Tuesday 7 August 2012

BENTENG KENANGAN


Tentu anda tidak menyangka inilah benteng yang pernah saya sebutkan dalam entri saya yang terdahulu. Benteng ini dibina untuk menggelakkan kawasan paya ini ditenggelami air. Agak luas juga benteng ini. Mencapai ukuran 8 kaki lebar dan 7 kaki dalamnya. Dulunya dijadikan juga punca pengairan air untuk sawah padi. Kerana kepandaian jurutera pengairan, benteng ini tidak digunakan. Bandar dari simen dibina. Air terjun terus ke sungai dan sawah kering kontang. Rupanya bukan kampung kita sahaja yang mengalami masalah ini tetapi banyak kampung termasuk di Negeri Sembilan.

Benteng ini menyimpan banyak kenangan. Di pinggirnya dahulu pernah menjadi tempat tanaman ubi ajinomoto, kacang tanah, keledek. Kini tanah kebun berganti dengan deretan rumah. Kawasan ini mula menjadi kawasan petempatan. Di sini pernah ada padang bola sepak. Puas bermain, kami terjun ke benteng untuk belajar berenang. Yang terjun masuk ke benteng inipun ramai. Tersilap pandang.

No comments:

Post a Comment