1. Lokasi
Sekolah.
Jarak sekolah ini terletak kira-kira 6 KM dari Pekan Kuala
Sungai Baru dan 46 KM dari bandar Melaka. Keluasan kawasannya 1.675 ekar (Lot
No. 3187 + Lot No. 3191). Terletak di Kampung Air Molek, Mukim Sungai Baru
Hilir, Daerah Alor Gajah.
2. Sejarah Awal Pembukaan Sekolah
Menyedari pentingnya pendidikan kepada anak-anak bangsa, demi
menjamin masa depan dan maruah mereka, maka penduduk tempatan dengan dipelopori
oleh keluarga Allahyarham Encik Dollah bin Kamal telah berjaya mendirikan satu
tempat belajar bagi anak-anak mereka di kampung ini. Pada asalnya bangunan ini
berupa sebuah pondok sahaja.
Semenjak dari tahun 1915, di mana sekolah ini diasaskan hingga
terdirinya bangunan yang sedia ada pada masa sekarang, ianya telah mengalami
beberapa kali perpindahan;
a) Tahun 1915, semasa diasaskan muridnya menumpang belajar di
atas serambi rumah Encik Aman Bin Dollah iaitu belajar Quran dan
mengira.
b) Tahun 1916 berpindah di sebuah bangsal yang beratap dan
berdindingkan rumbia di atas tanah Lot No. 1063.
c) Tahun 1918 berpindah ke kedai Encik Noh bin Ismail di atas
tanah Lot 1070 Tahun 1922 berpindah ke rumah kedai Encik Ang Gau seorang bangsa
Tionghua di atas tanah Lot 1093 kepunyaan Encik Baba bin Deli.
d) Tahun 1924 berpindah di tanah Lot 1082 kepunyaan Encik
Lonjang bin Daiman. Bangunannya adalah sebuah pondok yang tiangnya kayu bulat
yang ditanam, berlantaikan simen serta beratap dan berdindingkan rumbia pada
paras 3 kaki dari tanah.
e) Pada tahun 1926 berpindah lagi ke tanah Lot 3191 kepunyaan
Tuan Imam Alang kerana sekolah asalnya roboh dipukul ribut. Sekolah ini terletak
pada tapak rumah guru yang ada sekaran
Perkembangan Sekolah
Pada tahun 1927 sebuah sekolah baru didirikan oleh kerajaan di
atas tanah Lot 3187. Bentuk bangunannya bertiang batu dua tingkat, bangunan kayu
atap genting, tingkat atas berlantai serta berdinding papan dan tingkat bawahnya
berlantaikan simen. Panjang bangunan ini 76 kaki dan lebarnya 29 kaki.
Bangunannya dicat hitam. Seramai 65 orang pelajar dalam 5 buah kelas dimuatkan
Di bangunan ini. Bangunan ini sekarang telah diganti dengan
bangunan baru.
Pada tahun 1970 sebuah bangunan satu tingkat mengandungi 3 buah
bilik darjah telah didirikan bagi menampung bilangan murid yang bertambah.
Seterusnya pada tahun 1988 sebuah lagi bangunan baru telah didirikan dari
peruntukkan projek gotong-royong. Pembinaan dari projek ini menyediakan dua buah
bilik darjah dan sebuah bilik untuk pejabat Guru Besar. Sehingga kini di tanah
Lot 3187, terdapat 3 bangunan sekolah, sebuah rumah guru, sebuah kantin dan
sebuah padang bola sepak.
1. Jumlah Keramaian
Murid
Sekolah Di bawah Pentadbiran Masyarakat Tempatan
Tahun 1915 - 10 orang pelajar lelaki.
Tahun 1916 - 15 orang pelajar lelaki
Tahun 1918 - 20 orang pelajar lelaki
Sekolah Dibawah Pentadbiran Kerajaan.
Tahun 1926 - 60 orang pelajar Lelaki
Tahun 1940 - 90 orang pelajar Lelaki dan perempuan
Tahun 1969 - 215 orang pelajar Lelaki dan perempuan
Tahun 1996 - 153 orang pelajar Lelaki dan perempuan
2. Nama Sekolah
Tahun 1915 - Sekolah Masyarakat
Tahun 1922 - Sekolah Ayer Molek Jajahan 111
Tahun 1927 - Sekolah Melayu Ayer Molek, Kuala Sungai Baru,
Melaka.
Tahun 1958- Sekolah Umum Ayer Molek, Kuala Sungai Baru,
Melaka.
Tahun 1963- Sekolah Kebangsaan Air Jernih, Kuala Sunagai Baru,
Melaka.
3. Pentadbiran.
Guru Besar.
1915-1921 Encik Alias bin Lani ( Ditaja Oleh Masyarakat
)
1922-1927 Encik Alias bin Lani ( Dibawah pentadbiran Kerajaan
)
1927-1932 Encik Mohamad Bin Tambi
1932-1940 Encik Jaidin bin Akibon
1941-1945 Darurat ( penjajahan Jepun )
1945-1947 Encik Hashim bin Abd Jalil
1947-1948 Encik Bachek bin Bahaudin
1948-1951 Encik Mohamad Amin bin Jaidin
1952-1961 Encik Mohamad bin Md Nor
1962 Encik Mohamad bin Ajum
1963 Encik Tuan Haji Hasim bin Abd Jalil
1964 Encik Othman Bin Shawal
1965 Encik Baba Bin Jais
1966-1970 Encik Tuan Haji Yaakob bin Abu
1971-1975 Encik Tuan Haji Abdullah Bin Kassim
1976 Encik Kari bin Baba ( Memangku Guru Besar )
1977-1982 Encik Baharom bin Rashid
1983-1987 Encik Yusof bin Ahmad
1988-1991 Encik Abu bin Othman
1992 Encik Ibrahim bin Said BKT, PPN, PJK ( Memangku Guru Besar
)
1993 Encik Tuan Haji Ismayatim bin Rahimin
1994 Encik Tuan Haji Mohd. Anuar bin Abd Aziz
1995 Encik Mohd Shah bin Haji Achin
1997 Puan Pouziah bte Ghani
No comments:
Post a Comment