Mungkin ramai yang tidak pernah tahu tentang Mengogo kerana telah lama aktiviti ini tidak dilakukan. hanya orang Air Molek yang tahu keseronokannya. benarlah kata Saudara saya Azman Kari. Air Molek ini tersendiri dalam kelasnya.
Musim mengogo ini biasanya dilakukan pada waktu habis menuai. Maksudnya waktu itu air sungai sudah semakin cetek. Acara tahunan ini biasanya dilakukan bermula pada hari Jumaat setelah selesai solat Jumaat dan akan berlanjutan tiga hari lamanya. Peralatan yang saya masih ingat adalah tangguk dan keruntung ikan yang diperbuat dari karung gula dan diikat di pinggang. Mereka akan turun dari hulu sungai beramai-ramai dan mengocak air untuk membuat ikan mabuk dan timbul. Ikan yang timbul ini akan ditangguk serta merta. Bayangkan hampir seratus orang serentak mengocak air. Bukan ikan sahaja yang boleh mabuk, buayapun pening-pening lalat.
Namun kemahiran manusia semakin bertambah. Mengogo telah tiada. Digantikan dengan perbuatan yang lebih kejam. Mengaran ikan. Saya rasa nak karan je mereka yang buat kerja bangang ni
No comments:
Post a Comment