Monday 12 January 2015

Arus Pemodenan

Kampung kini telah berubah 360 darjah. Masjid telah berwajah baru. Balai Raya telah dipindahkan. Tanah sawah yang terbiar kerana kebijaksanaan makhluk mana menggunakan longkang simen hingga sawah kering kerontang. Bukan di Air Molek saja tapi di seluruh negara. Dulu dengan benteng saja orang boleh menampung air untuk bersawah. Petang-petang mengail ikan. Lepas sistem pengairan baru dibuat, ikan kepuyu dah naik RM20.00 sekilo. Ikan dah susah nak dapat. Jalan tar dah bersimpang siur sampai ke tangga rumah. Kalau dalam ladang sawit, silap-silap boleh sesat.

Budaya kampungpun dah bertukar. Dulu menanam kelapa boleh di tumpang di tanah jiran. Hasil bahagikan bersama. Sekarang ini boleh jadi kes mahkamah. Silap-silap kena saman pulak. Ini yang dikatakan pemodenan. Bukan meragut cara hidup tapi segalasudnya. Mengogo, mengubah, menyemai, merumput dan entah apa lagi sudah menjadi asing bagi generasi baru. Generasi baru bercucuk tanam dalam telefon. Green Farm. Memancingpun dah boleh guna telefon je. Tak payah meredah semak belukar. Candy Crush,Waze Pou dan pelbagai aplikasi menggantikan tajak, bajak, sikat dan kerbau penarik.

Zaman beredar.....

No comments:

Post a Comment