Thursday 21 August 2014

Ikon Yang Saya Amat Takuti Waktu Kecil

Ramai ikon yang saya takuti waktu saya kecil;. Yalah, saya ditakdirkan membesar di kampung bersama datuk, nenek dan kaum keluarga. Sempat bermanja dengan Wan Enom, moyang saya. Waktu itu beliau telah bongkok namun masih boleh menjampi kalau ada yang demam, kepenan (sejenis sakit dalam mata) dan beberapa lagi.

Era inilah saya sering merasa gementar kalau berjumpa dengan beberapa ikon ini. Suaranya saja telah membuat saya terjun dari tingkap untuk menyorok. Nacaamun ikon ini yang sangat saya sayangi dan sentiasa mengenang beliau.

Datuk Ali Noh- Perh!!! dengan tubuh yang berisi dan suara yang lantang, beliau menimbulkan rasa kegerunan yang semacam. Beliau kerap melalui rumah aruah nenek saya dan apabila melihat kelibat saya, gertakan-gertakan akan di keluarkan. Putih tapak kaki melarikan diri....... biasa menyorok di belakang tong kui atau di belakang dapur. Ada masa tertidur menunggu beliau balik dari sawah barulah keluar semula.

Pak Long Saman dan Pak CikTamin- Dua bersaudara. Sepupu kepada emak saya. Pak Long Saman telah lamaemapat  meninggal dunia. Baru-baru ini sempat berjumpa dengan Mak Long Menah. Mula uzur. Menurut Kak Long, Mak Long Menah mempunyai masalah dengan kaki.

Berbalik kepada kisah Pak Long Saman dan Pak Cik Tamin tadi, mereka ini kaki gertak. Memang kena gertak setiap kali. Dengan suara dan wajah yang menggerunkan, rasa nak putus tali perut. Tapi inilah insan yang saya hormati hingga kini.. Inilah insan yang memberikan kasih sayang kepada saya. Tak dapat saya membalas jasa baik mereka.\

Pak Cik Tamin masih ada. Sihat nampaknya. Berbual kisah lama dengan beliau mengingatkan diri bahawa sejauh mana kita pergi, setinggi mana kita berada, kampung tetap menjadi ingatan. Justru itu saya berusaha untuk kembali ke kampung dan cuba membantu apa yang terdaya.

No comments:

Post a Comment