Monday, 11 June 2012

RESTORAN TERAPUNG FORT SUPAI








Friday, 8 June 2012

Dari sebuah desa

Dari sebuah desa kecil kini bergelar Bandaraya Bersejarah. Pernah riuh rendah dengan suara pedagang yang menjual hasil secara barter sistem. Diceriterakan oleh Munsyi Abddullah, jika dari bandar Melaka menuju ke Tanjung Keling, pantainya penuh dengan kapal dagang. Api dari tiang kapal berderetan di sepanjang pantai. Rumah tiada berkeputusan hingga sampai ke Sungai Baru.

59 puak bangsa asing yang bertutur 84 jenis bahasa terdapat di Melaka pada zaman itu. Kedudukannya yang terlindung oleh tiupan angin monsun dan terletak di Selat Melaka menjadikan Melaka sebuah pelabuhan yang digemari dagang santeri, idaman penjajah yang cuba menghidupkan dasar 3G- God, Gold and Glory. Pedagang Arab, Gujerat dan Parsi memebuhi bandar Melaka.

Dan di anjung Balai Rong Seri Istana Melaka kedengaran riuh anak-anak sultan dan pembesar negeri mengaji Al-Quran. Di halaman istana, kaum lelaki yang terdiri dari anak-anak muda gagah mengatur pencak dan silat, berdenting bunyi besi berlaga sambil diperhati Hang Tuah 5 bersaudara.  Bukan sekadar lagenda namun Melaka pernah menjadi empayar sebelum diharu birukan oleh golongan yang tidak puas hati dengan istana. Sebelum Laksamana  Khoja Hassan termakan hasutan fitnah. Sebelum Lopez De Squeira datang mencuba merisik pertahanan Melaka.

Tun Hassan Temenggung yang terkenal tampan, bendahara Tun Mutahir yang terkenal licik dalam pentadbiran, digabung oleh Hang Tuah  yang terkenal dengan kegagahan dan kesaktian Taming sari, Tun teja yang terbilang cantiknya. Semua ini ikon Melaka suatu masa dahulu.

Namun segalanya musnah akibat cemburu, tamak haloba dan kesilapan Sultan Mahmud dalam melaksanakan timbang bicara. Melaka akhirnya lebur ditangan Peringgi. Empayar menjadi debu-debu sejarah.
Perlukah ini berlaku lagi.....

Kejayaan Anak kampung

Sebenarnya ramai anak kampung kita yang berjaya menjejak kaki ke menara gading dan seterusnya mencipta nama di luar daerah. Cuma usaha mencari dan meletakkan mereka pada tempatnya tidak dilakukan bersungguh-sungguh. Bukan tiada anak kampung yang menjadi professor, dekan mahupun pensyarah. Bukan tiada yang menjadi pengarah urusan syarikat yang mempu menjana ratusan ribu ringgit sebulan. Cuma kita tidak mencari atau mengambil tahu.


Pentingkah kita meletakkan nama mereka dalam sejarah kampung? Bagi saya itu adalah sesuatu yang harus dilakukan bagi menjana minda anak-anak kita yang masih berada dibangku sekolah agar berusaha dan menyaingi kejayaan mereka yang telah berjaya. Biarpun ayah ibu kita penoreh getah, tapi kita harus bangga dengan keringat yang mereka perah mampu menghantar kita hingga ke universiti. Mampu menjadikan kita manusia yang berkerjaya dan mendapat pendapatan yang lumayan. berbanggalah anak air molek yang kini menyandang pangkat leftenan kolonel, mejar, ASP, inspektor dan sebagainya. Berbanggalah ada anak kampung bergelar doktor falsafah, mempunyai master, bergelar dato. Suatu fenomena yang tidak ada pada zaman saya remaja dahulu.

Alangkah eloknya jika mereka yang berjaya ini kita jemput memberi ceramah kepada anak-anak kampung yang bakal menduduki peperiksaan SPM, STPM atau sebagainya. Agar dapat berkongsi pengalaman. Kita fikir-fikirkan bersama apa yang boleh kita lakukan untuk air molek tercinta

Thursday, 7 June 2012

PIA HOME DELIGHTS

Salam rakan-rakan sekampung,
Saya baru settingkan bog untuk promosi bagi saudara kita Sapiah Rahman. Rakan-rakan boleh melayari blog beliau di : http://piahomedelights.blogspot.com sebagai tanda sokongan dan juga panjangkan kepada rakan-rakan untuk tujuan ptomosi. Mungkin dengan pertolongan kita yang kecil akan membuahkan hasil yang besar buat beliau yang gigih berusaha.


Bagi rakan-rakan sekampung yang perlukan blog, email saya. Saya akan bantu semampu saya

Tuesday, 5 June 2012

Main Baling Tin

Ini kira bowling kampung tetapi ia lebih menarik dan lebih mencabar. Takat bowling apa kelas.  Baling tin yang saya maksudkan adalah permainan yang dimainkan oleh dua kumpulan yang sama ramai menggunakan bola tenis. Tin susu disusun dalam bentuk piramid. Kumpulan pertama akan membaling bola tadi untuk menjatuhkan tin. Pasukan kedua akan cuba menghalang pasukan pertama dari menyusun tin kembali dalam bentuk piramid. Ahli kumpulan kedua akan mendapatka bola dan membaling  ke arah mana-mana ahli kumpulan pertama. Yang terkena bole dikira mati. Pandai-pandailah menggelak. Kalau tak menggelak, berkerut juga muka bila kena baling dengan bola tenis.

bagi kumpulan pertama, mereka akan cuba menyusun kedudukan tin secepat yang boleh dan mengurangkan risiko ahli kumpulan terkena bola. macam-macam cara di lakukan. Pemenangnya sama ada yang berjaya menyusun tin kembali ke bentuk asal atau bilangan ahli yang dapat dibaling.

Tapi taklah pulak bergaduh walaupun teruk kena baling..... begitulah rapatnya remaja zaman saya dahulu

Letup-letup

Jarang dah permainan ini boleh kita lihat di kampung. Senapang plastik yang boleh mengeluarkan bunyi, cahaya dan sebagainya telah menggantikan letup-letup. Tapi apa yang dimaksudkan dengan letup-letup. Pasti ramai generasi baru yang tertanya-tanya.

Di kampung kita ini, letup-letup diperbuat dari ranting buluh yang lurus dan cantik bentuknya. Kedua-dua bahagian ruas dipotong. Sebatang buluh kering dijadikan bahan pengasak dan bahagian ruas yang dipotong akan dijadikan pemegang.

Bagi yang kreatif, lorekan pelbagai motif dibuat di atas batang buluh untuk menghiasi letup-letup. Pelurunya. Bagi budak-budak yang amatur mereka gunakan kertas surat khabar yang dibasahkan. Kemudian digentel bulat-bulat. Sebiji di masukkan dahulu ke dalam batang buluh dan disorong hingga ke hujung buluh. Sebiji lagi akan diletakkan pada pangkal buluh dan apabila buluh pengasak ditolak masuk angin yang terkurung antara dua peluru tadi akan menolak peluru yang berada dihujung buluh keluar dan menghasilkan letupan kecil.

Bagi yang dah professional akan gunakan buah Cenerai. Banyak buah  ni kat kampung kita dulu. Nak masukkan ke dalam buluhpun susah. Kena hentakkan objek keras. Konsepnya sama tetapi bunyinya lebih kuat dan kalau kena sakitnya boleh tahan juga.

Saya teringat suatu peristiwa kami bermain letup-letup di rumah aruah Wan Kenit. Sekarang ni rumah Hj Meran Baba. Rumah lama dulu. Kami hentakkan letup-letup pada tiang, belebas dan mana yang sempat tanpa terfikir buah cenerai mengeluarkan sejenis air berwarna merah bila kering. Masa berperang mana sempat nak fikir. Sarjan Saunder katakan. Esok mengamuk besar aruah Wan Kenit. Tiang rumah, belebas, batu alas tiang semua berwarna merah.

Dan akhirnya kami terpaksa bergotong royong membersihkan kesan-kesan merah tu....... tapi tak kisahlah, hero katakan.........

SENARAI ANAK KAMPUNG YANG MENJADI GURU

Satu lagi senarai yang saya petik dari laman muka buku saudara saya Azman Kari sebagai bahan arkib untuk kampung kita. Bila dilihat, ramai juga yang berjaya menjadi pendidik. Cuma mereka ini jarang dapat ditemui dan ada yang telah kembali ke rahmatullah.
1. Abdul@Dogol Bin Yunus
2. Ahmad Bin Md. Sam
3. Baba Bin Md. Jais
... 4. Kari Bin Baba
5. Md. Jati Bin Dolmat
6. Ibrahim Bin Said
7. Sahak bin Lasim
8. Md. Yatim @ Ismail Bin Lasim
9. Kasim @ Abas Bin Manaf
10. Fatimah @ Soya Bt. Sajak
11. Abdul Rashid Bin Budin
12. Md. Sim Bin Ali
13. Lehan Bin Ali
14. Noraidah Bt. Ali
15. Raaid Bin Sulaiman
16. Rosilah Bt. Shamsudin
17. Hanirah Bt. Abdul Rahman
18. Jumaah Bt. Alias
19. Abdullah Bin Ghani
20. Abdullah Bin Keling
21. Abdul Rahman Bin Mahat
22. Ishak Bin Dumun
23. Fatibah Bt. Majid
24. Berohan Bin Latif
25. Robiah Bt. Baba
26. Azizah Bt. Abuchik
27. Alizah Bt. Sulaiman
28. Mariam Bt. Sulaiman
29. Kalal Bin Sulaiman
30. Maimunah Bt. Alias
31. Hasmah Bt. Alias
32. Hawa Bt. Dumun
33. Hazmi Bin Ali
34. Fazilah @ Acin Bt. Majid
35. Rohayah Bt. Jahafar
36. Norzaman Bin Abu Hassan
37. Borhan Bin Subuh
38. Jayagangga A/P V. Biman
39. Nordirah @ Irah Bt. Jaafar
40. Abu Bin Ajib
41. Basiron Bin Tambi
42. Noridah Bt. Sulaiman
43. Saaodah Bt. Nawawi
44. Anual Bin Ibrahim
45. Mawar Bt. Ali
46. Ridzuan Bin Omar
47. ______ @ Putih Bt. Tambichik
48. Safiah Bt. Ibrahim
49. Ustaz Maruan Bin Abdul Jalil
50. Ismail Bin Zubir
51. Latifah Bt. Alias
52. Sharil @ apak Bin Abdul Jalil

Senarai ini juga belum lagi lengkap dan masih memerlukan tambahan 

SENARAI PEGAWAI MASJID YANG PERNAH MENCURAH BAKTI

Saya perturunkan senarai Pegawai-pegawai Masjid yang pernah mengimarahkan masjid kampung kita. Senarai ini belum lengkap lagi dan saya petik dari catatan muka buka saudara saya Azman Kari sebagai Bahan Arkib Kampung kita. Alangkah baiknya kalau gambar-gambar mereka ini dapat kita abadikan di Balai Raya atau dalam sebuah buku bersama dengan senarai mereka yang berjaya, senarai Ketua Kampung dan juga apa sahaja maklumat. Buku ini kalau dapat direalisasikan, akan mencipta sejarah tersendiri. Saya ada juga terniat menulis buku sebegini namun masih mengumpul bahan dan akan cuba berkoloborasi dengan Saudara Azman Kari menjayakannya. Kalau beliau sudi......

1. Imam Alang
2) Imam Yassin
3) Imam Yassin bin Baki
4) Imam Baharom b Md Jan
5) Imam Jalil Bin Md Yassin
6) Imam Amzah b Mahmud
7) Imam Atau
8) Imam Tarmizi
9) Imam Kamaruddin Mahat
10) Khatib Jai
11) Khatib Sulaiman Long
12) Khatib Wahab
13) Siak Batan
14) Noja Ahmad b Salleh (Mat Tongkai)
15) Hj Borhan b Ahmad
16) Hj Subuh b Muhammad
17) Hj Samsuddin b Alias
18) En Alias b Md Din
19) Bilal Karim b Jidin


Kebanyakan penama telahpun meninggalkan kita namun ilmu yang mereka sampaikan terus bersemarak dalam jiwa anak-anak didiknya. Justru itu marilah kita hadiahkan Fatehah buat mereka yang pernah berjasa kepada datuk nenek kita, ibubapa kita, kita sendiri dan juga anak cucu kita....

Salam teman sekampung,
Kadang-kadang mati juga idea untuk menulis tetapi dah namanya cikgu ni, membaca dan menulis dah menjadi asam garam kehidupan. Tak idea, perah juga agar dapat menulis sesuatu sebagai bahan perkongsian dan bahan arkib untuk sebuah desa kelahiran yang banyak meninggalkan kenangan pahit dan manis. Di desa ini, segalanya bermula. Di desa ini kasih tercipta dan rindu membara.

Membaca catatan rakan-rakan dalam Facebook, dapat saya katakan kadar celik IT di kalangan anak-anak kampung begitu tinggi biarpun kebanyakan datang dari luar kampung. Yang berada di kampung bukan tak celik tapi kurang kemudahan. Saya tak pasti fenomena di Melaka. Tetapi di tempat atau daerah saya bekerja di Negeri Sembilan, rata-rata kampung mempunyai kemudahan Wifi percuma dengan label "Kampung Tanpa Wayar". Anak-anak desa boleh melayari internet pada bila-bila masa yang dikehendaki. Secara percuma.

Di kampung kita, saya tidak pati sudah ada atau tidak kemudahan ini. Saya merasakan ini perlu memandangkan zaman dah berubah. Nak minta kerjapun kena online. Saya mencadangkan pada rakan-rakan yang mempunyai kuasa dan masin mulutnya di kampung, minta-mintalah pada YB agar kemudahan ini diwujudkan. Dapatlah orang-orang kampung kita merasa nikmat menyokong kerajaan. Jangan waktu mengundi sahaja kita diingati. Selepas mengundi, buat tak reti. Tapi yang saya dengar YB sering berkunjung ke kampung. Eloklah. Cuma bisik-bisikkan juga agar kemudahan ini diadakan. Biar kita tidak ketinggalan.

Saya terbaca rancangan kerajaan untuk mewujudkan Kampung Tanpa Wayar di Melaka.  Jadi yang berkepentingan di kampung ambillah peluang ini.

Sedutan dari Utusan Online

ALOR GAJAH 13 April - Kerajaan negeri akan memastikan seluruh kampung di setiap kawasan Parlimen di negeri ini akan menikmati kemudahan jalur lebar menerusi projek Kampung Tanpa Wayar (KTW) dengan kerjasama Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM).
Ketua Menteri, Datuk Seri Mohd. Ali Rustam berkata, sehingga ini sebanyak 120 buah lokasi KTW telah disediakan untuk memberi kemudahan kepada pelajar dan penduduk untuk menggunakan teknologi jalur lebar.

Menurutnya, kerajaan negeri mensasarkan sebanyak 20 lagi lokasi yang akan diwujudkan KTW bagi memastikan seluruh penduduk khususnya di luar bandar dapat menikmati kemudahan jalur lebar tanpa perlu ke bandar.

Monday, 4 June 2012

Musim Mengogo

Mungkin ramai yang tidak pernah tahu tentang Mengogo kerana telah lama aktiviti ini tidak dilakukan. hanya orang Air Molek yang tahu keseronokannya. benarlah kata Saudara saya Azman Kari. Air Molek ini tersendiri dalam kelasnya.

Musim mengogo ini biasanya dilakukan pada waktu habis menuai. Maksudnya waktu itu air sungai sudah semakin cetek. Acara tahunan ini biasanya dilakukan bermula pada hari Jumaat setelah selesai solat Jumaat dan akan berlanjutan tiga hari lamanya. Peralatan yang saya masih ingat adalah tangguk dan keruntung ikan yang diperbuat dari karung gula dan diikat di pinggang. Mereka akan turun dari hulu sungai beramai-ramai dan mengocak air untuk membuat ikan mabuk dan timbul. Ikan yang timbul ini akan ditangguk serta merta. Bayangkan hampir seratus orang serentak mengocak air. Bukan ikan sahaja yang boleh mabuk, buayapun pening-pening lalat.

Namun kemahiran manusia semakin bertambah. Mengogo telah tiada. Digantikan dengan perbuatan yang lebih kejam. Mengaran ikan. Saya rasa nak karan je mereka yang buat kerja bangang ni

CAK KUN CAK

Zaman ini sudah lama berlalu apabila kesedaran Islam mula berkembang pesat. Namun zaman ini pernah menghantui Air Molek suatu masa dahulu. Zaman di mana setiap perkahwinan juga diraikan dengan persembahan kugiran yang disewa khas dari pelbagai tempat. Tujuan asalnya untuk meraikan majlis dan juga tetamu yang hadir. Di samping berjoget lambak yang pernah menjadi identiti Melaka suatu masa sahulu.

Cak Kun Cak berasal dari bunyi muzik yang dialunkan. Biasanya setiap kumpulan muzik yang bermain datang dengan set yang lengkap. Dengan penyanyi sekali.Lagunya pelbagai rentak dan genre. Maka menarilah muda-mudi, tua atau muda. Ada kala juga muzik bermain begitu sahaja. Tanpa ada sesiapa yang memulakan tarian.

Ada juga keburukan Cak Kun Cak. Terutama bila sedang menari, dipotong oleh orang lain. Silap hari bulan bertumbuk sesama sendiri.Namun zaman itu telah berubah. Telah tiada. Cak Kun Cak hanya tinggal kenangan. Kini persembahan marhaban telah mengambil tempat. Begitu juga dengan karaoke telah menggantikan kugiran.

Sunday, 3 June 2012

Operasi Menebang Kelapa

Kalau dulu, menebang kelapa seolah macam satu pesta kecil. Tukang tebang yang saya ingat adalah aruah Pak Long Gamat. Relaks je aruah ni dengan sebilah kapk yang terasah tajam dan juga seutas tali yang menjangkau ketinggian pokok kelapa. Saya ingat lagi sebelum kelapa ditebang, aruah akan memanjat pokok kelapa sambil membawa seutas tali untuk diikat di puncak pokok kelapa. Satu tugas yang agak berisiko. Tali tadi diikat kuat. Kemudian arah angin ditentukan. Petugas-petugas sukarela pula akan menarik tali mengikut arah yang ditetapkan.

Dengan kemahiran seorang penebang, aruah akan mula membuat takukan seperti yang telah ditetapkan. Tali akan ditarik lebih tegang apabila sebahagian batang pokok telah dapat dipotong. Di sinilah kemahiran penebang. Arah jatuh pokok kelapa tadi tidak meleset. Memang menurut perancangan. Maka berebut-rebutlah kanak-kanak mendapatkan kelapa muda. Saya tidak ingat berapa upahnya tapi taklah sebesar mana.

Aruah Pak Long Gamat telah tiada. Beliau telah kembali ke rahmatullah dengan beberapa kemahiran yang tidak diperturunkan. Beliau juga penggali tanah perkuburan yang mahir selain, pencari ikan sawah yang amat terkenal. Semuanya dibawah pergi bersama dan hanya tinggal sebuah kenangan yang sukar terlupakan. Al Fatihah buat allahyarham

Kisah Tidak Terungkap

Terlalu banyak misteri yang tidak terungkap di kampung kita ini dan masih menjadi tandatanya jika tidak usaha mengesan sejarah dilakukan dengan serius. Warga lama kian berkurangan. Mereka inilah yang menjadi arkib bergerak tentang sejarah lama kampung kita yang harus dicungkil untuk mengembalikan jati diri anak-anak Air Molek seperti yang dikatakan oleh Saudara Azaman Kari berketurunan baik-baik.

Saya ingin menyorot beberapa lokasi tanah perkuburan yang terdapat di beberapa tempat di kampung kita dalam usaha mengesan di mana tapak asal Air Moleh itu sendiri. Jika kita lihat di solok seberang, seingat saya terdapat sebuah tanah perkuburan kemudian diikuti pula di padang kilat. Juga terdapat sebuah tanah perkuburan selain di dalam kampung kita. Persoalannnya mengapa terdapat beberapa tapak perkuburan. Mesti ada  jawapan kepada persoalan ini.

Kemudian tidak lama dahulu dikatakan terjumpa sebuah tapak perkuburan yang agak besar di Bukit Bruang. Juga menimbulkan tandatanya bagaimana boleh terdapat petempatan di kawasan itu. Apakah ianya berlaku sewaktu zaman pendudukan Jepun atau pada zaman komunis. Hanya orang-orang lama yang dapat menjawab persoalan. Bagaimana Saudara Azman Kari jika kita tubuhkan satu pasukan khas mengesan dan menulis tentang sejarah Air Molek buat tatapan anak bangsa kita...

Saturday, 2 June 2012

TUTORIAL 2-POST ENTRI DALAM BLOG

Post entri dalam blog merupakan perkara yang paling asas bagi seorang blogger.
Dalam entri anda akan menaip apa yang anda mahu sampaikan samada luahan rasa, perkongsian, info dan apa-apa sahaja yang anda mahu.

Kalau tidak buka ruangan untuk menaip bagaimana hendak post entri kan.:)


Tutorial Post Entri Dalam Blog


Berikut adalah cara bagaimana anda hendak memulakan langkah untuk menaip dalam blog anda.

1. Buka link www.blogger.com (link ini diperlukan setiap kali anda hendak login kepada akaun blogger). Masukkan email dan password anda.

Tutorial Post Entri Dalam Blog

2. Pada paparan muka depan, klik pada 'new post'

Tutorial Post Entri Dalam Blog



3. Masukkan tajuk untuk entri anda dan juga isi kandungan entri anda.(biasa bab ini mengambil masa untuk menaip entri).

Kemudian apabila sudah siap, klik pada button 'publish'

Tutorial Post Entri Dalam Blog


4. Apabila sudah tekan button publish, siap untuk sebuah entri dalam blog anda.:)

Tutorial Post Entri Dalam Blog


  • jika anda hendak tengok 'rupa' entri anda itu, klik pada 'view post'
  • jika anda rasa masih ada kekurangan dan hendak edit, klik pada 'edit post'
  • jika anda hendak menaip entri baru, klik pada 'create a new post' (anda juga boleh mulakan dari awal dengan klik pada 'dashboard' pada bahagian atas-kanan)

MENCARI HARGA DIRI

Setelah sekian lama merdeka, Air Molek merupakan sebuah desa yang damai dan cukup berdedikasi dalam menyokong kepimpinan kerajaan. Jarang kita dengar peti undi Air Molek kalah kepada pihak pembangkang. Seingat saya, belum pernah lagi. Pernah juga kampung kita ini didatangi oleh Tun Ghaffar Baba suatu masa dahulu. Tempatnya di Balai janga Raya kampung yang lama. Penuh dengan orang ramai yang ingin melihat allahyarham Tun Ghaffar Baba dari dekat.

Cuma setelah sekian lama Air Molek menjadi penyumbang undi yang setia, pihak-pihak yang mendapat keuntungan seharusnya sedar bahawa sesuatu perlu dilakukan oleh mereka kepada kampung yang sesetia ini. Saat orang lain berperang poster, Air Molek senyum dalam warna kebiruan. Saat orang haru biru dengan ceramah, Air Molek  tenang saja. Penduduknya boleh minum bersama di Kedai Long Mail di jalan masuk. Ini bermakna, parti tidak mampu merosakkan perpaduan.

Pada pandangan saya yang berada di luar kotak ini, terlalu jauh kampung kita ini tertinggal dari segi kemajuan. Pada hakikatnya kita ini seolah penyumbang undi untuk memajukan seseorang tetapi sering terlupakan. Memang ada pembangunan tetapi agak lambat. Suara-suara rintihan anak muda kedengaran dari tahun ke tahun untuk mendapatkan sebidang tanah untuk padang bola. Rasanya dari zaman saya bujang hinggalah sekarang. Puluhan tahun. Masih ada saja janji yang dibuat dan dimungkiri. Janganlah kita marah nanti jika anak-anak muda ini berkiblatkan warna lain pula. Kita yang menyebabkan mereka tawar hati. Atau jika mereka terlibat dengan gejala negatif seperti dadah, lumba haram, jangan pula kita melatah. Mereka ada banyak masa untuk diisi. Ada banyak tenaga untuk dihabiskan. Dah tak ada aktiviti yang baik, mereka pilih jalan tersebut.

Rasanya pemimpin kampung dah berbuih mulut meminta. Pihak yang berkenaan buka-bukalah mata. Buka-bukalah telinga. Jangan asyik catat dan angguk kemudian berjanji. Generasi Y ni saya lihat lain sedikit. Mereka ini bijak dalam melaksanakan sesuatu dan tidak takut risiko. Soal ketuanan Melayu tidak timbul lagi jika hati mereka telah sakit. Mereka akan ikut perasaan. Bimbang suatu masa nanti Air Molek yang menjadi penyumbang tetap undi akhirnya kecundang. Fikir-fikirkanlah wahai tuan-tuan yang berkuasa akan pandangan saya yang jauh dari tanah kelahiran ini

Friday, 1 June 2012

TUTORIAL 1- MEMBUKA AKAUN DENGAN BLOGGER

Mendaftarkan diri sebagai seorang pemilik blog dengan menggunakan platform blogger tidaklah sesusah yang disangka.
Dengan mengikuti beberapa langkah ringkas berikut, anda sudah bergelar seorang blogger.


Cara Buat Akaun Blogspot


Sebelum memulakan pendaftaran untuk akaun blogspot, anda mestilah mempunyai akaun google dahulu. Akaun lain pun boleh, tetapi untuk jangka masa panjang, ada akaun google akan lebih memudahkan memandangkan blogger.com adalah produk dari google.

Jika anda sudah mempunyai akaun google, boleh sign dahulu atau klik disini.http://mail.google.com/mail/?hl=en&tab=im.

Jika anda masih belum mempunyai akaun google, sila daftarkan dahulu disini untuk memudahkan proses pendaftaran akaun blogspot.

Berikut adalah langkah-langkah yang diperlukan untuk mendaftar akaun blogspot.

1. Buka link www.blogger.com

2. Apabila paparan sudah keluar, klik pada 'create a blog'

Cara Buat Akaun Blogspot


3. Seterusnya masukkan maklumat yang dikehendaki kemudian klik 'continue'.

Cara Buat Akaun Blogspot


4. Kemudian masukkan blogname dan juga blog address

  • Blog name lebih merujuk kepada trademark sesebuah blog
  • Blog address adalah digunakan oleh pengunjung untuk membuka blog anda. Blog address antara perkara paling penting bagi sesebuah blog. Untuk memudahkan pemahaman, sila rujuk Tips Pemilihan URL Untuk Blog.


Cara Buat Akaun Blogspot


5. Pilih template yang anda rasa sesuai, kemudian klik 'continue'

Cara Buat Akaun Blogspot


6. Siap. Anda sudah mempunyai akaun blogspot anda sendiri ada boleh mula untuk menaip entri pertama anda.:)

Cara Buat Akaun Blogspot

Pemergian beberapa warga lama Air Molek

Sejak beberapa minggu kebelakangan inikerapa saya terima berita pulangnya warga emas. bermula dengan Wan Dara, ibu Cikgu Harun, diikuti dengan Wan Che Nge dan tadi terbaca pula tentang pemergian Datuk Jamil. Bapa saudara Salman Jamil. Semuanya di usia yang lanjut. Mencecah hampir seratus tahun kalau tak silap.

Jika ditinjau semula pemakanan mereka menjadikan mereka sihat dan bertahan sehingga usia emas. Ditambah pula dengan amalan hidup seharian mereka yang agak rutin. Kenalah tanya pada yang tahu apa yang menyebabkan kebanyakan orang tua-tua kita boleh cergas seperti itu.

Macam saya ceritakan dulu, saya pernah berjalan kaki bersama Aki Ghaim, Aki Bab, Aki Latif, Aki Lassim dari kampung ke Bukit Bruang atau ke Ladang dan kemudian pulang dengan mengiring sekawan kerbau. Otai-otai ni selamba jer berjalan. Takpun meneguk air. Boleh memintas kawanan kerbau yang bergerak laju. Ini yang saya katakan betapa amalan mereka menjadikan mereka cergas dan terus bertenaga.

Kepada yang telah pergi kita doakan dan kita hadiahkan dengan alfatihah. hanya itu yang kita mampu. Bukankah  hanya itu tali penghubung yang tinggal antara kita yang masih hidup dengan yang telah meninggal dunia

BERTEMU PELAJAR SEDAERAH

Sejak isnin lalu, saya bertugas membantu mengendalikan perkhemahan Pasukan Kadet Bersatu (Laut) peringkat Zon Tengah yang melibatkan Negeri Sembilan, Melaka, Selangor dan WP Persekutuan. Hampir 400 prang berkampung di Juasseh dalam perkhemahan ini. Sesuatu yang tidak saya sangka adalah bertemu dengan pelajar-pelajar dari kempung-kampung jiran kita iaitu Lubuk Cina, Ramuan China Besar, Ramuan China Kecil dan juga Felcra. Mereka mewakili SMK Lubuk Cina. Cari-cari juga kalau-kalau ada anak-anak kampung yang bersekolah di SMK Lubuk Cina. Tak ada pula. Seronok juga berbual tentang kampung biarpun bukan kampung sendiri.

Sebagai Jurulatih yang sering terlibat dalam program kebangsaan saya ingin berkongsi sedikit info mengapa program kokurikulum begitu begitu bernilai. Harap saudara-saudara di kampung dapat memberikan sedikit perhatian. Mulai tahun lepas, penglibatan pelajar dari sekolah rendah hingga menengah telah diberikan markah. Markah ini dikumpulkan dari Tahun 4 hingga 6 untuk Sekolah rendah dan Tingkatan 1 hingga 5 untuk sekolah menengah. Markah ini diambil kira untuk kemasukan ke asrama penuh, universiti termasuk matrikulasi. Ramai pelajar yang mendapat 5A dalam UPSR tetapi berapa ramai yang ditawarkan ke asrama penuh. Ini adalah kerana  persaingan yang ramai terutama di kalangan pelajar perempuan. Markah kokurikulum akan menjadi penentu di peringkat akhir.

Setelah hampir nelasan tahun mengajar dan terlibat dalam aktiviti luar saya melihat kemenjadian pelajar yang aktif dengan yang pasif.  Ada kelebihannya. Jadi saudara-saudara di kampung, jika ada anak-anak yang terlibat dengan aktiviti peringkat kebangsaan atau negeri, kaji program tersebut dan jika dirasakan boleh lepaskan mereka.