Dunia awal remaja di desa Air Molek amat mengujakan dan barangkali generasi sekarang tidak lagi merasai suasana itu. Pertama kerana suasana telah berubah dan kedua, anak-anak generasi Y lebih tertarik dengan gadjet-gadjet moden.
Generasi seangkatan dengan saya pasti teringat lagi suasana waktu musim kering. Ramai yang pergi menimba lopak-lopak air atau "kubang" untuk mencari ikan betuk, haruan mahupun sembilang. Masa tu bukan peduli atau tahu tempat tu ada ikan atau tidak. Main belasah jer. Janji boleh menimba. Puas menimba, seekor ikanpun tak dapat. kalau dapatpun sepat ronggeng. Kalau tidak begitupun, sedang elok air nak kering empang pulak pecah. Punyalah sakit hati.
Puas menimba kubang, beramai-ramai ke benteng yang terletak di hadapan rumah Pak Lang Minhat. Kira itulah swimming pool yang paling hebat. Macam-macam gaya terjunan dibuat. Seingat saya, pernah kena kejar dengan Datuk Thambi kerana aruah tidak suka budak-budak kampung mandi di sana. Bahaya dan airnya bukanlah bersih.Berterabur lari sambil bawa seluar.
Itulah memoir yang terindah zaman itu.....
No comments:
Post a Comment