Beberapa ikon Kampung Air Molek Kuala Sungai Baru Melaka masih kekal dalam ingatan saya. Antaranya Cikgu Ibrahim Said yang mengajar di SK Air Jernih. Bering kelihatan mengusung senapang laras dua untuk menembak tupai. Beliau banyak membawa pembangunan ke kampung ini.
Selain beliau adalah Atuk Awang Arshad yang juga antara insan yang banyak menabur jasa dalam usaha membangunkan kampung ini. Beliau yang sering tersenyum pernah berkhidmat dengan Jabatan Ketua Menteri Melaka.
Selain itu, Cikgu Jati Dolmat, Cikgu Kari Baba yang tulisannya amat cantik dan tak pernah marah, Khatib Leman, Imam Jalil, Sidang Baba yang popular dalam dunia masing-masing dan saling memberikan khidmat untuk kampung. Masing-masing membawa perubahan melalui peranan mereka sebagai imam, khatib mahupun bidang pendidikan.
Di solok hulu, mungkin kita masih ingat Long Said Lambak, di hilir Long Saman, di bahagian tengah pula Long Seman, menghala ke arah paya, Tuk Ali. Mereka ini adalah pemandu-pemandu dan pemilik kereta sewa yang memberikan perkhidmatan untuk membawa orang kampung ke pekan Kuala atau ke Masjid tanh. Selain itu saya ingat lagi Long Adi yang mahir dengan jalan-jalan di KL.
No comments:
Post a Comment