SENTUL- di Air Molek bunyi "e"nya adalah e pepet. Manakala Sentul di Kuala Lumpur bunyi "e"nya adalah e teleng. Itu perbezaan nyata. Tapi perbezaan apling besar, Sentul di Kuala Lumpur nama sebuah petempatan. Nak beli spare part motorpun murah kat sini.
Sentul di Air Molek, adalah nama sejenis buah yang berwarna kuning. Kulitnya keras, pohonnya tinggi. Sering menjadi mangsa balingan dengan kayu waktu saya kecil dulu. Isinya berwarna putih, berkapas. Buahnya kena baling ke batang pokok untuk dipecahkan sebelum dapat di makan. Boleh telan dengan biji-bijinya sekali dan tanggung akibatnya. Siapa yang dah rasa mesti tahu apa makna KEBEBAL. Perg!! berjam-jam kat tandas tak keluar-keluar lagi. Sembelit.
Batang sentul dulu ditebang dijadikan terompah. Ada pembeli dari luar yang datang membeli kerana batang sentul ringan. namun sekarang, Sentul dah tak ada harga. Budak-budakpun tak nak makan dah. Yalah dulu makanan susah, perutpun asyik lapar aje.......
Thursday, 21 August 2014
Mereka kini mendaki puncak.......
Saat berbual dengan beberapa rakan di kedai abang sahal ( kedai datuk murugum kata budak-budak) saya temui beberapa ikon yang kini mendaki puncak kejayaan. Atas usaha gigih dan semangat yang kental.
Antara yang sering saya temui adalah Abang Aziz ( moyok panggilan orang kampung) anak Pak Long Meon, Jeya (rakan satu sekolah) Anak Long Samah- Eddy dan Lan, Pak Lang Seman, Abang Nan di paya. Semua ini pemilik lembu yang agak banyak bilangannya. Di paya juga, abang Musa Mahat, abang Tauhid juga memelihara lembu. Di seberang pula, Wak Jun. Mereka ini berjaya dalam usaha masing-masing. Memang hebat.
Terbaru saya dengar abang Kahal (kakek) juga meula menjalankan usaha perniagaan santan segar. Tiap petang minum bersama beliau. Walaupun kecil tapi usaha mereka ini harus diberi pujian.Mereka berani mencuba dan berani menghadapi kegagalan.Apapun tahniah.

Ikon Yang Saya Amat Takuti Waktu Kecil
Ramai ikon yang saya takuti waktu saya kecil;. Yalah, saya ditakdirkan membesar di kampung bersama datuk, nenek dan kaum keluarga. Sempat bermanja dengan Wan Enom, moyang saya. Waktu itu beliau telah bongkok namun masih boleh menjampi kalau ada yang demam, kepenan (sejenis sakit dalam mata) dan beberapa lagi.
Era inilah saya sering merasa gementar kalau berjumpa dengan beberapa ikon ini. Suaranya saja telah membuat saya terjun dari tingkap untuk menyorok. Nacaamun ikon ini yang sangat saya sayangi dan sentiasa mengenang beliau.
Datuk Ali Noh- Perh!!! dengan tubuh yang berisi dan suara yang lantang, beliau menimbulkan rasa kegerunan yang semacam. Beliau kerap melalui rumah aruah nenek saya dan apabila melihat kelibat saya, gertakan-gertakan akan di keluarkan. Putih tapak kaki melarikan diri....... biasa menyorok di belakang tong kui atau di belakang dapur. Ada masa tertidur menunggu beliau balik dari sawah barulah keluar semula.
Pak Long Saman dan Pak CikTamin- Dua bersaudara. Sepupu kepada emak saya. Pak Long Saman telah lamaemapat meninggal dunia. Baru-baru ini sempat berjumpa dengan Mak Long Menah. Mula uzur. Menurut Kak Long, Mak Long Menah mempunyai masalah dengan kaki.
Berbalik kepada kisah Pak Long Saman dan Pak Cik Tamin tadi, mereka ini kaki gertak. Memang kena gertak setiap kali. Dengan suara dan wajah yang menggerunkan, rasa nak putus tali perut. Tapi inilah insan yang saya hormati hingga kini.. Inilah insan yang memberikan kasih sayang kepada saya. Tak dapat saya membalas jasa baik mereka.\
Pak Cik Tamin masih ada. Sihat nampaknya. Berbual kisah lama dengan beliau mengingatkan diri bahawa sejauh mana kita pergi, setinggi mana kita berada, kampung tetap menjadi ingatan. Justru itu saya berusaha untuk kembali ke kampung dan cuba membantu apa yang terdaya.

Usaha Penulisan Sejarah Air Molek
Dengar khabarnya, usaha penulisan sejarah Kampung Air Molek, Kuala Sungai Baru sedang giat dilakukan. Syabas dan tahniah kepada team yang melakukan usaha. Berbual dengan abang Tapa, anak busu Cuwin, beliau menyatakan sedang melakukan kajian di kampung tetapi malangnya ramai responden yang uzur, kurang mengingati sejarah sepenuhnya dan sebagainya.
Namun bagi saya itu tidak penting. Yang utamanya usaha meninggalkan sejarah dalam mengingatkan anak bangsa bahawa anak Air Molek bukan sembarangan. Mengikut kajian secara rambang dikatakan, bahawa pengasas awal kampung kita berasal dari Palembang. Berhijrah dua bersaudara membuka petempatan baru. Seorang di Kuala Sungai Baru dan seorang lagi di Air Molek. terkait juga susur galur beliau di Bukit Rambai, di Lubuk Redan dan di Londang. (Info lisan yang saya dapat dari beberapa responden).
Melihat perubahan kampung dari satu era ke satu era, memang kita boleh berbangga dengan apa yang kita nikmati. Biarpun kita agak ketinggalan namun usaha secara istiqamah dilakukan. berbual dengan Tuk Sidang Sirun baru-baru ini, saya melihat kesedaran anak kampung semakin mendalam terhadap Islam. Program Tahlil dan bubur lambuk dalam bulan Ramadhan berjalan lancar dan mendapat sambutan. Masjid terisi dengan pelbagai program. Ini membawa makna pemimpin-pemimpin kampung menjalankan usaha-usaha yang sepatutnya disokong. Kita lupakan ketidakpuasan hati sebaliknya marilah kita bersama menyumbang dalam apa jua bentuk untuk sebuah kampung yang kita cintai.
Seperti kata kawan saya...... ingatlah di mana uri kita di tanam...... dalam maknanya tu... mat sam

Wednesday, 6 August 2014
Perginya Seorang Pendidik- Allahyarham Kari Bin Baba
Seawal jam 7.00 pagi saya dikejutkan panggilan telefon oleh sauidara Asri Jati. Beliau menyampaikan khabar duka. Guru kami, Aruah Cikgu Kari Baba, 80 tahun telah kembali ke rahmatullah. Sehari sebelumnya saya sempat berbual dengan menantu aruah, Kak Habsah Jati yang menceritakan tentang penghantaran aruah ke hospital kerana kekurangan air dalam tubuh. Beliau dikatakan tidak menjamah makanan dan minuman sejak beberapa hari sebelumnya.
Segera menghubungi rakan-rakan yang lain, saya bersama saudara Hashim Saad bergegas ke kedai Abang Yunus berhampiran masjid. Biasanya ramai yang berkumpul di sana. Tidak lama di sana saudara Asri tiba. Setelah sarapan kami bergerak menziarahi aruah. Ramai saudara mara, bekas murid telah berada di sana.
Aruah seorang guru yang baik, penyabar dan mempunyai tulisan yang amat cantik. Tidak pernah marah. Sentiasa kemas dan segak. Kenangan peribadi saya dengan aruah tidak banyak kerana saya tidak lama di kampong. Antara saya ingat ialah beliau pernah mengiringi saya ke Pertandingan " Story Telling" di SK Pengkalan Balak. Kami menaiki motor vespa milik beliau.
Selain itu, kami sering mengambil kerbau dari ladang, Bukit Bruang dengan berjalan kaki. Banyak cerita yang beliau ungkap sepanjang jalan sewaktu pergi dan balik.
Apapun kini saya menyambung tugas beliau walaupun tidak sehebat beliau. Namun hasil ajarannya, saya dapat menulis dengan baik, malah pernah menjadi Johan Pertandingan Mengarang Sempena Hari Guru beberapa tahun lalu.
Buat aruah, al-fatihah....... kenangan bersama akan menjadi kenangan terindah bagi saya

Peneroka Kampung Air Molek
Ramai antara kita yang tidak mengetahui asal usul Kampung Air Molek. Yang terdengar dari bisikan burung di katakan bahawa kampong ini dibuka oleh Allahyarham Kamat. dari mana asalnya datuk Kamat ini. Apakah sinonim kampong Air Molek Melaka dengan Air Molek Kuala Sungai Baru Melaka.Siapakah anak cucu beliau yang dapat bercerita tentang aruah datuk Kamat ini. benarkah kubur yang ditemui adalah milik datuk Kamat sedangkan ada cerita yang menyatakan datuk Kamat dimakamkan di Bukit Rambai.? Apakah kaitan Bukit Rambai dengan Air Molek.
Semua perseolan ini bermain dalam kepala saya sewaktu membuat penyelidikan asas. Terdetik di hati ingin menulis tentang kampong tercinta. Tapi responden siapa? Siapakah yang layak ditemubual. Jika ada yang mempunyai maklumat sila hubungi saya. Untuk berkongsi salasilah kampong ini

Saturday, 19 April 2014
Kekejaman Komunis-Perkara yang generasi baru harus tahu
Darurat yang melanda negara kita bermula 1948 hingga tahun 60an membawa pelbagai kenangan buruk buat negara. Air Molek juga tidak terlepas dari bahana kekejaman komunis. Antara yang tinggal adalah MANLOK. Satu petempatan semula masyarakat Cina sewaktu zaman komunis. Di sini saya perturunkan sedikit kisah kekejaman komunis....
Sejarah Serangan
Komunis Di Gua Musang
Tragedi yang berlaku merupakan serangan hendap paling ngeri
berlaku ketika operasi di hutan Jelondong, Jelebu. Kejadian yang berlaku pada
16 April 1951 di hutan tersebut, jelas mempamerkan sikap kejam, keperongosan
dan kebiadapan keterlaluan militan komunis cina terhadap mayat 7 orang Askar
Melayu, selepas mereka semua dibunuh. Mangsa yang terkorban dicincang lumat,
sehingga tidak dapat dikenalpasti identiti mereka, hinggakan kesemuanya
terpaksa dikebumikan di tempat kejadian. Hanya sekitar 1980an, barulah kubur
kesemua mangsa dipindahkan ke makam pahlawan Askar Melayu, Port Dickson.
Menerusi buku "Askar Melayu 50 Tahun", Tan Sri Abdul Samad Idris cuba menggambarkan peristiwa yang berlaku di hutan Jelondong ketika itu;
"...Apabila sampai di sebatang anak sungai, tersepit antara dua bukit, Perajurit Yunus nampak kesan-kesan beras hanyut di dalam air. Ini menunjukkan ada orang bertanak nasi telah membasuh beras di situ. Beliau segera melaporkan perkara itu kepada Leftenan Nayan.
Bagaimanapun Leftenan Nayan mengarahkan 'leading scout' itu mara ke hadapan sedikit. Sebaik saja Perajurit Yunus maju ke hadapan, kira-kira 100 orang pengganas komunis telah melepaskan tembakan. Mereka menggunakan kabain, telah mengepung kedudukan Askar Melayu. Disebabkan musuh terlalu ramai, keadaan menjadi kelam kabut. Leftenan Nayan mengambil keputusan berundur sahaja, tetapi tidak dapat mengumpulkan orang-orangnya secara serentak.
Kira-kira jam 5 petang, Leftenan Nayan berjaya melepaskan diri ke sebelah hilir Kampung Seperi bersama Perajurit Umar yang cedera terkena tembakan pada bahagian punggungnya. Perajurit 5087 Yusuff yang sedang bercuti, terkejut dengan peristiwa yang menimpa rakan platunnya, telah meminta orang-orang kampung di situ memberikan pertolongan. Tuan Haji Shamsuri (ayah kepada Perajurit Yusuff) telah memberikan kain sarung untuk mengusung Perajurit Umar untuk dibawa ke kampung.
Sehingga jam 8.30 malam, 2 orang lagi perajurit berjaya keluar ke kampung menyeberang sawah sampai ke kawasan sekolah di sebelah hulu kampung. Mereka terpaksa bersembunyi di hutan sebelum lari keluar kerana telah diekori oleh komunis. Apabila sampai di kampung, kedudukan mereka selamat (*ini merupakan bukti bahawa penduduk-penduduk di Jelondong tidak pernah bersubahat dengan komunis sebagaimana yang didakwa oleh komunis cina).
Tiga hari kemudian, 2 orang lagi Askar Melayu dapat keluar ke Pekan Titi dalam keadaan cedera. Mereka yang terselamat daripada serangan hendap telah bertempiaran menyelamatkan diri masing-masing. Setelah tiga hari berlalu, barulah diketahui bahawa 10 daripada 17 orang pasukan platun itu telah terselamat, walaupun sebahagian besarnya mengalami kecederaan.
Seminggu kemudian, usaha mencari mereka yang terkorban dimulakan dengan bantuan gerison di Port Dickson. Mayat Askar Melayu seramai 7 orang itu ditemui jauh dari tempat kejadian. Sama ada mereka diheret ke situ oleh komunis, atau ditemui pihak pengganas sewaktu mahu melarikan diri seperti kawan-kawannya yang lain, tidaklah diketahui.
Keadaan mayat yang ditemui itu sangatlah mengerikan. Anggota badannya dipotong pendek atau boleh dikatakan dicincang. Kemaluannya disumbatkan ke dalam mulut; biji mata dicungkil, kulit kepalanya dikoyakkan hingga terdedah tengkorak. Demikianlah kejamnnya komunis dalam kejadian di Hutan Jelondong, Jelebu pada 16 April 1951 itu."
Kekejaman komunis ke atas mangsanya di hutan Jelondong adalah peristiwa pertama seumpamanya berlaku dalam sejarah darurat di negara ini. Justeru Negeri Sembilan ketika itu diwartakan sebagai negeri yang terdedah kepada ancaman komunis paling ganas di zaman darurat. Berikut merupakan senarai mangsa kekejaman serangan hendap komunis di hutan Jelondong:-
1. Koperal 2018 Abdul Hamid (signaller)
2. Perajurit 4576 Ali bin Talib
3. Perajurit 4676 Don bin Dahan
4. Perajurit 4573 Ismail bin Yusuff
5. Perajurit 3711 Mahmud bin Muhammad
6. Perajurit 5487 Abdul Hamid
7. Perajurit 3247 Ahmad bin Kudus
Semoga roh kesemua Askar Melayu yang menjadi mangsa kekejaman komunis, ditempatkan dikalangan orang-orang yang beroleh rahmat Allah swt. Al-Fatihah.

Kawasan serangan ini masih wujud lagi. Anda boleh melihat kawasan ini di Pusat Penyelidikan Ikan Air Tawar, Glami Lemi, Jelebu.
Selain hutan Jelondong, komunis turut melakukan
kekejaman terhadap anggota polis sekitar dekad 1950an di jalan berliku Bukit
Tangga, Jelebu. Serangan hendap komunis ke atas kenderaan black maria polis di
Bukit Tangga telah menjadi bukti kekejaman komunis apabila kesemua 13 anggota
polis itu di bakar hidup-hidup. Mangsa kekejaman itu sebelumnya ditawan serta
diikat secara tergantung dengan kaki di atas dan kepala ke bawah. 13 anggota
polis tersebut kemudiannya dibakar dengan api yang dinyalakan di bawah tempat
penggantungan dengan tujuan menyeksa mangsa sebelum kesemua mereka hangus
dijilat api.
Satu lagi kisah kekejaman komunis di Perak

Oleh Mohd Azis Ngah
azis@bharian.com.my
LENGGONG, GRIK dan isu komunis - satu kaitan fakta sejarah yang kekal dalam ingatan dan menjadi igauan masyarakat yang menyaksikan puluhan ribu anggota keselamatan terkorban mempertahankan negara dengan pelbagai peristiwa kekejaman komunis.
Kawasan itu yang dulunya dikelilingi hutan belantara dan banjaran di situ diakui kawasan hitam kerana menjadi laluan komunis menghubungkan utara ke Pantai Timur serta bersempadan dengan Thailand.
Ketika banyak pihak berbicara mengenai soal kemasukan bekas Setiausaha Agung Parti Komunis Malaya (PKM), Chin Peng, sewajarnya generasi muda yang ada insaf dan sedar bahawa bantahan suara rakyat menghalang kemasukan ketua komunis itu berasas, bukan sekadar gimik politik.
Di Lenggong saja sudah banyak peristiwa berdarah berlaku, pembunuhan anggota keselamatan dan penduduk yang enggan bekerjasama. Bahkan, lebih 100 bekas Konstabel Khas (SC) di Perak berhasrat membuat perarakan bantahan besar-besaran jika hasrat membawa pulang Chin Peng diteruskan. Pendirian itu memang tepat pada masanya, kerana mereka yang bersabung nyawa mempertahankan negara dan jika hasrat itu diteruskan, ibarat luka lama berdarah kembali.
Di perkampungan kecil Changkat Berangan, kira-kira 15 kilometer dari pekan Lenggong, tinggalan kesan aktiviti dan kekejaman komunis masih jelas kelihatan. Cuma, ia tidak dipelihara dan terjaga yang memungkinkan dua persoalan mengenai kedudukannya sekarang.
Demonstrasi membantah kekejaman komunis.
Pertama, kemungkinan penduduk langsung tidak mahu mengingati kekejaman komunis, keduanya memang tiada sebarang usaha mana-mana pihak mahu memelihara tinggalan sejarah itu sebagai tatapan generasi muda untuk menyedarkan pentingnya hidup dalam keadaan aman.
Antara secebis tragedi berdarah yang berlaku di situ ialah Peristiwa Bechah Kemahang yang berlaku di Changkat Berangan, Lenggong pada 1952, ketika era komunis mengganas memuncak. Kesan tempat kejadian dan sarang komunis masih jelas kelihatan.
Pondok estet tempat komunis menggantung hingga mati tiga penduduk ada, cuma gua tempat persembunyian mereka yang digunakan untuk mengurung lebih 20 penumpang bas agak tersorok di hutan di banjaran Bintang Hijau.
Pada tahun yang sama juga berlaku nahas udara sebuah pesawat penyerang dan pengebom British, Bristol Brigand PH755 yang terhempas ketika operasi mengebom sarang komunis di kawasan berkenaan menyebabkan tiga krew pesawat terbunuh.
Tinjauan Berita Minggu mendapati, semua kesan tinggalan sejarah penentangan komunis itu masih ada, cuma tidak dijaga, dibiarkan bahan sejarah dimamah usia dan berkemungkinan hilang terus pada pandangan mata dalam tempoh 20 tahun akan datang.
Menyingkap ringkas Peristiwa Bechah Kemahang, Ketua Kampung Changkat Berangan, Hassan Shahriman Sulaiman, 68, berkata peristiwa bersejarah itu patut didedahkan kepada masyarakat umum, apatah lagi ketika ini muncul pihak tertentu yang seakan menyebelahi perjuangan komunis.
Peristiwa itu merujuk kepada serangan komunis ke atas sebuah bas awam ulang alik dari Taiping ke Grik yang digelar penduduk sebagai Mail Car kerana sering membawa bungkusan pos dan penumpang pada 1952. Ketika tiba di Bechah Kemahang, semua 30 penumpang diarahkan turun kerana komunis mengesyaki bas itu membawa anggota risik. Selepas menggeledah dan menyoal siasat, komunis tidak menemui individu dikehendaki menyebabkan mereka bertindak ganas.
Berdasarkan cerita lisan daripada datuk saya, Osman Mat Piah, komunis menggantung sampai mati seorang wanita Cina dan dua wanita Melayu di pondok estet di tepi jalan. Penumpang lain dibawa ke gua di Bintang Hijau dan dikurung.
Mereka mencabar penduduk, jika mahukan tebusan hidup datanglah selamatkan. Ketika itulah muncul tujuh bersaudara terdiri daripada pasukan Homeguard tempatan bangkit menyerang kubu berkenaan dan menyelamatkan tebusan, katanya.
Homeguard tujuh bersaudara itu terdiri daripada Osman Mat Piah bersama dua beradik, Hussien dan Yaakob disertai tiga lagi anak Yaakob iaitu Mior Ahmad, Mior Kassim dan Mior Ariffin serta menantunya, Sulaiman Pandak Yusoff.
Bersenjatakan senapang patah dibekalkan kepada pasukan kawalan kampung, tujuh bersaudara itu berjaya menyelamatkan tebusan selepas berlaku pertempuran selama tiga hari menyebabkan semua 30 komunis terbunuh.
Polis yang menerima maklumat pertempuran menghantar pasukan diketuai pegawai British membantu menyerang komunis. Bagaimanapun, rasa terkilan wujud di kalangan penduduk kerana sumbangan tujuh bersaudara itu langsung tidak dicatatkan dalam sejarah.
Perkara ini perlu didedahkan, semua orang lama yang tahu cerita ini sudah meninggal dunia. Ketika sambutan ulang tahun kemerdekaan ke-50, penduduk kampung dengan kerjasama Askar Wataniah pernah melakonkan semula adegan pertempuran ini di padang Lenggong.
Memang kami ada perancangan menjadikan kawasan ini sebagai lokasi sejarah, tetapi kami perlukan bantuan untuk menjadikan hasrat ini satu kenyataan. Jangan biarkan sejarah hilang ditelan zaman, katanya.

Kekejaman Komunis di Gua Musang
Sejarah Serangan
Komunis Di Gua Musang
03/09/2012 |
Filed under: berita and tagged
with: gambar gua musang, kisah gua musang, komunis di gua musang, Sejarah hitam Gua Musang
Sebelum negara mencatat sejarah
kemerdekaan 31 Ogos 1957, pelbagai rintangan dan cabaran getir dihadapi rakyat
ketika itu kerana berdepan dengan keganasan komunis hingga ada yang mati
dibunuh dengan kejam.
Kebanyakan mereka juga tidak boleh
tinggal setempat dan kerap berpindah dari satu tempat ke tempat lain untuk
mencari perlindungan dengan berjalan kaki dalam hutan berikutan tidak tahan
dengan serangan komunis.
Sejarah hitam serangan komunis juga
pernah berlaku di Gua Musang pada 4 Januari 1943, apabila ramai orang Melayu
ketika itu mati dibunuh dan hanya seorang pengawal, Allahyarham Nik Jaafar Nik
Soh yang berjaya melepaskan diri dari kepungan komunis.
Beliau lari seorang diri untuk meminta
perlindungan di Balai Polis Bertam kerana kebanyakan rumah penduduk termasuk
kuarters kereta api dan balai polis di Gua Musang dibakar komunis yang
mengganas dan merosakkan semua harta benda penduduk.
Berpandukan perjalanan hidup ditulis
penggawa terbabit, yang masih disimpan seorang anaknya, adik perempuannya
sendiri yang sarat mengandung lapan bulan adalah antara 26 orang Melayu yang
dibunuh dalam serangan komunis itu.
Kubur arwah Nik Mah Nik Soh yang mati
dibunuh dengan kejam oleh komunis, masih menjadi kenangan sejarah kerana kini
berada di tengah-tengah Masjid Razaleigh di bandar ini dan mungkin ramai yang
tidak tahu mengenainya.
Hanya jenazah arwah seorang yang sempat
ditanam di kawasan masjid tersebut dalam keadaan darurat berikutan kumpulan
komunis terus menyerang kawasan Gua Musang yang mana kebanyakan penduduk sudah
lari untuk berlindung di Kampung Batu Papan.
Allahyarham Nik Mah yang tidak sempat
melarikan diri kerana sarat mengandung, hanya melindung diri dalam longkang
besar jalan menghala ke masjid sebelum sekumpulan komunis ternampak lalu
menembak hingga mati.
Pembunuhan kejam itu menyebabkan
jenazahnya tidak boleh dibawa keluar dari kawasan Gua Musang untuk dikebumikan
kerana sentiasa dikawal komunis dan jenazahnya pada ketika itu sempat ditanam
di tepi tangga belakang masjid tersebut.
Oleh kerana masjid itu diubah suai dan
dibesarkan, berikutan jemaah bertambah ramai menyebabkan kubur Allahyarham Nik
Mah berada di tengah-tengah masjid hadapan mimbar hingga timbul tanya tanda
kebanyakan jemaah yang datang dari luar daerah ini.
Walaupun Gua Musang telah lama wujud,
tetapi bilangan penduduk Orang Melayu tidak ramai dan tumpuan utama komunis
berkampung di Kampung Pulai yang selalu memeras ugut orang Melayu termasuk
makanan.
Pendapatan utama penduduk ketika itu,
hanya mengharapkan kepada hasil tanaman dan kerap meminta bantuan kerajaan
menerusi pejabat daerah yang terletak di Kuala Krai.
Selain itu, berlaku juga pertempuran
hendap antara askar 3RAMD dengan komunis di Sungai Semor dekat Kampung Pulai
tahun 1948 yang meragut 16 nyawa anggota tentera dan mencederakan seorang
pegawai berpangkat Leftenan Muda.
Seramai 29 orang Pasukan Komunis Malaya
(PKM) turut maut sebelum keadaan di Sungai Semor kembali reda dan kini kawasan
tersebut menjadi tempat kenangan serta kajian sejarah peperangan zaman darurat
dahulu.
Bekas Pengerusi Persatuan Bekas Tentera
Malaysia (PBTM) Cawangan Gua Musang, Abu Bakar Jusoh berkata, Gua Musang penuh
dengan sejarah hitam berikutan berlaku peperangan menentang komunis yang harus
bagi generasi baru menghargai perjuangan orang zaman dahulu.
Beliau berkata, mereka harus mengetahui
sejarah asal wujudnya Gua Musang supaya tidak mudah menerima hasutan yang boleh
berlaku kejadian tidak ingini dan menggadai maruah negara yang sekian lama
dalam suasana aman.
“Saya sebagai bekas tentera, tidak
pernah lupa peristiwa pahit menentang komunis walaupun ketika zaman itu
bertugas di merata tempat sebelum menetap di Gua Musang,” katanya.
Mat Zain Hassan, 62, pula berkata,
walaupun pejuang kemerdekaan negara menentang komunis semakin ramai dimamah
usia dan meninggal dunia, tetapi kenangan pahit harus dipahatkan dalam jiwa
generasi sekarang.
Katanya, semangat patriotik
menyemarakkan kemerdekaan dengan mengibarkan Jalur Gemilang perlu disemai di
kalangan mereka kerana dengan cara itu dapat mengenang kesusahan walaupun
mereka lahir selepas merdeka.
“Sekurang-kurangnya kita dapat
mengingati kembali kesusahan tentera pada ketika itu yang menentang komunis dan
ramai penduduk yang tidak berdosa menjadi mangsa pembunuhan kejam,” katanya
Buruh Paksa Landasan Keretapi Maut Thailand-Burma
Tempohari waktu pulang ke kampung sempat berbual dengan beberapa warga emas. Antara Busu Ambun di kedai Pak Long Sahal. Tercetus cerita tentang BURUH PAKSA yang digunakan untuk membina LANDASAN KERETAPI MAUT di Thailand-Burma.
Rupanya beberapa orang warga kampung kita juga terlibat menjadi buruh paksa. Dipujuk oleh orang-orang Jepun . Dijanjikan dengan janji yang muluk-muluk akhirnya hilang tanpa berita. Biarpun ada warga yang balik namun jumlahnya tidak ramai. Di sini saya perturunkan sedikit kisah buruh paksa landasan keretapi maut....
"Anda masih ingat dengan sejarah landasan keretapi berdarah? Ya..sejarah dan kisah tragis ini berlaku sekitar tahun 1880-an dahulu iaitu kira-kira 130 tahun yang lalu. Sepertimana yang diketahui, sepanjang tempoh pembinaan landasan ini, tiada yang lebih sukar melainkan kesengsaraan, keperitan dan penderitaan yang tiada penghujungnya. Tiada yang lebih berharga daripada nyawa melainkan membilang hari menanti ajal. Itulah yang boleh diibaratkan kepada buruh-buruh paksa tersebut.

Mengikut
catatan sejarah, selepas selesai penaklukan Jepun di Tanah Melayu dan Singapura
pada Februari 1942, negara matahari terbit itu mula merencanakan pembinaan
landasan keretapi sejauh 415 kilometer yang merangkumi 60 stesen dari Thailand
ke Burma bagi meluaskan penaklukan rantau itu sehingga ke India.
Seramai
68,000 tahanan perang British, Australia, Amerika, New Zealand dan Belanda
manakala 200,000 lagi buruh paksa India, China dan Melayu terlibat dalam
pembinaan landasan maut itu. Sepanjang tempoh tiga tahun pembinaannya, seramai
16,000 tawanan perang maut dan lebih 100,000 buruh dari Asia itu dilaporkan
meninggal dunia atau hilang. Sepanjang tempoh 1942 hingga 1946, sebanyak 72,000
rakyat negara ini menjadi buruh paksa, namun hanya kira-kira 30,000 orang
sahaja selamat pulang.
Seterusnya, antara negara-negara
Asia yang terlibat adalah datang dari Burma, Jawa, dan Tanah Melayu.
Kemudian, pada tahun 1942, Perang Dunia II telah berlaku dan kejatuhan Tanah
Melayu, Singapura dan Indonesia. Kemudian pada tahun 1942, Perang Dunia
II telah berlaku dan kejatuhan Tanah Melayu, Singapura dan Indonesia.
Oleh yang demikian, tahanan perang
digunakan oleh pihak Jepun bagi merealisasikan impian mereka dalam mencapai
kejayaan semasa zaman peperangan tersebut. Tenaga dan kudrat telah
dikerah sepenuhnya siang dan malam.
Fakta :
Bilangan pekerja landasan keretapi maut dari Asia : 72,000
Selamat pulang : 30,000

Selebihnya : Ditimpa penyakit, kebuluran atau dihukum
hingga mati."
Antara nama yang disebut tidak kembali termasuklah Ghani Mat Tera, adik kepada arwah Pak Long Saad (bapa saudara Hashim (norli) Saad) dan beberapa nama yang telah saya lupa). Mari kita hadiahkan Al-Fatihah kepada mereka yang telah kembali sewaktu membina landasan keretapi maut.
Buruh paksa bekerja di landasan maut dengan penyeliaan tentera jepun |
Tanah Perkuburan yang barangkali menempatkan salah seorang warga Air Molek |
Alat yang digunakan untuk memecah batu dan sebagainya |
Salah satu dari puluhanjambatan yang dibina dengan menggunakan kudrat manusia |
Landasan maut sekarang |
Laluan yang dibina kini menjadi tumpuan waris dari pelbagai negara |
Sekadar kenangan |
Antara nama yang disebut tidak kembali termasuklah Ghani Mat Tera, adik kepada arwah Pak Long Saad (bapa saudara Hashim (norli) Saad) dan beberapa nama yang telah saya lupa). Mari kita hadiahkan Al-Fatihah kepada mereka yang telah kembali sewaktu membina landasan keretapi maut.
Thursday, 3 April 2014
Korban Kelompok
Warga Rukun Tetangga Taman Rebana Jernih akan mengadakan "KORBAN BERKELOMPOK:" sempena Hari Raya Aidil Adha 2014. Setakat ya ng saya difahamkan, jumlah bilangan haiwan korban telah mencapai 4 ekor dengan harga RM 450 bagi setiap bahagian.
Bagi warga yang berminat boleh menghubungi Tn Hj Majid, Pengerusi Rukun Tetangga atau Ustazah Rosnah Abdul Ghani, Setiausaha Rukun Tetangga Taman Rebana Jernih.
Seperkara lagi, Surau Taman Rebana Jernih baru sahaja ditimpa musibah kehilangan PA System beberapa minggu lalu. Pihak taman memohon jika ada yang sudi mendermakan sebuah PA System, bolehlah berbuat demikian. Sila emailkan ke email saya Jebat65@gmail.com. Pihak penduduk taman amat mengharapkan sumbangan dalam usaha mengimarahkan semula surau taman Rebana Jernih. Setelah tinjaun dibuat, harga sebuah PA System biasa dalam lingkungan RM 500 ke RM 800.

Masjid Kampung Air Molek
Sewaktu melintasi jalan dari SK Air Jernih untuk kembali ke Taman Rebana, terpandang kubah masjid yang baru dibina. Kelihatah cantik, giah dan terasa keindahan sebuah masjid yang dulu berdiri atas titik peluh anak-anak kampong dan kini jasa mereka diteruskan oleh generasi baru.
Masjid yang diberi nafas baru kini akan menjadi landmark terbaru air molek. Lama sudah masjid tersebut berbakti kepada penduduk kampong. Dan kini akan terus berbakti atas wakaf pelbagai pihak. Anak kampongpun telah ramai memenuhkan masjid waktu-waktu kelas agama di adakan, solat jumaat malah pada setiap masa.
Sentuhan senibina dan hiasan amat menarik. Sayang, saya tak punya masa merakam gambar-gambar untuk diabadikan. Insyaallah akan saya usahakan untuk dijadikan arkib Kampung Air Molek.

Subscribe to:
Posts (Atom)