini adalah ikan Puyu terbesar pernah saya lihat. Beratnya 400 gram. Baru sahaja di[ancing pada 5 April 2015 oleh salah seorang penduduk taman. Bayangkan harga ikan jika dijual sebagai ikan hiasan.



MERACIK TEKUKUR

tekukur.png          Meracik tekukur juga menjadi kegilaan segelintir anak desa. Jangan Tanya apa yang digilakan. Sayapun kurang arif. Namun ada sahaja yang bergerak membawa denak pemikat ke lokasi yang dipilih. Dan pulang membawa burung tekukur yang Berjaya dipikat.

racik.pngBagi yang mempunyai burung tekukur yang bersuara baik, boleh dijual pada harga yang  tinggi bersesuaian dengan kebolehan burung pemikat. Mungkin RM100 dan mungkin lebih lagi.

Itu yang manisnya. Yang masamnya bila balik, si pemikat berungut. Burung pemikat bacul tak berbumyi. Racik tak mengena. Isteri pulak membebel. Bikin panas telinga. Nak buat macam mana. Hobi punya pasal buat-buat tak dengar. Rehat sehari dua, esoknya mula semula.