Wednesday 4 July 2012

Menyusuri Kenangan Lalu 1

Salam Rakan sedesa,
Ramadhan akan tiba tidak lama lagi. Tiba dengan seribu keberkatan. Ramadan adalah bulat umatNYA.
Teringat suatu masa dulu sewaktu awal remaja, masa tu kampung kita belum ada elektrik lagi. Bulan puasa selera mencanak-canak naiknya. Nak air tulah nak air nilah. Maka air batu akan menjadi pilihan. Saya pernah berkongsi dengan beberapa rakan-rakan berniaga air batu potong. Bukakan untung besarpun. Tapi cukuplah untuk belanja sekolah.

Sebelum beli air batu, kita orang pergi ambil habuk papan di hujung Pekan Kuala. Masa tu ada sawmill kat situ dan juga panggung wayang. Sekarang ni dah ada bangunan baru dan juga pejabat pos. Air batu beli kat kedai cina sebelah klinik Dr Ismail. Pukul 5 dah tunggu depan kedai. Pukul 6 ambil air batu bawa balik dan potong kemudian delivery ke rumah pelanggan. Kira untung sebelum buka puasa kat tepi balai raya.

Mengingat ini semua, saya lebih suka kalau ada badan yang berjuang di kampung kita ini merencakan sesuatu. Dari terus bertekak pasal padang bola yang tak berumput, apa kata kita ajar anak muda kita "memancing ikan, bukan memberi ikan kepada mereka". Berikan mereka jalan untuk membuka perniagaan yang sesuai di kampung. Dua buah kedai cina tu boleh runtuh kalau kita bersatu nak majukan kampung. Kalau kita ada niat begitulah. Kecualilah niat kita nak meruntuhkan kampung.

Kadang kala terasa bosan juga bila membuka facebook, asyik terbaca tentang padang bola. Suatu senario yang tak pernah selesai sejak zaman saya remaja lagi. Bukan tak elok bersukan ni. Tapi bila bersukan kita perlukan jersey dan sebagainya. Duit kita asyik nak minta pada orang-orang tertentu. Tak kena gaya juga kalau begitu. Kita cari jalan untuk membolehkan kita mendapat dana tetap. Dari dana tu kita bangunkan pasukan bola sepak dan padang kilat. Bila ada ada duit kita boleh buat apa sahaja yang kita nak.

Fikir-fikirkan

No comments:

Post a Comment