Saturday 11 August 2012

WARGA EMAS DI RUMAH ORANG TUA-TUA

Terbetik khabar tentang seorang warga kampung kita berada di salah sebuah pusat jagaan untuk warga emas. Tidak pasti siapa insan itu. Jika benar berita ini, sempena Aidil Fitri ini, saya ingin mencadangkan agar kita mencari siapa insan itu dan di mana beliau ditempatkan.

Dan paling baik kita buat sedikit kutipan untuk disedekah kepada beliau sama ada dalam bentuk barangan atau duit. Dan jika ada warga kampung yang mengetahui dimana beliau ditempatkan maklumkan kepada saya. Saya berhasrat untuk melawat beliau sempena aidil fitri ini. Biarpun tanpa talian darah kkeluargaan, saya merasa pilu mengenangkan betapa beliau keseorangan saat takbir aidil fitri.

Rasanya belum pernah terdengar lagi cerita tentang warga kampung tersayang ini yang mengalami nasib sebegini. Pada agakan saya. Saya tidak tahu bagaimana beliau boleh berada di sana dan apakah punca.

Seperkara lagi, buat warga kampung tercinta, ramai warga emas yang kini bersendirian di kmpung kita. Apakata jika pakat-pakat, bawa juadah seorang sedikit dan beraya dengan mereka. Agar dapat mereka merasakan nikmat aidil fitri ini. Inilah masa yang sesuai kita berziarah.... hanya sekadar lontaran pendapat

IKLAN HARI RAYA YANG MENYENTUH PERASAAN

Salam teman sekampung,
sengaja saya pilih entri ini untuk sama-sama mengingatkan. Iklan Hari Raya ini saya kutip dati Youtube untuk renungan bersama. Banyak pengajaran yang boleh kita temui disini.

Tuesday 7 August 2012

SETTING BLOG PADA KADAR MURAH


Bagi rakan-rakan yang teringin memiliki blog sendiri, saya menawarkan harga yang murah untuk  mereka bentuk laman blog untuk anda. Apa sahaja blog mengikut kehendak anda. Sama ada untuk peribadi, perniagaan kecil atau sebagainya.

Saya juga akan memantau blog anda untuk tiga bulan sebelum saya serahkan sepenuhnya kepada anda. Anda hanya perlu menyatakan nama blog anda, jika ada email berikan e-mail anda (saya lebih suka mencipta email baru untuk anda), isi kandungan blog, gambar-gambar dan apa sahaja yang berkaitan dengan blog anda.

Saya akan mengambil masa lebih kurang 7 ke 10 hari untuk menyiapkan blog anda. Dan anda boleh menggunakan blog tersebut selepas itu.

Anda boleh menyemak blog saya dan blog yang saya hasilkan di pautan berikut:


Anda nyatakan apa yang anda perlukan, saya cuba memuskan kehendak anda.

BENTENG KENANGAN


Tentu anda tidak menyangka inilah benteng yang pernah saya sebutkan dalam entri saya yang terdahulu. Benteng ini dibina untuk menggelakkan kawasan paya ini ditenggelami air. Agak luas juga benteng ini. Mencapai ukuran 8 kaki lebar dan 7 kaki dalamnya. Dulunya dijadikan juga punca pengairan air untuk sawah padi. Kerana kepandaian jurutera pengairan, benteng ini tidak digunakan. Bandar dari simen dibina. Air terjun terus ke sungai dan sawah kering kontang. Rupanya bukan kampung kita sahaja yang mengalami masalah ini tetapi banyak kampung termasuk di Negeri Sembilan.

Benteng ini menyimpan banyak kenangan. Di pinggirnya dahulu pernah menjadi tempat tanaman ubi ajinomoto, kacang tanah, keledek. Kini tanah kebun berganti dengan deretan rumah. Kawasan ini mula menjadi kawasan petempatan. Di sini pernah ada padang bola sepak. Puas bermain, kami terjun ke benteng untuk belajar berenang. Yang terjun masuk ke benteng inipun ramai. Tersilap pandang.

PANORAMA DESA

Beberapa landskap kampung yang berubah dan yang terbiar dan perlukan perhatian

Jalan Paya Lebar- dikenali dengan nama highway- jalan pintas dari kampung ke Lubuk China

Pandangan dari hujung Koleh Kemahiran Tinggi Mara

Wajah SK Air Jernih yang kembali ceria dan selesa

Bangunan 3 tingkat menggantikan bangunan sekolah yang lama

Klinik Desa yang menggantikan khidmat Bidan Kampung

Di sinilah penduduk kampung memproses getah kini terbiar semak dan samun

Swimming pool Air Molek- benteng yang meninggalkan kenangan pada sebahagian remaja kampung

Ikon kerjasama penduduk kampung yang harus diberikan nafas baru

Juga memerlukan sentuhan kerana terletak di tengah-tengah kampung

Dulu- di sinilah terletaknya "panggung". Hanya boleh dilalui oleh kenderaan beroda dua. Kini sudah boleh dilalui oleh kereta dan memendek jarak untuk ke Solok Seberang

Tuesday 31 July 2012

AL FATIHAH BAGI YANG TELAH PERGI

Saat kembali ke kampung baru-baru ini terdengar berita beberapa penghuni kampung telah kembali ke rahmatullah. Antara yang terbaru Pak Oteh. Apa yang dapat dihadiahkan hanyalah Al Fatihah buat allahyarham moga ditempat di kalangan orang-orang yang terpilih di sisi Allah S.W.T

Sunday 15 July 2012

SATU PERBUATAN YANG NYATA MELAMPAU

Promosi Carlsberg Sempena Ramadhan







iklan, hina, islam, puasa, dikaun, ramadhan, bulan mulia, pasaraya, lokasi, promosi, arak jenama carlsberg, darah, marah facebook, bantah, kafir, bukan islam, pihak pengurusan, daging babi panggang, gambar, amaran

PETALING JAYA: Langkah sebuah pasaraya di Sri Petaling membuat promosi arak Carlsberg dengan meletakkannya ‘Ramadhan Sale’ menyemarakkan darah umat Islam menjelang Ramadhan ini.

Iklan itu yang kemudiannya dimasukkan dalam facebook sekejap sahaja sudah menerima puluhan komen dari pengguna laman sosial itu.

Posting gambar iklan ini dibuat melalui facebok milik Lajnah Penerangan Dppsa (Dewan Pemuda PAS Shah Alam) dan beberapa pemilik lagi telah mendapat pelbagai reaksi dari orang ramai.

Ramai yang marah-marah namun ada juga yang agak rasional dengan berkata, mungkin ianya dibuat oleh orang Bukan Islam yang tidak faham.

Oleh itu, mereka yang terjumpa iklan sebegini sepatutnya terus membuat bantahan kepada pihak pengurusan pasaraya ini.

Iklan ini seumpama promosi daging babi panggang yang dibuat oleh akhbar MCA, The Star dalam bulan Ramadhan yang lalu.

The Star telah menerima amaran ekoran penyiaran itu.

Namun pihak Kementerian Dalam Negeri (KDN) terus juga memberi amaran apabila The Star membuat satu lagi kesilapan apabila menyiarkan tulisan dan gambar penyanyi Amerika, Erika Badu yang bertatu nama Allah di dadanya yang telanjang


Sumber

APABILA RAMADHAN TIBA

Ramadhan akan tiba tidak sampai seminggu lagi. Bulan umat Islam. Bulan mendapatkan sejuta pahala bagi yang benar0benar ingin mendapatkannya. Bagaimana caranya, berjinak-jinaklah dengan yang arif tentang hal ini.

Akan bergemuruhlah surau dan masjid di kampung kita dengan bacaan-bacaan ayat suci. Alangkah indah berpuasa di desa tercinta. Zaman saya kecil dulu, saat elektri belum ada, akan gemerlapan kampung dengan pelita minyak tanah, pelita buluh, tempurung kelapa yang dibakar. Waktu itu, kampung seolah bermandi cahaya.

Sekarang ni lampu elektrik telah melimpahkan cahaya  di desa kita. Tambah meriah agaknya. Ada juga pengusah-pengusaha kecil-kecilan berniaga dan mencari ruang mencari rezeki. Ayam, itik, kerbau, kambing dan lembu dah mula termenung. Siapa yang akan menjadi korban tahun ini.

Namun begitu, ramadhan adalah bulan keinsafan buat kita. Insaf akan nasib mereka yang menderita. Yang hanya menjamah makanan sehari sekali atau tidak langsung merasa makanan berhari-hari. Ramadhan juga adalah bulan bersedekah. Akan mengalirlah doa dari penerima sedekah buat orang yang menghulurkan sedekah.

Namun zaman kanak-kanak saya tidak seindah kanak-kanak sekarang. Tetapi ikatan ukhuwah zaman itu amat penting dan rapat. Pagi raya telah menziarah kubur-kubur mereka yang telah kembali terlebih dahulu. Di sini juga kita dapat bertemu dengan sanak saudara, rakan taulan sebelum beramai-ramai ke masjid. Bertakbir dan bertahmid.

Apapun juga, SALAM RAMADHAN buat anak-anak desa tercinta sama ada yang berada di perantauan mahupun berada di desa. Kita adalah penerus legasi Air Molek

PAKAM HARUS ADA INCOME SENDIRI

Salam Warga Desa
Tertarik dengan tulisan Muhamad hadi dalam laman buku PAKAM tentang perlunya PAKAM mempunyai dana yang dapat menggerakkan program-program yang dirancang. Pada pendapat saya, apa yang diluahkan adalah benar dan tepat. Tanpa income yang tetap, adalah sukar untuk PAKAM bergerak. Sampai bila kita harus mengharapkan sumbangan dari pihak tertentu dalam usaha menjayakan sesuatu rancangan.

Istilah sumbangan juga adalah sesuatu yang menjadi bahan momokan. Setiap kali mahu melakukan sesuatu kita mengharapkan sumbangan dari sana sini sehingga pihak yang menyumbang juga merasa jelak dengan kita. Ada baiknya kita memikirkan satu mekanisme untuk mencari sumber kewangan yang boleh menghasilkan pendapatan tetap. Apa juga bentuk perniagaan, perusahaan boleh dibincangkan.

Kita kembali kepada zaman kegemilangan kedai RISDA dahulu. Bagaimana kedai ini boleh maju dan tiba-tiba merudum. Cari punca dan kita baiki semula. Tidak susah rasanya jika mahu memulihkan kedai dari membuka sebuah kedai. Terdapat beberapa bantuan yang boleh kita gunakan untuk mendapatkan sumber kewangan antaranya Kedai 1Malaysia, konsep TUKAR. Bagaimana kalau AJK PAKAM survey dan dapatkan maklumat untuk dilakukan pencerahan. Rasanya, sistem saham yang dilakukan dahulu dah betul, cuma pengurusan agak kecoh. Kita baiki semua. Datuk mungkin dapat membantu dari segi pelaksanaan perniagaan.

Wednesday 4 July 2012

Menyusuri Kenangan Lalu 2

Ketibaan bulan ramadan ni akan kembali diserikan dengan kenduri kendara. Ramailah yang akan bersedekah sebelum ramadan tiba. Itulah satu keunikan kampung kita. Kenduri tak pernah sunyi. Dari gulai ayam sampailah ikan sawah. Tapi bila sebut ikan sawah, penuhlah jemputan. Tambahan masa sekarang ni. Ikan sawah susah nak dapat.

Kepada yang bersedekah baguslah. Inilah masanya kita membuat amal. Membuat kebajikan. Disamping mengembalikan hubungan mesra sesam jiran sekampung yang bukan orang lain. Tapi sejak ada taman ni, orang kampung yang duduk di tamanpun dah digelar orang taman. Ha ha

Menyusuri Kenangan Lalu 1

Salam Rakan sedesa,
Ramadhan akan tiba tidak lama lagi. Tiba dengan seribu keberkatan. Ramadan adalah bulat umatNYA.
Teringat suatu masa dulu sewaktu awal remaja, masa tu kampung kita belum ada elektrik lagi. Bulan puasa selera mencanak-canak naiknya. Nak air tulah nak air nilah. Maka air batu akan menjadi pilihan. Saya pernah berkongsi dengan beberapa rakan-rakan berniaga air batu potong. Bukakan untung besarpun. Tapi cukuplah untuk belanja sekolah.

Sebelum beli air batu, kita orang pergi ambil habuk papan di hujung Pekan Kuala. Masa tu ada sawmill kat situ dan juga panggung wayang. Sekarang ni dah ada bangunan baru dan juga pejabat pos. Air batu beli kat kedai cina sebelah klinik Dr Ismail. Pukul 5 dah tunggu depan kedai. Pukul 6 ambil air batu bawa balik dan potong kemudian delivery ke rumah pelanggan. Kira untung sebelum buka puasa kat tepi balai raya.

Mengingat ini semua, saya lebih suka kalau ada badan yang berjuang di kampung kita ini merencakan sesuatu. Dari terus bertekak pasal padang bola yang tak berumput, apa kata kita ajar anak muda kita "memancing ikan, bukan memberi ikan kepada mereka". Berikan mereka jalan untuk membuka perniagaan yang sesuai di kampung. Dua buah kedai cina tu boleh runtuh kalau kita bersatu nak majukan kampung. Kalau kita ada niat begitulah. Kecualilah niat kita nak meruntuhkan kampung.

Kadang kala terasa bosan juga bila membuka facebook, asyik terbaca tentang padang bola. Suatu senario yang tak pernah selesai sejak zaman saya remaja lagi. Bukan tak elok bersukan ni. Tapi bila bersukan kita perlukan jersey dan sebagainya. Duit kita asyik nak minta pada orang-orang tertentu. Tak kena gaya juga kalau begitu. Kita cari jalan untuk membolehkan kita mendapat dana tetap. Dari dana tu kita bangunkan pasukan bola sepak dan padang kilat. Bila ada ada duit kita boleh buat apa sahaja yang kita nak.

Fikir-fikirkan

MUSTAFA KAMAL ATATURK

Waktu sekolah rendah dulu, antara tajuk yang kami belajar adalah tentang manusia nilah. Kamal Ataturk dengan gelaran Bapa Turki Moden. Macam-macam yang dinyatakan tentang kebaikannya. Namun masa beredar akhirnya terserlah siapa sebenarnya manusia bernama Kamal Ataturk ni. Rupanya bapa sekularisme yang menidakkan Islam pada zaman pemerintahannya.

Hingga akhir hayatnya hidup dalam kepanasan, matai dalam keadaan hina malah bumi tidak menerimanya. Betap besar kuasa Allah

SIAPAKAH MUSTAFA KAMAL ATARTURK

Orang Hina Di Sisi ALLAH SWT : Mustafa Kemal Atatürk
Mustafa Kemal Atatürk 1881-10 November 1938 adalah pengasas Republik Turki . Beliau merupakan pegawai tentera, pemimpin revolusi, negarawan dan presiden Turki yang pertama.
Beliau adalah komander tentera yang berjaya dan berkhidmar sebagai panglima tentera semasa Pertempuran Gallipoli iaitu ketika Perang Dunia I. Angkatan tentera pimpinan beliau berjaya merampas kembali wilayah Anatolia dan Palestin . Ketika itu Empayar Ottoman / Uthmaniyah sedang dikoyak-koyak oleh Tentera Bersekutu. Mujurlah Mustafa Kemal telah memimpin pergerakan kebangsaan Turki menghadapi Perang Kemerdekaan Turki.

Beliau telah memindahkan ibu negara Turki dari Istanbul ke Angora yang kini dikenali sebagai Ankara.

Mustafa Kemal telah membentuk semula aspek kehidupan rakyat Turki agar sesuai dengan tuntutan semasa yang kemudian dipangil ideologi Kemalist. Ideologi ini bertujuan menyediakan Turki ke arah negara moden, demokratik dan negara sekular , positif dan bertindak rasional.
Beliau memerintah dari tahun 1918 hingga 1934. Beliau adalah seorang negarawan yang berkebolehan dalam bidang politik. Memeperkenalkan sistem politik sekularisme, beliau ‘berjaya’ meruntuhkan empayar Turki Uthmaniyyah. Mustafa Kamal Ataturk meninggal dunia pada tahun 1938 dan telah dikebumikan di sebuah makam di Ankara iaitu ibu negaranya.

Dosa Mustafa Kemal

1. Membolehkan perempuan memakai tudung dengan syarat pakai skirt/ROK.
2. Membolehkan lelaki memakai seluar panjang dengan syarat pakai tali leher dan topi (sesuai dengan kehendak barat)
3. Menyuruh wanita dan lelaki menari di khalayak ramai. Beliau sendiri pernah menari dengan seorang wanita di sebuah parti umum yang pertama di Ankara.
4. Beliau pernah menegaskan bahawa “negara tidak akan maju kalau rakyatnya tidak cenderung kepada pakaian moden”
5. Menggalakkan minum arak secara terbuka.
6. Mengarahkan Al-Quran dicetak dalam bahasa Turki
7. Menukar azan ke dalam bahasa Turki. Bahasa Turki sendiri diubah dengan membuang unsur-unsur Arab dan Parsi.
8. Mengambil arkitek-arkitek dari luar negara untuk memodenkan Turki. Hakikatnya mereka diarah mengukir patung-patung dan tugu-tugunya diseluruh bandar Turki.
9. Satu ucapan beliau di bandar Belikesir di mana beliau dengan terang-terangannya mengatakan bahawa agama harus dipisahkan dengan urusan harian dan perlu dihapuskan untuk kemajuan.
10. Agama Islam juga dibuang sebagai Agama Rasmi negara.
11. Menyerang Islam secara terbuka dan terang-terangan
12. Menggubal undang-undang perkahwinan berdaftar berdasarkan undang-undang barat.
13. Menukar Masjid Ayasophia kepada muzium, ada sesetengah masjid dijadikan gereja.
14. Menutup masjid serta melarang dari bersembahyang berjemaah.
15. Menghapuskan Kementerian Wakaf dan membiarkan anak-anak yatim dan fakir miskin.
16. Membatalkan undang-undang waris,faraid secara islam
17. Menghapus penggunaan kalendar Islam dan menukarkan huruf Arab kepada huruf Latin.
18. Mengganggap dirinya tuhan sama seperti firaun. Berlaku peristiwa apabila salah seorang askarnya ditanya “siapa tuhan dan dimana tuhan tinggal?” oleh kerana takut, askar tersebut menjawab ‘Kamal Atartuk adalah tuhan” beliau tersenyum dan bangga dengan jawapan yang diberikan oleh askar itu.


KEMATIAN KAMAL ATARTUK YANG MENYEKSAKAN

Di saat kematiannya, Allah telah datangkan beberapa penyakit kepada beliau sehingga beliau rasa terseksa dan tak dapat menanggung seksaan dan azab yang Allah berikan di dunia.
Antaranya ialah:
 1. Didatangkan penyakit kulit hingga ke kaki di mana beliau merasa gatal-gatal seluruh badan.
2. Sakit jantung
3. Penyakit darah tinggi
4. Panas sepanjang masa, tidak pernah merasa sejuk sehingga terpaksa diarahkan kepada bomba untuk menyiram rumahnya 24jam. Pembantu-pembantunya juga diarahkan untuk meletak ketulan-ketulan ais di dalam selimut untuk menyejukkan beliau.

Maha suci Allah, buat macam mana pun rasa panas tak hilang-hilang.Oleh kerana tidak tahan dengan kepanasan yang ditanggung, beliau menjerit sehingga seluruh istana mendengar jeritan itu. Oleh kerana tidak tahan mendengar jeritan, mereka-mereka yang bertanggung jawab telah menghantar beliau ke tengah lautan dan diletakkan dalam bot dengan harapan beliau akan merasa sejuk.
Allah itu Maha Besar, panasnya tak juga hilang! Pada 26 september 1938, beliau pengsan selama 48 jam disebabkan terlalu panas lalu dia sedar selepas itu tetapi beliau hilang ingatan.

Pada 9 November 1938, beliau pengsan sekali lagi selama 36 jam dan akhirnya meninggal dunia. Sewaktu beliau meninggal, tidak seorang pun yang memandi, mengkafan dan menyembahyangkan mayat beliau. Mayat ini diawetkan selama 9 hari 9 malam, sehingga adik perempuan beliau datang meminta ulama-ulama Turki memandikan, mengkafankan dan menyembahyangkannya.

Tidak cukup dari itu, Allah tunjukkan lagi balasan azab ketika mayatnya di bawa ke tanah perkuburan. Bila mayatnya hendak ditanam, tanah tidak menerimanya(susah jenazahnya hendak masuk ke liang lahad). Disebabkan putus asa, mayatnya diawetkan sekali lagi dan dimasukkan ke alam muzium yang diberi nama EtnaGrafi di Ankara selama 15 tahun (sehingga tahun 1953).
Selepas 15 tahun mayatnya hendak ditanam semula, tapi Allah Maha Agung, bumi sekali lagi tak menerimanya. Habis ikhtiar, mayatnya dibawa pula ke satu bukit ditanam dalam satu binaan marmar beratnya 44 ton. Mayatnya ditanam di celah-celah batu marmar.

Apa yang menyedihkan, ulama-ulama sezaman dengan Kamal Atartuk telah mengatakan bahawa “jangan kata bumi Turki, seluruh bumi Allah ini tidak menerima Kamal Atartuk!” Hanya Allah sahaja yang Maha Mengetahui

Sumber:http://nuraiman.wordpress.com/2008/05/01/orang-hina-di-sisi-allah-swt-mustafa-kemal-ataturk/

Friday 8 June 2012

Dari sebuah desa

Dari sebuah desa kecil kini bergelar Bandaraya Bersejarah. Pernah riuh rendah dengan suara pedagang yang menjual hasil secara barter sistem. Diceriterakan oleh Munsyi Abddullah, jika dari bandar Melaka menuju ke Tanjung Keling, pantainya penuh dengan kapal dagang. Api dari tiang kapal berderetan di sepanjang pantai. Rumah tiada berkeputusan hingga sampai ke Sungai Baru.

59 puak bangsa asing yang bertutur 84 jenis bahasa terdapat di Melaka pada zaman itu. Kedudukannya yang terlindung oleh tiupan angin monsun dan terletak di Selat Melaka menjadikan Melaka sebuah pelabuhan yang digemari dagang santeri, idaman penjajah yang cuba menghidupkan dasar 3G- God, Gold and Glory. Pedagang Arab, Gujerat dan Parsi memebuhi bandar Melaka.

Dan di anjung Balai Rong Seri Istana Melaka kedengaran riuh anak-anak sultan dan pembesar negeri mengaji Al-Quran. Di halaman istana, kaum lelaki yang terdiri dari anak-anak muda gagah mengatur pencak dan silat, berdenting bunyi besi berlaga sambil diperhati Hang Tuah 5 bersaudara.  Bukan sekadar lagenda namun Melaka pernah menjadi empayar sebelum diharu birukan oleh golongan yang tidak puas hati dengan istana. Sebelum Laksamana  Khoja Hassan termakan hasutan fitnah. Sebelum Lopez De Squeira datang mencuba merisik pertahanan Melaka.

Tun Hassan Temenggung yang terkenal tampan, bendahara Tun Mutahir yang terkenal licik dalam pentadbiran, digabung oleh Hang Tuah  yang terkenal dengan kegagahan dan kesaktian Taming sari, Tun teja yang terbilang cantiknya. Semua ini ikon Melaka suatu masa dahulu.

Namun segalanya musnah akibat cemburu, tamak haloba dan kesilapan Sultan Mahmud dalam melaksanakan timbang bicara. Melaka akhirnya lebur ditangan Peringgi. Empayar menjadi debu-debu sejarah.
Perlukah ini berlaku lagi.....

Kejayaan Anak kampung

Sebenarnya ramai anak kampung kita yang berjaya menjejak kaki ke menara gading dan seterusnya mencipta nama di luar daerah. Cuma usaha mencari dan meletakkan mereka pada tempatnya tidak dilakukan bersungguh-sungguh. Bukan tiada anak kampung yang menjadi professor, dekan mahupun pensyarah. Bukan tiada yang menjadi pengarah urusan syarikat yang mempu menjana ratusan ribu ringgit sebulan. Cuma kita tidak mencari atau mengambil tahu.


Pentingkah kita meletakkan nama mereka dalam sejarah kampung? Bagi saya itu adalah sesuatu yang harus dilakukan bagi menjana minda anak-anak kita yang masih berada dibangku sekolah agar berusaha dan menyaingi kejayaan mereka yang telah berjaya. Biarpun ayah ibu kita penoreh getah, tapi kita harus bangga dengan keringat yang mereka perah mampu menghantar kita hingga ke universiti. Mampu menjadikan kita manusia yang berkerjaya dan mendapat pendapatan yang lumayan. berbanggalah anak air molek yang kini menyandang pangkat leftenan kolonel, mejar, ASP, inspektor dan sebagainya. Berbanggalah ada anak kampung bergelar doktor falsafah, mempunyai master, bergelar dato. Suatu fenomena yang tidak ada pada zaman saya remaja dahulu.

Alangkah eloknya jika mereka yang berjaya ini kita jemput memberi ceramah kepada anak-anak kampung yang bakal menduduki peperiksaan SPM, STPM atau sebagainya. Agar dapat berkongsi pengalaman. Kita fikir-fikirkan bersama apa yang boleh kita lakukan untuk air molek tercinta

Thursday 7 June 2012

PIA HOME DELIGHTS

Salam rakan-rakan sekampung,
Saya baru settingkan bog untuk promosi bagi saudara kita Sapiah Rahman. Rakan-rakan boleh melayari blog beliau di : http://piahomedelights.blogspot.com sebagai tanda sokongan dan juga panjangkan kepada rakan-rakan untuk tujuan ptomosi. Mungkin dengan pertolongan kita yang kecil akan membuahkan hasil yang besar buat beliau yang gigih berusaha.


Bagi rakan-rakan sekampung yang perlukan blog, email saya. Saya akan bantu semampu saya

Tuesday 5 June 2012

Main Baling Tin

Ini kira bowling kampung tetapi ia lebih menarik dan lebih mencabar. Takat bowling apa kelas.  Baling tin yang saya maksudkan adalah permainan yang dimainkan oleh dua kumpulan yang sama ramai menggunakan bola tenis. Tin susu disusun dalam bentuk piramid. Kumpulan pertama akan membaling bola tadi untuk menjatuhkan tin. Pasukan kedua akan cuba menghalang pasukan pertama dari menyusun tin kembali dalam bentuk piramid. Ahli kumpulan kedua akan mendapatka bola dan membaling  ke arah mana-mana ahli kumpulan pertama. Yang terkena bole dikira mati. Pandai-pandailah menggelak. Kalau tak menggelak, berkerut juga muka bila kena baling dengan bola tenis.

bagi kumpulan pertama, mereka akan cuba menyusun kedudukan tin secepat yang boleh dan mengurangkan risiko ahli kumpulan terkena bola. macam-macam cara di lakukan. Pemenangnya sama ada yang berjaya menyusun tin kembali ke bentuk asal atau bilangan ahli yang dapat dibaling.

Tapi taklah pulak bergaduh walaupun teruk kena baling..... begitulah rapatnya remaja zaman saya dahulu

Letup-letup

Jarang dah permainan ini boleh kita lihat di kampung. Senapang plastik yang boleh mengeluarkan bunyi, cahaya dan sebagainya telah menggantikan letup-letup. Tapi apa yang dimaksudkan dengan letup-letup. Pasti ramai generasi baru yang tertanya-tanya.

Di kampung kita ini, letup-letup diperbuat dari ranting buluh yang lurus dan cantik bentuknya. Kedua-dua bahagian ruas dipotong. Sebatang buluh kering dijadikan bahan pengasak dan bahagian ruas yang dipotong akan dijadikan pemegang.

Bagi yang kreatif, lorekan pelbagai motif dibuat di atas batang buluh untuk menghiasi letup-letup. Pelurunya. Bagi budak-budak yang amatur mereka gunakan kertas surat khabar yang dibasahkan. Kemudian digentel bulat-bulat. Sebiji di masukkan dahulu ke dalam batang buluh dan disorong hingga ke hujung buluh. Sebiji lagi akan diletakkan pada pangkal buluh dan apabila buluh pengasak ditolak masuk angin yang terkurung antara dua peluru tadi akan menolak peluru yang berada dihujung buluh keluar dan menghasilkan letupan kecil.

Bagi yang dah professional akan gunakan buah Cenerai. Banyak buah  ni kat kampung kita dulu. Nak masukkan ke dalam buluhpun susah. Kena hentakkan objek keras. Konsepnya sama tetapi bunyinya lebih kuat dan kalau kena sakitnya boleh tahan juga.

Saya teringat suatu peristiwa kami bermain letup-letup di rumah aruah Wan Kenit. Sekarang ni rumah Hj Meran Baba. Rumah lama dulu. Kami hentakkan letup-letup pada tiang, belebas dan mana yang sempat tanpa terfikir buah cenerai mengeluarkan sejenis air berwarna merah bila kering. Masa berperang mana sempat nak fikir. Sarjan Saunder katakan. Esok mengamuk besar aruah Wan Kenit. Tiang rumah, belebas, batu alas tiang semua berwarna merah.

Dan akhirnya kami terpaksa bergotong royong membersihkan kesan-kesan merah tu....... tapi tak kisahlah, hero katakan.........

SENARAI ANAK KAMPUNG YANG MENJADI GURU

Satu lagi senarai yang saya petik dari laman muka buku saudara saya Azman Kari sebagai bahan arkib untuk kampung kita. Bila dilihat, ramai juga yang berjaya menjadi pendidik. Cuma mereka ini jarang dapat ditemui dan ada yang telah kembali ke rahmatullah.
1. Abdul@Dogol Bin Yunus
2. Ahmad Bin Md. Sam
3. Baba Bin Md. Jais
... 4. Kari Bin Baba
5. Md. Jati Bin Dolmat
6. Ibrahim Bin Said
7. Sahak bin Lasim
8. Md. Yatim @ Ismail Bin Lasim
9. Kasim @ Abas Bin Manaf
10. Fatimah @ Soya Bt. Sajak
11. Abdul Rashid Bin Budin
12. Md. Sim Bin Ali
13. Lehan Bin Ali
14. Noraidah Bt. Ali
15. Raaid Bin Sulaiman
16. Rosilah Bt. Shamsudin
17. Hanirah Bt. Abdul Rahman
18. Jumaah Bt. Alias
19. Abdullah Bin Ghani
20. Abdullah Bin Keling
21. Abdul Rahman Bin Mahat
22. Ishak Bin Dumun
23. Fatibah Bt. Majid
24. Berohan Bin Latif
25. Robiah Bt. Baba
26. Azizah Bt. Abuchik
27. Alizah Bt. Sulaiman
28. Mariam Bt. Sulaiman
29. Kalal Bin Sulaiman
30. Maimunah Bt. Alias
31. Hasmah Bt. Alias
32. Hawa Bt. Dumun
33. Hazmi Bin Ali
34. Fazilah @ Acin Bt. Majid
35. Rohayah Bt. Jahafar
36. Norzaman Bin Abu Hassan
37. Borhan Bin Subuh
38. Jayagangga A/P V. Biman
39. Nordirah @ Irah Bt. Jaafar
40. Abu Bin Ajib
41. Basiron Bin Tambi
42. Noridah Bt. Sulaiman
43. Saaodah Bt. Nawawi
44. Anual Bin Ibrahim
45. Mawar Bt. Ali
46. Ridzuan Bin Omar
47. ______ @ Putih Bt. Tambichik
48. Safiah Bt. Ibrahim
49. Ustaz Maruan Bin Abdul Jalil
50. Ismail Bin Zubir
51. Latifah Bt. Alias
52. Sharil @ apak Bin Abdul Jalil

Senarai ini juga belum lagi lengkap dan masih memerlukan tambahan 

SENARAI PEGAWAI MASJID YANG PERNAH MENCURAH BAKTI

Saya perturunkan senarai Pegawai-pegawai Masjid yang pernah mengimarahkan masjid kampung kita. Senarai ini belum lengkap lagi dan saya petik dari catatan muka buka saudara saya Azman Kari sebagai Bahan Arkib Kampung kita. Alangkah baiknya kalau gambar-gambar mereka ini dapat kita abadikan di Balai Raya atau dalam sebuah buku bersama dengan senarai mereka yang berjaya, senarai Ketua Kampung dan juga apa sahaja maklumat. Buku ini kalau dapat direalisasikan, akan mencipta sejarah tersendiri. Saya ada juga terniat menulis buku sebegini namun masih mengumpul bahan dan akan cuba berkoloborasi dengan Saudara Azman Kari menjayakannya. Kalau beliau sudi......

1. Imam Alang
2) Imam Yassin
3) Imam Yassin bin Baki
4) Imam Baharom b Md Jan
5) Imam Jalil Bin Md Yassin
6) Imam Amzah b Mahmud
7) Imam Atau
8) Imam Tarmizi
9) Imam Kamaruddin Mahat
10) Khatib Jai
11) Khatib Sulaiman Long
12) Khatib Wahab
13) Siak Batan
14) Noja Ahmad b Salleh (Mat Tongkai)
15) Hj Borhan b Ahmad
16) Hj Subuh b Muhammad
17) Hj Samsuddin b Alias
18) En Alias b Md Din
19) Bilal Karim b Jidin


Kebanyakan penama telahpun meninggalkan kita namun ilmu yang mereka sampaikan terus bersemarak dalam jiwa anak-anak didiknya. Justru itu marilah kita hadiahkan Fatehah buat mereka yang pernah berjasa kepada datuk nenek kita, ibubapa kita, kita sendiri dan juga anak cucu kita....

Salam teman sekampung,
Kadang-kadang mati juga idea untuk menulis tetapi dah namanya cikgu ni, membaca dan menulis dah menjadi asam garam kehidupan. Tak idea, perah juga agar dapat menulis sesuatu sebagai bahan perkongsian dan bahan arkib untuk sebuah desa kelahiran yang banyak meninggalkan kenangan pahit dan manis. Di desa ini, segalanya bermula. Di desa ini kasih tercipta dan rindu membara.

Membaca catatan rakan-rakan dalam Facebook, dapat saya katakan kadar celik IT di kalangan anak-anak kampung begitu tinggi biarpun kebanyakan datang dari luar kampung. Yang berada di kampung bukan tak celik tapi kurang kemudahan. Saya tak pasti fenomena di Melaka. Tetapi di tempat atau daerah saya bekerja di Negeri Sembilan, rata-rata kampung mempunyai kemudahan Wifi percuma dengan label "Kampung Tanpa Wayar". Anak-anak desa boleh melayari internet pada bila-bila masa yang dikehendaki. Secara percuma.

Di kampung kita, saya tidak pati sudah ada atau tidak kemudahan ini. Saya merasakan ini perlu memandangkan zaman dah berubah. Nak minta kerjapun kena online. Saya mencadangkan pada rakan-rakan yang mempunyai kuasa dan masin mulutnya di kampung, minta-mintalah pada YB agar kemudahan ini diwujudkan. Dapatlah orang-orang kampung kita merasa nikmat menyokong kerajaan. Jangan waktu mengundi sahaja kita diingati. Selepas mengundi, buat tak reti. Tapi yang saya dengar YB sering berkunjung ke kampung. Eloklah. Cuma bisik-bisikkan juga agar kemudahan ini diadakan. Biar kita tidak ketinggalan.

Saya terbaca rancangan kerajaan untuk mewujudkan Kampung Tanpa Wayar di Melaka.  Jadi yang berkepentingan di kampung ambillah peluang ini.

Sedutan dari Utusan Online

ALOR GAJAH 13 April - Kerajaan negeri akan memastikan seluruh kampung di setiap kawasan Parlimen di negeri ini akan menikmati kemudahan jalur lebar menerusi projek Kampung Tanpa Wayar (KTW) dengan kerjasama Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM).
Ketua Menteri, Datuk Seri Mohd. Ali Rustam berkata, sehingga ini sebanyak 120 buah lokasi KTW telah disediakan untuk memberi kemudahan kepada pelajar dan penduduk untuk menggunakan teknologi jalur lebar.

Menurutnya, kerajaan negeri mensasarkan sebanyak 20 lagi lokasi yang akan diwujudkan KTW bagi memastikan seluruh penduduk khususnya di luar bandar dapat menikmati kemudahan jalur lebar tanpa perlu ke bandar.

Monday 4 June 2012

Musim Mengogo

Mungkin ramai yang tidak pernah tahu tentang Mengogo kerana telah lama aktiviti ini tidak dilakukan. hanya orang Air Molek yang tahu keseronokannya. benarlah kata Saudara saya Azman Kari. Air Molek ini tersendiri dalam kelasnya.

Musim mengogo ini biasanya dilakukan pada waktu habis menuai. Maksudnya waktu itu air sungai sudah semakin cetek. Acara tahunan ini biasanya dilakukan bermula pada hari Jumaat setelah selesai solat Jumaat dan akan berlanjutan tiga hari lamanya. Peralatan yang saya masih ingat adalah tangguk dan keruntung ikan yang diperbuat dari karung gula dan diikat di pinggang. Mereka akan turun dari hulu sungai beramai-ramai dan mengocak air untuk membuat ikan mabuk dan timbul. Ikan yang timbul ini akan ditangguk serta merta. Bayangkan hampir seratus orang serentak mengocak air. Bukan ikan sahaja yang boleh mabuk, buayapun pening-pening lalat.

Namun kemahiran manusia semakin bertambah. Mengogo telah tiada. Digantikan dengan perbuatan yang lebih kejam. Mengaran ikan. Saya rasa nak karan je mereka yang buat kerja bangang ni

CAK KUN CAK

Zaman ini sudah lama berlalu apabila kesedaran Islam mula berkembang pesat. Namun zaman ini pernah menghantui Air Molek suatu masa dahulu. Zaman di mana setiap perkahwinan juga diraikan dengan persembahan kugiran yang disewa khas dari pelbagai tempat. Tujuan asalnya untuk meraikan majlis dan juga tetamu yang hadir. Di samping berjoget lambak yang pernah menjadi identiti Melaka suatu masa sahulu.

Cak Kun Cak berasal dari bunyi muzik yang dialunkan. Biasanya setiap kumpulan muzik yang bermain datang dengan set yang lengkap. Dengan penyanyi sekali.Lagunya pelbagai rentak dan genre. Maka menarilah muda-mudi, tua atau muda. Ada kala juga muzik bermain begitu sahaja. Tanpa ada sesiapa yang memulakan tarian.

Ada juga keburukan Cak Kun Cak. Terutama bila sedang menari, dipotong oleh orang lain. Silap hari bulan bertumbuk sesama sendiri.Namun zaman itu telah berubah. Telah tiada. Cak Kun Cak hanya tinggal kenangan. Kini persembahan marhaban telah mengambil tempat. Begitu juga dengan karaoke telah menggantikan kugiran.

Sunday 3 June 2012

Operasi Menebang Kelapa

Kalau dulu, menebang kelapa seolah macam satu pesta kecil. Tukang tebang yang saya ingat adalah aruah Pak Long Gamat. Relaks je aruah ni dengan sebilah kapk yang terasah tajam dan juga seutas tali yang menjangkau ketinggian pokok kelapa. Saya ingat lagi sebelum kelapa ditebang, aruah akan memanjat pokok kelapa sambil membawa seutas tali untuk diikat di puncak pokok kelapa. Satu tugas yang agak berisiko. Tali tadi diikat kuat. Kemudian arah angin ditentukan. Petugas-petugas sukarela pula akan menarik tali mengikut arah yang ditetapkan.

Dengan kemahiran seorang penebang, aruah akan mula membuat takukan seperti yang telah ditetapkan. Tali akan ditarik lebih tegang apabila sebahagian batang pokok telah dapat dipotong. Di sinilah kemahiran penebang. Arah jatuh pokok kelapa tadi tidak meleset. Memang menurut perancangan. Maka berebut-rebutlah kanak-kanak mendapatkan kelapa muda. Saya tidak ingat berapa upahnya tapi taklah sebesar mana.

Aruah Pak Long Gamat telah tiada. Beliau telah kembali ke rahmatullah dengan beberapa kemahiran yang tidak diperturunkan. Beliau juga penggali tanah perkuburan yang mahir selain, pencari ikan sawah yang amat terkenal. Semuanya dibawah pergi bersama dan hanya tinggal sebuah kenangan yang sukar terlupakan. Al Fatihah buat allahyarham

Kisah Tidak Terungkap

Terlalu banyak misteri yang tidak terungkap di kampung kita ini dan masih menjadi tandatanya jika tidak usaha mengesan sejarah dilakukan dengan serius. Warga lama kian berkurangan. Mereka inilah yang menjadi arkib bergerak tentang sejarah lama kampung kita yang harus dicungkil untuk mengembalikan jati diri anak-anak Air Molek seperti yang dikatakan oleh Saudara Azaman Kari berketurunan baik-baik.

Saya ingin menyorot beberapa lokasi tanah perkuburan yang terdapat di beberapa tempat di kampung kita dalam usaha mengesan di mana tapak asal Air Moleh itu sendiri. Jika kita lihat di solok seberang, seingat saya terdapat sebuah tanah perkuburan kemudian diikuti pula di padang kilat. Juga terdapat sebuah tanah perkuburan selain di dalam kampung kita. Persoalannnya mengapa terdapat beberapa tapak perkuburan. Mesti ada  jawapan kepada persoalan ini.

Kemudian tidak lama dahulu dikatakan terjumpa sebuah tapak perkuburan yang agak besar di Bukit Bruang. Juga menimbulkan tandatanya bagaimana boleh terdapat petempatan di kawasan itu. Apakah ianya berlaku sewaktu zaman pendudukan Jepun atau pada zaman komunis. Hanya orang-orang lama yang dapat menjawab persoalan. Bagaimana Saudara Azman Kari jika kita tubuhkan satu pasukan khas mengesan dan menulis tentang sejarah Air Molek buat tatapan anak bangsa kita...

Saturday 2 June 2012

TUTORIAL 2-POST ENTRI DALAM BLOG

Post entri dalam blog merupakan perkara yang paling asas bagi seorang blogger.
Dalam entri anda akan menaip apa yang anda mahu sampaikan samada luahan rasa, perkongsian, info dan apa-apa sahaja yang anda mahu.

Kalau tidak buka ruangan untuk menaip bagaimana hendak post entri kan.:)


Tutorial Post Entri Dalam Blog


Berikut adalah cara bagaimana anda hendak memulakan langkah untuk menaip dalam blog anda.

1. Buka link www.blogger.com (link ini diperlukan setiap kali anda hendak login kepada akaun blogger). Masukkan email dan password anda.

Tutorial Post Entri Dalam Blog

2. Pada paparan muka depan, klik pada 'new post'

Tutorial Post Entri Dalam Blog



3. Masukkan tajuk untuk entri anda dan juga isi kandungan entri anda.(biasa bab ini mengambil masa untuk menaip entri).

Kemudian apabila sudah siap, klik pada button 'publish'

Tutorial Post Entri Dalam Blog


4. Apabila sudah tekan button publish, siap untuk sebuah entri dalam blog anda.:)

Tutorial Post Entri Dalam Blog


  • jika anda hendak tengok 'rupa' entri anda itu, klik pada 'view post'
  • jika anda rasa masih ada kekurangan dan hendak edit, klik pada 'edit post'
  • jika anda hendak menaip entri baru, klik pada 'create a new post' (anda juga boleh mulakan dari awal dengan klik pada 'dashboard' pada bahagian atas-kanan)

MENCARI HARGA DIRI

Setelah sekian lama merdeka, Air Molek merupakan sebuah desa yang damai dan cukup berdedikasi dalam menyokong kepimpinan kerajaan. Jarang kita dengar peti undi Air Molek kalah kepada pihak pembangkang. Seingat saya, belum pernah lagi. Pernah juga kampung kita ini didatangi oleh Tun Ghaffar Baba suatu masa dahulu. Tempatnya di Balai janga Raya kampung yang lama. Penuh dengan orang ramai yang ingin melihat allahyarham Tun Ghaffar Baba dari dekat.

Cuma setelah sekian lama Air Molek menjadi penyumbang undi yang setia, pihak-pihak yang mendapat keuntungan seharusnya sedar bahawa sesuatu perlu dilakukan oleh mereka kepada kampung yang sesetia ini. Saat orang lain berperang poster, Air Molek senyum dalam warna kebiruan. Saat orang haru biru dengan ceramah, Air Molek  tenang saja. Penduduknya boleh minum bersama di Kedai Long Mail di jalan masuk. Ini bermakna, parti tidak mampu merosakkan perpaduan.

Pada pandangan saya yang berada di luar kotak ini, terlalu jauh kampung kita ini tertinggal dari segi kemajuan. Pada hakikatnya kita ini seolah penyumbang undi untuk memajukan seseorang tetapi sering terlupakan. Memang ada pembangunan tetapi agak lambat. Suara-suara rintihan anak muda kedengaran dari tahun ke tahun untuk mendapatkan sebidang tanah untuk padang bola. Rasanya dari zaman saya bujang hinggalah sekarang. Puluhan tahun. Masih ada saja janji yang dibuat dan dimungkiri. Janganlah kita marah nanti jika anak-anak muda ini berkiblatkan warna lain pula. Kita yang menyebabkan mereka tawar hati. Atau jika mereka terlibat dengan gejala negatif seperti dadah, lumba haram, jangan pula kita melatah. Mereka ada banyak masa untuk diisi. Ada banyak tenaga untuk dihabiskan. Dah tak ada aktiviti yang baik, mereka pilih jalan tersebut.

Rasanya pemimpin kampung dah berbuih mulut meminta. Pihak yang berkenaan buka-bukalah mata. Buka-bukalah telinga. Jangan asyik catat dan angguk kemudian berjanji. Generasi Y ni saya lihat lain sedikit. Mereka ini bijak dalam melaksanakan sesuatu dan tidak takut risiko. Soal ketuanan Melayu tidak timbul lagi jika hati mereka telah sakit. Mereka akan ikut perasaan. Bimbang suatu masa nanti Air Molek yang menjadi penyumbang tetap undi akhirnya kecundang. Fikir-fikirkanlah wahai tuan-tuan yang berkuasa akan pandangan saya yang jauh dari tanah kelahiran ini

Friday 1 June 2012

TUTORIAL 1- MEMBUKA AKAUN DENGAN BLOGGER

Mendaftarkan diri sebagai seorang pemilik blog dengan menggunakan platform blogger tidaklah sesusah yang disangka.
Dengan mengikuti beberapa langkah ringkas berikut, anda sudah bergelar seorang blogger.


Cara Buat Akaun Blogspot


Sebelum memulakan pendaftaran untuk akaun blogspot, anda mestilah mempunyai akaun google dahulu. Akaun lain pun boleh, tetapi untuk jangka masa panjang, ada akaun google akan lebih memudahkan memandangkan blogger.com adalah produk dari google.

Jika anda sudah mempunyai akaun google, boleh sign dahulu atau klik disini.http://mail.google.com/mail/?hl=en&tab=im.

Jika anda masih belum mempunyai akaun google, sila daftarkan dahulu disini untuk memudahkan proses pendaftaran akaun blogspot.

Berikut adalah langkah-langkah yang diperlukan untuk mendaftar akaun blogspot.

1. Buka link www.blogger.com

2. Apabila paparan sudah keluar, klik pada 'create a blog'

Cara Buat Akaun Blogspot


3. Seterusnya masukkan maklumat yang dikehendaki kemudian klik 'continue'.

Cara Buat Akaun Blogspot


4. Kemudian masukkan blogname dan juga blog address

  • Blog name lebih merujuk kepada trademark sesebuah blog
  • Blog address adalah digunakan oleh pengunjung untuk membuka blog anda. Blog address antara perkara paling penting bagi sesebuah blog. Untuk memudahkan pemahaman, sila rujuk Tips Pemilihan URL Untuk Blog.


Cara Buat Akaun Blogspot


5. Pilih template yang anda rasa sesuai, kemudian klik 'continue'

Cara Buat Akaun Blogspot


6. Siap. Anda sudah mempunyai akaun blogspot anda sendiri ada boleh mula untuk menaip entri pertama anda.:)

Cara Buat Akaun Blogspot

Pemergian beberapa warga lama Air Molek

Sejak beberapa minggu kebelakangan inikerapa saya terima berita pulangnya warga emas. bermula dengan Wan Dara, ibu Cikgu Harun, diikuti dengan Wan Che Nge dan tadi terbaca pula tentang pemergian Datuk Jamil. Bapa saudara Salman Jamil. Semuanya di usia yang lanjut. Mencecah hampir seratus tahun kalau tak silap.

Jika ditinjau semula pemakanan mereka menjadikan mereka sihat dan bertahan sehingga usia emas. Ditambah pula dengan amalan hidup seharian mereka yang agak rutin. Kenalah tanya pada yang tahu apa yang menyebabkan kebanyakan orang tua-tua kita boleh cergas seperti itu.

Macam saya ceritakan dulu, saya pernah berjalan kaki bersama Aki Ghaim, Aki Bab, Aki Latif, Aki Lassim dari kampung ke Bukit Bruang atau ke Ladang dan kemudian pulang dengan mengiring sekawan kerbau. Otai-otai ni selamba jer berjalan. Takpun meneguk air. Boleh memintas kawanan kerbau yang bergerak laju. Ini yang saya katakan betapa amalan mereka menjadikan mereka cergas dan terus bertenaga.

Kepada yang telah pergi kita doakan dan kita hadiahkan dengan alfatihah. hanya itu yang kita mampu. Bukankah  hanya itu tali penghubung yang tinggal antara kita yang masih hidup dengan yang telah meninggal dunia

BERTEMU PELAJAR SEDAERAH

Sejak isnin lalu, saya bertugas membantu mengendalikan perkhemahan Pasukan Kadet Bersatu (Laut) peringkat Zon Tengah yang melibatkan Negeri Sembilan, Melaka, Selangor dan WP Persekutuan. Hampir 400 prang berkampung di Juasseh dalam perkhemahan ini. Sesuatu yang tidak saya sangka adalah bertemu dengan pelajar-pelajar dari kempung-kampung jiran kita iaitu Lubuk Cina, Ramuan China Besar, Ramuan China Kecil dan juga Felcra. Mereka mewakili SMK Lubuk Cina. Cari-cari juga kalau-kalau ada anak-anak kampung yang bersekolah di SMK Lubuk Cina. Tak ada pula. Seronok juga berbual tentang kampung biarpun bukan kampung sendiri.

Sebagai Jurulatih yang sering terlibat dalam program kebangsaan saya ingin berkongsi sedikit info mengapa program kokurikulum begitu begitu bernilai. Harap saudara-saudara di kampung dapat memberikan sedikit perhatian. Mulai tahun lepas, penglibatan pelajar dari sekolah rendah hingga menengah telah diberikan markah. Markah ini dikumpulkan dari Tahun 4 hingga 6 untuk Sekolah rendah dan Tingkatan 1 hingga 5 untuk sekolah menengah. Markah ini diambil kira untuk kemasukan ke asrama penuh, universiti termasuk matrikulasi. Ramai pelajar yang mendapat 5A dalam UPSR tetapi berapa ramai yang ditawarkan ke asrama penuh. Ini adalah kerana  persaingan yang ramai terutama di kalangan pelajar perempuan. Markah kokurikulum akan menjadi penentu di peringkat akhir.

Setelah hampir nelasan tahun mengajar dan terlibat dalam aktiviti luar saya melihat kemenjadian pelajar yang aktif dengan yang pasif.  Ada kelebihannya. Jadi saudara-saudara di kampung, jika ada anak-anak yang terlibat dengan aktiviti peringkat kebangsaan atau negeri, kaji program tersebut dan jika dirasakan boleh lepaskan mereka.


Sunday 27 May 2012

PERAWAT ALTERNATIF

Seingat saya beberapa orang dari otai-otai kampung pernah menjadi perawat alternatif kepada penduduk kampung. Khidmat mereka ini amatlah berguna dan ternyata berkesan. Kebanyakan mereka telah tiada. Telah kembali ke rahmatullah. Yang paling rapat dengan saya adalah aruah moyang saya. Aruah Wan Enom. Waktu itu saya baru di darjah 1. Selalu juga saya lihat orang kampung datang meminta tangkal itu dan ini. Pengerasnya amat murah. Dua tiga puluh sen. Separuhnya saya punya untuk beli ais krim potong. Yang dipotong dan dicucuk dengan lidi. Ada lagi ke ais krim potong ni? Demam sikit minta tangkal dengan aruah moyang yang saya panggil wan. Aruah meninggal pada usia yang lanjut. Hampir 100 tahun umurnya. Telah bongkok waktu itu.

Selain Wan Enom, Atuk Tambichyk- ayah kakek juga antara perawat tradisional yang agak terkenal. Beliau juga merupakan Pawang Kampung. Salah seorang ikon kampung pada zaman saya. Mana-mana yang menghidap penyakit yang teruk, pada aruah ini mereka mengadu. Aruah juga telah lama tiada. Yang tinggal anak-anaknya. salah seorangnya adalah Pak Long Sahal. Yang sering menjadi kawan saya minum kalau pulang ke kampung. Agak lucu orangnya.

Seorang lagi yang saya ingat adalah Aki Baharom. Atau Imam Baharom. Aruah telah meninggal dunia. Begitu juga Pakcik Ahmad, anaknya yang membawa kereta sewa. Aruah sering tampil dengan kot kelabu dan menghisap cerutu. Salah seorang perawat yang terkenal di kampung kita. Beliau sering datang dengan basikal besarnya. Dengan gaya yang lembut dan tanpa banyak bicara, beliau akan melakukan tugasnya dan pulang setelah menjamah minuman yang disediakan.

Juga tidak lupa dengan Wan Kenit. Ibu Datuk Md Jai yang mempunyai kebolehan mengurut. Pada aruah ini juga orang kampung sering datang untuk berurut atau meminta tangkal jika ketegur dan sebagainya. Anaknya, Datuk Md Jai. Juga guru mengaji saya juga turut mempunyai kebolehan tertentu. Kini guru saya ini sudah  semakin uzur.Namun setiap kali upacara menyembelih kambing, lembu atau kerbau, Atuk Md Jai yang akan mengambil peranan utama. Hasil sembelihannya tidak berbau, lembut dan manis. Kata orang ada petua. Barangkali benar.Yang saya ingat saya selalu membantu Atuk Md Jai memesin getah di paya. Beliau akan memasukkan getah dan saya akan memutar mesinnya. Kadang kala tak terputar dek kerana tebalnya. Tapi getah Atuk Md Jai sangat cantik. Pernah menjadi bahan pameran Risda kerana ketebalan dan ukuranya yang cantik dan mengikut standard. Selain Atu Md Jai yang sering saya temui di tempat memesin getah, seorang lagi ikon yang sering menarik perhatian saya adalah Atuk Lassim. Atuk Lassim juga telah meninggal dunia.

Terdapat juga perawat-perawat sambilan tetapi mempunyai kepakaran tersendiri. Antaranya yang saya ingat adalah Imam Kadat. Amat serasi jika kanak-kanak atau budak kecil mengidap kenan. Wan Nah, isteri aruah Datuk Lewat seberang juga mempunyai kebolehan yang agak menarik. Yang lain-lain saya telah lupa. Barangkali saudara Azman Kari boleh membantu saya mengingatkan semula. Agar dapat disusun satu cerita mengenai mereka yang pernah berjasa pada penduduk kampung.

Saturday 26 May 2012

TUTORIAL PENGENALAN

Saya nak mulakan tutorial pengenalan untuk penghasilan blog. Manalah tahu ada anak-anak kampung yang berbakat dan berhajat menjana pendapatan melalui blog. Semua yang saya paparkan adalah berdasarkan pengalaman, pembacaan serta nasihat dari rakan-rakan blogger yang lain yang saling bantu membantu dalam menghasilkan blog terbaik.

Perkara Pertama
Menentukan apakah yang perlu anda tulis. Jika anda berminat dalam politik, menulislah tentang politik. Tapi ingat, risikonya tinggi. Jika berminat dengan dunia hiburan, menulislah tentang dunia hiburan. Atau jika berminat dalam dunia masakan berkongsilah resepi, petua dan sebagainya. Jika anda sukakan perniagaan, gunakan blog sebagai medium untuk mempromosikan bahan jualan anda seperti cup cake, bahan kecantikan dan sebagainya. Jika anda remaja, tulislah tentang dunia remaja anda.

Tetapi harus diingatkan bahawa semuanya ada batasan. Jangan terlalu ghairah hingga melupakan apa yang sepatutnya tidak anda sentuh. Pilih tajuk yang sesuai. Jika mengambil petikan dari akhbar atau blog lain berikan kredit atau nyatakan sumber anda. Ini adalah untuk memudahkan pembaca membuat rujukan yang selanjutnya. Menulislah dengan niat untuk perkongsian. Jangan lepaskan kemarahan  tidak tentu hala

Perkara Kedua
Memiliki akaun blogger. Setakat ini blogger membekalkan pelbagai kemudahan dari template hinggalah ke rekabentuk dan peluang menjana kewangan. Sebelum memiliki akaun dengan blogger, pastikan anda mempunyai akaun gmail. Saya lebih suka dengan Gmail kerana pendaftarannya muda dan senang dikendalikan.

Apabila telah mempunyai akaun gmail, anda boleh membuka akaun dengan blogger.com. Terdapat juga beberapa lagi penyedia tapak blog yang berbayar seperti yang saya gunakan untuk Laman Dunia Pengasih saya. Lihat urlnya: http://www.duniapengasih.com. Laman ini adalah laman berbayar yang boleh anda dapati dengan mendaftar pada pengendalinya. Selian itu, anda boleh menggunakan khidmat freeweb.com atau weebly.com. Tapi sebagai newbies, eloklah anda gunakan blogger.com terlebih dahulu.

Perkara Ketiga
Menentukan nama blog. Buatlah pilihan nama blog yang anda rasakan sesuai dan mempunyai umpp. Pilihan nama adalah bergantung kepada anda. Anda boleh lihat blog-blog yang menggunakan pelbagai nama seperti blogsampah, ceritaayu, gadiskidal dan sebagainya. Carilah nama yang mudah diingat. Jangan terlalu excited untuk memilih nama ikut selera anda. yang penting orang ingat nama blog anda dengan mudah. Saya menulis untuk laman blog Kadet Remaja Sekolah Negeri Sembilan. Laman Blog ini adalah untuk perkongsian maklumat. Sebagai Ketua Jurulatih Negeri terlalu banyak yang harus saya sampaikan kepada seluruh anggota KRS dan pegawai-pegawai KRS. Jadi saya menggunakan nama yang paling mudah. www.krsn9.blogspot.com

......bersambung

Timba Upih

Saya nak mencadangkan agar di Balai Raya kampung di buat satu ruang khas untuk mempamerkan artifak-artifak yang pernah menjadi kegunaan orang-orang kampung sebagai bahan sejarah dan tatapan generasi baru. Antaranya yang boleh dipamerkan adalah Timba Upih, Jangka Mengkuang, Sabit Padi, Pisau Mengkuang, Antan Mengemping. Jika di susun dengan cantik dan kreatif, agar menjadi ruang yang menarik dan mampu menarik minat generasi baru juga pelawat.PAKAM boleh ambil usaha ini kot. Jangan asyik tumpu pada bola jer. Tapi isi juga sanubari anak muda dengan jati diri dan perasaan bangga akan keturunan dan kampung... cadangan sayalah.

Kembali ke Timba Upih ini, terlalu besar kegunaannya pada musim kemarau. Saat air perigi berkurangan, timba upih memainkan peranannya. Sifat upih yang ringan, tidak mengganggu kelodak di dasar perigi. Maka air yang bersih dapat diperolehi.  Bilau kemarau terlalu teruk, barulah Lembaga Air Melaka menghantar air. Berderetanlah baldi di laman-laman, di jalan-jalan menunggu kedatangan lori air. Macam pesta pulak. Pesta musim kemarau.

Gnerasi baru mungkin sudah tak kenal timba upih, sejuknya air perigi sewaktu pagi bila mandi waktu hendak ke sekolah, puasnya mandi bertimba-timba air tanpa perlu membayar bil dan dinginnya air  perigi yang disimpan dalam tempayan untuk dijadikan air minuman.

Inilah yang saya katakan. Kita kena mengembalikan sejarah dalam bentuk yang tertentu agar generasi baru mengetahui, mengenali dan menghargai sejarah keturunan mereka. Benar kata saudara saya Azman Kari, orang-orang Air Molek ini terpisah dari kampung-kampung yang lain. Seakan ada rahsia yang tersembunyi dan harus dirungkai untuk dikisahkan semula......saya akan cuba membantu beliau merungkai yang terpendam, membangkitkan semula batang yang terendam.

MENGAIL

Satu kegemaran orang kampung kita adalah mencari ikan sawah atau ikan darat. yang menjadi tumpuan mereka adalah ikan betuk atau kepuyu, haruan atupun semilang. Umpan yang paling baik untuk mengail ikan-ikan jenis ini adalah telur kerengga. Sorrylah bagi pembaca bukan orang Air Molek rahsia membuat umpan ni tak dapat diperturunkan. Ha ha . Pantang.

Tentu orang luar dari Air Molek bertanya bagaimana nak gunakan telur kerengga sebagai umpan..... itu rahsia. Kena menuntut bawa pulut kuning baru boleh cerita.
Telur kerengga ni menjadi kegemaran ikan-ikan tadi. Masa zaman saya mengikut orang mengail, kami hanya menggunakan batang buluh yang panjangnya melebihi 12 kaki. Puas mengusungnya. Lokasi dahulu adalah di sungai kampung kita ataupun di celah-celah anak padi waktu padi mula subur. Bagi yang pro boleh dapat hingga beratus ekor sehari. Ikan kepuyulah. Pasal dia duduk berkumpulan.


Antara yang saya ingat dan pernah saya ikut otai-otai ni mengail ialah Wan Ani nenek kepada Sali Borhan), Wan Teh ( mak aruah Cikgu Sahak) dan beberapa orang lagi. Itu kira otai-otai mengail.

Sekarang ni dia orang dah guna kail bailey. Sekaki jer panjangnya. Bila tarik boleh keluar hingga 12 kaki. Ringan dan mudah dibawa. Tempat mengail????? Saya dengan sampai ke Muar.... memang Otai!!!!!

SIHIR DAN GANGGUAN JIN

Sumber: blogmaya.com
Saya pinjam entri dari admin blogmaya untuk dikongsi bersama dengan rakan-rakan sekampung. Mungkin ada yang memerlukan atau mungkin memberikan manafaat kepada rakan-rakan

Sihir & Gangguan Jin

Tanda-tanda ini berlaku ketika anda tidur atau jaga :-
1. Sakit belakang tanpa sebab
2. Sakit kepala @ migraine yg luar biasa dan berterusan tanpa sebab klinikal
3. Loya & sebu perut tanpa sebab( muntah2 \ muntah darah \ batuk darah )
4. Sakit di bahagian tulang rusuk kiri @ kanan @ ulu hati
5. Sakit di bahagian tulang punggung tanpa sebab
6. Sakit di bahagian perut tanpa sebab ( angin )
7. Istihadah ( darah keluar melebihi 15 hari )
8. Terasa sesuatu yang mengekori diri
9. Malas utk melakukan ibadah kepada ALLAH
10. Takut menziarahi jenazah \ melihat orang mati
11. Sering sesak nafas terutama menjelang waktu maghrib & tgh malam ( dada berdebar \ resah gelisah )
12. Timbul rasa takut tanpa sebab ( lemah semangat )
13. Nampak bayangan yang menakutkan \ menyeramkan
14. Sering pengsan tanpa sebab
15. Terdengar bisikan yg meminta melakukan sesuatu yang dilarang oleh ALLAH spt ( aktiviti syirik dsb )
16. Ragu-ragu tentang keimanan
17. Sering mimpi yang menakutkan ( mimpi bayi kecil, ular hitam, anjing hitam , binatang2 berbisa )
18. Mimpi terjatuh dari tempat yang tinggi
19. Mimipi ke tempat kotor, sunyi spt tandas
20. Terdengar suara yang datang menyergah ketika tidur
21. Terasa sesuatu menyentap kaki ketika tidur
22. Tanda lebam di tubuh tanpa sebab
23. Bayi tidak berhenti menangis tanpa sebab

LAGI TANDA-TANDA GANGGUAN JIN ATAU SIHIR.
TANDA-TANDA KETIKA JAGA :
1. Bercakap seorang diri dan ketawa tanpa sebab.
2. Suara berubah ketika marah.
3. Mudah hilang akal, kurang memahami sesuatu dan lemah ingatan.
4. Berjalan terhoyong-hayang.
5. Cara makannya menjijikkan.
6. Berpaling daripada membaca Al -Quran, tidak berzikir dan tidak bersolat. Apabila ia hendak membaca Al Quran, berzikir atau bersolat seolah-olah ada sesuatu yang menghalang untuk berbuat demikian.
7. Benci kepada bau-bauan wangi terutamanya kasturi dan za’ faran
8. Pening yang tidak dapat diubati oleh ubat-ubatan (biasa)
9. Bencikan rumahnya atau isteri atau suami atau ahli keluarganya.
10. Sakit kepala atau selalu terlupa ketika solat.
11. Tidak dapat memberi tumpuan kepada sesuatu. (tidak boleh fokus)
12. Malas dan lemah badan (tanpa sebab).
13. Denyutan jantung bertambah cepat tanpa sebab.
14. Bercakap tidak keruan, tidak tersusun, bercakap yang bukan -bukan dan bertindak tidak tentu hala. Apabila syaitan berpaling daripadanya, anda dapati ia akan meminta maaf terhadap percakapannya atau tingkah lakunya.
15. Sedih tanpa sebab atau kerana alasan yang remeh.
16. Suka memisahkan diri daripada orang ramai kerana ia merasa seolah-olah semua orang memusuhinya dan anda dapati ia akan hilang kepercayaannya terhadap orang lain.
17. Mengabaikan kerjanya, rumah, suami atau isteri dan sekolah atau pelajarannya
18. Sakit tulang belakang ketika bangun dari tidur tanpa sebab-sebab kesihatan.
19. Beberapa anggota badannya kebas tanpa sebab dan ia susah digerakkan kecuali dengan kepayahan yang amat sangat.
20. Perjalanan haid wanita tidak teratur. Ada kalanya darah haid terhenti sama sekali sedangkan ia masih muda atau haidnya tidak teratur

TANDA-TANDA DI WAKTU TIDUR.
1. Mimpi yang menakutkan
2. Bercakap-cakap ketika tidur atau keluar suara yang tertentu seperti suara yang tidak jelas misalnya yang sedang marah-marah atau suara mengeluh.
3. Bermimpi berjalan di atas air atau darah.
4. Mimpi yang berulang-ulang sehingga ia merasakan kesempitan jiwa atau seram atau takut atau ia kerap bermimpi dengan mimpi yang kemudiannya benar-benar berlaku.
5. Susah hendak tidur malam kecuali setelah lama berbaring.
6. Kerap terjaga tidur di waktu malam.
7. Kerap mimpi berjumpa haiwan -haiwan seperti kucing, anjing, unta, ular, singa, serigala dan tikus.
8. Berdiri dan berjalan ketika tidur tanpa sedar.
9. Bermimpi seolah-olahnya ia jatuh dari tempat yang tinggi.
10 Bermimpi ia berada di kawasan perkuburan atau kawasan sampah atau jalan yang sunyi ( lagi menakutkan).
11. Mimpi melihat manusia yang bersifat pelik seperti terlalu tinggi atau tinggi atau terlalu rendah atau melihat manusia hitam
Menurut ulama, sihir adalah perkara yang dihasilkan dengan cara mendampingi syaitan. Ianya juga dikatakan perbuatan yang mengelirukan pancaindera.
Melalui sihir, pengamalnya dapat mengubah sesuatu perkara menjadi seperti mukjizat dan karamah pada zahirnya seperti boleh terbang, melalui perjalanan jauh pada satu malam saja dan mengubah sesuatu menjadi emas atau sebaliknya. Bentuk sihir ini pada hakikatnya boleh berlaku menerusi penggunaan jin.
Ada juga diantara ahli sihir yang menggunakan azimat-azimat dan nama bintang. Ianya disusun merangkumi ungkapan yang bercampur aduk diantara ucapan kufur dan rajah-rajah tertentu.
Sihir boleh memberi kesan pada hati, iaitu menimbulkan rasa cinta dan benci, mengumpul dan memisahkan serta mendekat dan menjauhkan.
Ada juga sihir yang berbentuk simpulan, jampi dan ungkapan yang diucap atau ditulis ataupun diamalkan. Ia memberi kesan pada tubuh orang yang disihir atau hati ataupun akalnya.
Sihir adalah realiti. Menurut Imam as-Syafie ia boleh membunuh, menyebabkan penyakit, menghalang suami menyetubuhi isterinya, memisahkan suami dan isteri serta menimbulkan rasa benci dan rasa kasih sayang salah seorang daripada mereka.
Sesetengah ulama mengatakan harus mempelajari ilmu sihir kerana malaikat mengajarnya kepada manusia seperti disebut al-Quran. Pendapat ini dipegang al-Fakhrurazzi daripada kalangan ulama ahli sunnah.
Sesetengah pengikut Abu Hanifah pula mengatakan tidak kufur jika mempelajari ilmu sihir untuk mengelak daripadanya.
Imam Malik, Abu Hanifah dan Ahmad mengatakan semua cara sihir diatas menyebabkan kafir.

ANTARA TEMPAT-TEMPAT KEDIAMAN JIN PADA TUBUH MANUSIA:
1. Kadangkala mereka berkumpul di mata kanan dan kiri. Dengan itu mereka yang didampingi jin tersebut suka melihat perkara-perkara maksiat, dan benci melihat perkara-perkara kebaikan. Kadangkala mereka juga tidak dapat bertentang mata dengan orang-orang yang soleh atau perawat.
2. Berada di telinga kanan dan kiri. Dengan itu, manusia yang telinganya telah diduduki Jin tidak suka mendengar nasihat dan teguran yang baik serta amat suka mendengar perkara-perkara maksiat seperti muzik yang melalaikan dan sebagainya.
3. Berada di mulut manusia, dengan itu manusia yang sebegini amat suka bercakap benda-benda yang tidak berfaedah dan mendatangkan dosa seperti mengumpat, melaga-lagakan manusia lain dan sebagainya.
4. Berada di dada, perut atau ari-ari, menyebabkan orang tersebut sentiasa mengalami sakit dalam dada, atau selalu mengalami was-was dan masalah emosional. Sentiasa sakit perut yang berangin-angin, bisa-bisa atau senak dan pelbagai penyakit yang tidak boleh di kesan oleh doktor.
5. Berada di kepala, tengkuk, bahu, tulang belikat, tulang belakang, dubur di celah-celah pelipat peha, di kerongkong dan hidung.
6. Berada di kemaluan manusia, menyebabkan manusia tersebut suka melakukan perkara-perkara maksiat.

KESIMPULANNYA
Manusia yang selamat dari gangguan jin, iblis dan syaitan adalah manusia yang sentiasa berada dalam Tauhid ( mengesakan ) Allah, melalui lidah, anggota dan hati, mereka juga berakhlak dengan akhlak Rasulullah s.a.w serta beramal dengan syariat Islam.