Thursday, 24 May 2012

Gotong-royong Angkat Rumah

Sempat juga beberapa kali menyaksikan dan terlibat dengan aktiviti mengangkat rangka rumah untuk dipindahkan. Antaranya sewaktu mahu memindahkan rangka rumah aruah wan Nyonya (emak pakcik Tamin) ke rumah Pakcik Tamin. Semua dinding, atap dibuka, kemudian rangkanya diusung dari tapak asal ke tapak baru.
Gambar Hiasan- beginilah suasana sewaktu mengangkat rumah untuk dipindahkan. Kalau tengok discovery channel, mat salleh guna trailer. Orang Air Molek selamba jer, guna kederat tulang 4 kerat

Waktu itu, kabel elektrik belum ada lagi. Jadi mudahlah mengangkat rangka rumah. Sekarang ni kalau buat macam tu, huru hara juga. Upahnya masa itu sama ada bubur kacang, bihun dan sebagainya. Yang menariknya adalah sikap masyarakat yang bergotong royong. Memang menarik

No comments:

Post a Comment