Friday, 8 June 2012

Kejayaan Anak kampung

Sebenarnya ramai anak kampung kita yang berjaya menjejak kaki ke menara gading dan seterusnya mencipta nama di luar daerah. Cuma usaha mencari dan meletakkan mereka pada tempatnya tidak dilakukan bersungguh-sungguh. Bukan tiada anak kampung yang menjadi professor, dekan mahupun pensyarah. Bukan tiada yang menjadi pengarah urusan syarikat yang mempu menjana ratusan ribu ringgit sebulan. Cuma kita tidak mencari atau mengambil tahu.


Pentingkah kita meletakkan nama mereka dalam sejarah kampung? Bagi saya itu adalah sesuatu yang harus dilakukan bagi menjana minda anak-anak kita yang masih berada dibangku sekolah agar berusaha dan menyaingi kejayaan mereka yang telah berjaya. Biarpun ayah ibu kita penoreh getah, tapi kita harus bangga dengan keringat yang mereka perah mampu menghantar kita hingga ke universiti. Mampu menjadikan kita manusia yang berkerjaya dan mendapat pendapatan yang lumayan. berbanggalah anak air molek yang kini menyandang pangkat leftenan kolonel, mejar, ASP, inspektor dan sebagainya. Berbanggalah ada anak kampung bergelar doktor falsafah, mempunyai master, bergelar dato. Suatu fenomena yang tidak ada pada zaman saya remaja dahulu.

Alangkah eloknya jika mereka yang berjaya ini kita jemput memberi ceramah kepada anak-anak kampung yang bakal menduduki peperiksaan SPM, STPM atau sebagainya. Agar dapat berkongsi pengalaman. Kita fikir-fikirkan bersama apa yang boleh kita lakukan untuk air molek tercinta

No comments:

Post a Comment