Tuesday 27 January 2015

R & R Air Molek

Jika anda berkereta dari arah Lubuk China atau Kuala Sungai Baru, selepas SK Air Jernih akan anda temui sebuah warung kecil di hujung Kampung Air Molek. Gerai ini terletak bersebelahan rumah tuan punya warung itu. Warung ini seolah-olah menjadi R & R Air Molek apabila orang luar juga turut singgah.

Pemilik Warung Pak Long Sahal.... otai ni




Uniknya warung ini adalah koleksi barang-barang lama yang dikumpul oleh pemiliknya. Pak Long Sahal. Di sinilah penduduk kapung bertemu, berbual selepas seharian bekerja. bertukar pendapat. Bertengkar pasal mengail kepuyu. Kutuk mengutuk dan akhirnya ketawa besar. Parlimen Air Molekpun ditangguhkan

Monday 12 January 2015

Arus Pemodenan

Kampung kini telah berubah 360 darjah. Masjid telah berwajah baru. Balai Raya telah dipindahkan. Tanah sawah yang terbiar kerana kebijaksanaan makhluk mana menggunakan longkang simen hingga sawah kering kerontang. Bukan di Air Molek saja tapi di seluruh negara. Dulu dengan benteng saja orang boleh menampung air untuk bersawah. Petang-petang mengail ikan. Lepas sistem pengairan baru dibuat, ikan kepuyu dah naik RM20.00 sekilo. Ikan dah susah nak dapat. Jalan tar dah bersimpang siur sampai ke tangga rumah. Kalau dalam ladang sawit, silap-silap boleh sesat.

Budaya kampungpun dah bertukar. Dulu menanam kelapa boleh di tumpang di tanah jiran. Hasil bahagikan bersama. Sekarang ini boleh jadi kes mahkamah. Silap-silap kena saman pulak. Ini yang dikatakan pemodenan. Bukan meragut cara hidup tapi segalasudnya. Mengogo, mengubah, menyemai, merumput dan entah apa lagi sudah menjadi asing bagi generasi baru. Generasi baru bercucuk tanam dalam telefon. Green Farm. Memancingpun dah boleh guna telefon je. Tak payah meredah semak belukar. Candy Crush,Waze Pou dan pelbagai aplikasi menggantikan tajak, bajak, sikat dan kerbau penarik.

Zaman beredar.....

PENGANGKUTAN UTAMA

Awal 80 an. Masa tu pemilik motosikal boleh dikira dengan jari. Basikal adalah pengangkutan utama bagi kami remaja zaman itu. Basikal kecil, basikal besar yang berselirat dengan getah akan jadi alat memb biawa kami ke sana ke sini. Rosak? Tak ada hal punya. Pakcik Sani ada. Boleh bikin. Sehingga namanya dicantum menjadi Sani Bikin kerana kepakaran beliau mengolah semula bahan yang terbuang untuk diguna semula. Air Molek dah lama buat kitar semula.

Dari kampung ke Kuala, biasanya kami berbasikal. Tempat paling menyeksakan adalah kubur cina. Kata beberapa orang, ada yang disakat langsuir. Tapi dah lama tak dengar cerita langsuir. Dah bersara dan tak ada pengganti. Atau generasi sekarang lebih berani hinggakan langsuirpun tak berani nak muncul.

Saya ingat waktu sekolah dahulu kami berbasikal ke SMK Rahmat. Bila naik berdua, melintai Balai Polis Kuala kena turun seorang. Suatu kesalahan. Kalau aruah Konstabel Kalam ada alamat kena marahlah. Tapi kadang kala kami buat bodoh je. Polispun malas nak tegur. Dia orang tahu kami penat dan kelaparan.

Kini basikal muncul dengan pelbagai kecanggihan. Basikal Fixie, Mountain Bike dan sebagainya dah menjadi trend anak generasi ini dengan warna yang menarik. Zaman saya dulu, kalau cat pudar, sapu cat semula. Biar basikal nampak baru.

Dulu kes curi motor tiada tetapi kes curi spare part basikal yang berleluasa. Curi lampulah. Curi tayarlah.
Kalau ada kes curi basikalpun, curi basikal untuk dijual pada lori pembeli besi buruk

Buah Yang Jarang DiTemui

Rokam..... barangkali generasi baru mungkin jarang melihat buah ini. Ini yang dikatakan anggur Malaysia.

Peliknya buah ini tak boleh dimakan begitu saja. Kena gentel, kena gelek dah lembut baru boleh makan. rasanya sedap juga. Sukar nak digambarkan bagaimana rasanya.

BUAH NAM-NAM

Inipun susah nak jumpa dah. Rasanya masam. Inipun jenis buah nadir yang sukar ditemui

Kuala Sungai Baru

From Wikipedia, the free encyclopedia

Fishing is popular in Kuala Sungai Baru
Downtown Kuala Sungai Baru
Kuala Sungai Baru is a small town in Alor Gajah district, Malacca, Malaysia. Kuala Sungai Baru is situated midway between Kuala Linggi and Pengkalan Balak. The nearest town is Masjid Tanah approximately 15 kilometers. The economic activities in Kuala Sungai Baru is mainly fishing, where many small boats parking at the town's river but with fishmongers from all across Melaka coming here to buy the sea products. The town is quite bustle during the day especially around peak hours making traffic jams is a must.
This area is famous with Malaysian's film maker as the location of their films. It still maintains its Malay's traditional houses, beautiful beaches and the traditional kampungs. Throughout the year, the people here can meet the actor or actress shooting their film in this very cowboy town.
Kuala Sungai Baru is famous for Malaccans with Melaka International Islamic College of Technology (MIITECH) or Kolej Universiti Islam Melaka (KUIM), the state government's college.The Malaysian Maritime Academy or Akademi Laut Malaysia (ALAM) is also located here too.

Sunday 11 January 2015

Kembalinya Warga Emas

Hampir sepenuhnya cuti persekolahan di dsaya habiskan di desa tercinta ini. Mengisi ruang cuti dengan beberapa warga emas dan warga sebaya mencari bahan untuk ditulis. Dan sewaktu penghujung 2014, seorang warga emas telah kembali ke rahmatullah. Busu Ainon. Isteri kepada Busu Salim Lajis. Aruah meninggal beberapa hari sebelum tahun 2014 berakhir.


Kemudian diikuti dengan dua kematian lagi. Pertama kembalinya Wan Ndut. Isteri aruah Datuk Tambicik. Ibu kepada Pak Long Sahal, kakek dan juga Johar. Dan ini kali pertama saya mendapat tahu nama aruah bukan Endut. Tapi Norahmah Long. Kemudian diikuti oleh Wan Temah Budin. Ibu cikgu Rashid Budin. Kedua-duanya telah mencapai 80 tahun. Al Fatihah buat keduanya.


Dulu jika ada kematian, gong akan dipalu lantang. Zaman yang berubah kini digantikan dengan bunyi Siren dan diikuti dengan pengumuan.


Saya ingat lagi, jika dahulu ada ketuk-ketuk dan tabuh di masjid yang digunakan untuk memberitahu sesuatu. Alangkah cantiknya jika tabuh/beduk masjid yang tersimpan di stor masjid dijadikan bahan sejarah. Dibina tempat khas agar generasi sekarang dapt mengenali sejarah.
-



SURAU HJ MD JAI

Terletak di Solok Hilir, surau ini telah lama menjadi tempat bagi penduduk sekitar beramal ibadat. Terletak di sudut padang kecil, surau ini akan menjadi tumpuan untuk solat berjemaah mahupun mahupun untuk belajar mengaji atau kelas agama, Imamnya adalah Datuk Hj Md Jai. Kadang-kadang beliau digantikan oleh datuk Lasim, datuk bedul jika berkeuzuran.


Di sinilah tempat kami mengaji pada waktu petang. Diajar oleh datuk Md Jai atau Kak Che Pah. Waktu Maghrib berebut nak pukul ketuk-ketuk kat serambi luar. Itulah keseronokan anak-anak waktu itu. Turut mengaji di sini, Nan Tamin, Musa Johan dan adiknya Hamidah Johan, Munah Karim, Nor Tamin, Yati Kadir dan adiknya Atan Kadir. Kadir Rahman juga turut serta,




Malam Jumaatnya pula ada bacaan Yassin dan kelas agama. Berubah wajah nampaknya surau ini. Namun padang masih ada. Masih boleh digunakan untuk bermain bola. Padang ini dipanggil padang kondil. Ada sebatang kelapa di tengahnya dahulu. Sekarang jadi tempat letak kereta dan dan untuk menjadi tempat korban.