Saturday 11 August 2012

WARGA EMAS DI RUMAH ORANG TUA-TUA

Terbetik khabar tentang seorang warga kampung kita berada di salah sebuah pusat jagaan untuk warga emas. Tidak pasti siapa insan itu. Jika benar berita ini, sempena Aidil Fitri ini, saya ingin mencadangkan agar kita mencari siapa insan itu dan di mana beliau ditempatkan.

Dan paling baik kita buat sedikit kutipan untuk disedekah kepada beliau sama ada dalam bentuk barangan atau duit. Dan jika ada warga kampung yang mengetahui dimana beliau ditempatkan maklumkan kepada saya. Saya berhasrat untuk melawat beliau sempena aidil fitri ini. Biarpun tanpa talian darah kkeluargaan, saya merasa pilu mengenangkan betapa beliau keseorangan saat takbir aidil fitri.

Rasanya belum pernah terdengar lagi cerita tentang warga kampung tersayang ini yang mengalami nasib sebegini. Pada agakan saya. Saya tidak tahu bagaimana beliau boleh berada di sana dan apakah punca.

Seperkara lagi, buat warga kampung tercinta, ramai warga emas yang kini bersendirian di kmpung kita. Apakata jika pakat-pakat, bawa juadah seorang sedikit dan beraya dengan mereka. Agar dapat mereka merasakan nikmat aidil fitri ini. Inilah masa yang sesuai kita berziarah.... hanya sekadar lontaran pendapat

No comments:

Post a Comment