Thursday, 17 May 2012

UBI AJINOMOTO

Ramai yang barangkali tidak tahu bahawa di kampung kita ini dahulu pernah ditanam dengan ubi ajinomoto. Maksudnya ubi yang digunakan sebagai ramuan untuk membuat ajinomoto. Kawasannya di dari rumah Wan Che Me (rumah Ramli-driver bas Patt Hup) hinggalah ke rumah Pakcik Md Ali (Pakcik Kanton).
Ini bukan ubi ajinomoto tetapi ubi biasa. Orang kampung gemar membakar ubi ini dalam bara api yang digunakan untuk melayur mengkuang.

Ubinya amat besar. Ada yang sebesar peha orang dewasa. Pokoknya pula agak tinggi. Puas juga nak mencabut ubi jenis ini. Kena gali dulu. Kemudian diangkut ke rumah aruah Datuk Puteh Baba di pangkal simpang untuk ditimbang dan bayaran dibuat kepada pemiliknya. Tak ingat berapa harganya waktu itu.Selain itu, kawasan bahagian hadapannya pula pernah ditanam dengan ubi keledek, sayur dan kacang tanah. Lumayan juga hasilnya.

No comments:

Post a Comment