Terdapat beberapa versi yang menceritakan tentang desa kecil ini. Saya cuba ketengah beebrapa salah satu versi yang saya ambil dari laman muka buku PAKAM yang ditulis oleh Datuk Nordin Ahmad. Sebagai salah seorang penulis blog, menyampaikan sesuatu adalah kepuasan. Saya juga merasa puas jika cuba penulisan sejarah kampung ini dapat dijadikan arkib sejarah desa kecil kita.
Air Molek Kuala Sungai Baru dikatakan dibuka oleh dua orang pendatang dari Air Molek Melaka. Kedua-duanya adalah adik beradik bernama Rahmat dan Kamat (sumber dari Datuk Nordin). Keduanya membuka petempatan ini dan seterusnya menamakan kampung ini mengikut nama asal kampung mereka.
Satu versi lagi, dikatakan bahawa nama kampung ini diperolehi dari sebuah perigi yang sangat cantik, jernih airnya. Perigi ini dikatakan masih wujud lagi. Kejernihan, kedinginan air perigi ini akhirnya menjadi sebutan dan akhirnya melekatlah nama kampung ini dengan nama Air Molek.
Kajian masih dilakukan untuk menentukan sejarah sahih kampung ini
Perkembangan Kampung Air Molek
Masa yang berlalu, membawa sama perubahan yang ketara di kampung ini. Dari sebuah kampung tradisional kini mula berkembang menjadi sebuah kampung yang berdaya saing dan dilengkapi dengan kemudahan-kemudahan asas. Pekerjaan utama penduduk kampung ini adalah sebagai penoreh getah, tukang rumah, pekerja-pekerja di jabatan kerajaan dan sektor swasta. Jumlah penduduk lebih kurang 1000 orang.
Kampung ini terbahagi kepada beberapa bahagian yang dikenali dengan panggilan Solok Hilir, Solok Hulu, Solok Seberang dan Paya. Terdapat dua jalan utama memasuki kampung ini iaitu dari arah Lubuk China dan juga dari arah Kuala Sungai Baru. Jalan besar yang merentangi kampung ini merupakan jalan yang menghubungkan antara Pekan Lubuk China di sempadan Melaka dan Negeri Sembilan ke pekan-pekan terdekat seperti Kuala Sungai Baru, Masjid Tanah dan terus ke Melaka. Selain itu, jalan ini juga digunakan untuk ke Port Dicksons.
Dikatakan bahawa peduduk kampung ini mempunyai ikatan persaudaraan yang agak kuat melalui hubunga darah mahupun perkahwinan. Terdapat juga penduduk kampung ini yang datangnya dari perkampungan sekitar seperti Lubuk Redan yang dikenali sebagai baruh dan Ramuan China Besar.
Dikelilingi oleh ladang-ladang getah dan kelapa sawit, suasana kampung ini masih tenang dan segar udaranya. Sebuah sekolah melengkapi keperluan pendidikan anak-anak kampung dan dikenali dengan nama SK Air Jernih. Sebuah Balai Raya, Pusat Cyber, Sekolah Agama dan Masjid turut menjadi ikon utama menyatukan masyarakat di sini.Yang lebih menarik adalah setiap solok mempunyai surau tersendiri dan menjadi tumpuan penduduk sekitar.
Jika dahulu, deretan rumah kayu tradisional mmenuhi kampung, kini telah mula digantikan dengan binaan rumah yang berasaskan batu dan bersifat lebih kekal. Ini menunjukkan perkembangan ekonomi masyarakat kampung telah mula mengalami perkembangan.
(Tulisan ini tidak menggambarkan sejarah sebenar kampung ini. Usaha-usaha penulisan sedang dilakukan oleh beberapa pihak untuk mewujudkan sejarah yang boleh diterima pakai oleh semua-admin blog)
No comments:
Post a Comment