Padang Kilat. Nama yang menarik dan telah mencatat pelbagai sejarah tersendiri. Terletak berhampiran rumah aruah Datuk Tambychik, salah seorang pengamal perubatan tradisional yang terkenal dan juga SK Air Jernih. Di sinilah anak-anak muda berganding bahu melepaskan penat dan lelah bekerja, belajar dan sebagainya pada waktu petang dengan bermain bola sepak.
Biarpun kondisi padangnya tidak sebaik mana tetapi terlalu besar sejarah yang telah dicatat oleh padang kilat ini. Di sinilah anak-anak kampung mengasah bakat, menggilap kerjaya, bertukar informasi, bertemu rakan lama dan baru serta menjalin ukhuwah.
|
Sumber Foto: Laman Muka Buku Ahli PAKAM |
Dikatakan padang ini adalah rezab tanah perkuburan dan sememangnya terdapat beberapa perkuburan lama di kawasan ini. Dengarnya pihak pentadbiran kampung sedang berusaha menggantikan padang kilat ini dengan padang yang lebih sesuai memandangkan keperluan riadah untuk anak-anak kampung amat perlu.
No comments:
Post a Comment