Zaman ini sudah lama berlalu apabila kesedaran Islam mula berkembang pesat. Namun zaman ini pernah menghantui Air Molek suatu masa dahulu. Zaman di mana setiap perkahwinan juga diraikan dengan persembahan kugiran yang disewa khas dari pelbagai tempat. Tujuan asalnya untuk meraikan majlis dan juga tetamu yang hadir. Di samping berjoget lambak yang pernah menjadi identiti Melaka suatu masa sahulu.
Cak Kun Cak berasal dari bunyi muzik yang dialunkan. Biasanya setiap kumpulan muzik yang bermain datang dengan set yang lengkap. Dengan penyanyi sekali.Lagunya pelbagai rentak dan genre. Maka menarilah muda-mudi, tua atau muda. Ada kala juga muzik bermain begitu sahaja. Tanpa ada sesiapa yang memulakan tarian.
Ada juga keburukan Cak Kun Cak. Terutama bila sedang menari, dipotong oleh orang lain. Silap hari bulan bertumbuk sesama sendiri.Namun zaman itu telah berubah. Telah tiada. Cak Kun Cak hanya tinggal kenangan. Kini persembahan marhaban telah mengambil tempat. Begitu juga dengan karaoke telah menggantikan kugiran.
No comments:
Post a Comment