Tuesday 5 June 2012

Letup-letup

Jarang dah permainan ini boleh kita lihat di kampung. Senapang plastik yang boleh mengeluarkan bunyi, cahaya dan sebagainya telah menggantikan letup-letup. Tapi apa yang dimaksudkan dengan letup-letup. Pasti ramai generasi baru yang tertanya-tanya.

Di kampung kita ini, letup-letup diperbuat dari ranting buluh yang lurus dan cantik bentuknya. Kedua-dua bahagian ruas dipotong. Sebatang buluh kering dijadikan bahan pengasak dan bahagian ruas yang dipotong akan dijadikan pemegang.

Bagi yang kreatif, lorekan pelbagai motif dibuat di atas batang buluh untuk menghiasi letup-letup. Pelurunya. Bagi budak-budak yang amatur mereka gunakan kertas surat khabar yang dibasahkan. Kemudian digentel bulat-bulat. Sebiji di masukkan dahulu ke dalam batang buluh dan disorong hingga ke hujung buluh. Sebiji lagi akan diletakkan pada pangkal buluh dan apabila buluh pengasak ditolak masuk angin yang terkurung antara dua peluru tadi akan menolak peluru yang berada dihujung buluh keluar dan menghasilkan letupan kecil.

Bagi yang dah professional akan gunakan buah Cenerai. Banyak buah  ni kat kampung kita dulu. Nak masukkan ke dalam buluhpun susah. Kena hentakkan objek keras. Konsepnya sama tetapi bunyinya lebih kuat dan kalau kena sakitnya boleh tahan juga.

Saya teringat suatu peristiwa kami bermain letup-letup di rumah aruah Wan Kenit. Sekarang ni rumah Hj Meran Baba. Rumah lama dulu. Kami hentakkan letup-letup pada tiang, belebas dan mana yang sempat tanpa terfikir buah cenerai mengeluarkan sejenis air berwarna merah bila kering. Masa berperang mana sempat nak fikir. Sarjan Saunder katakan. Esok mengamuk besar aruah Wan Kenit. Tiang rumah, belebas, batu alas tiang semua berwarna merah.

Dan akhirnya kami terpaksa bergotong royong membersihkan kesan-kesan merah tu....... tapi tak kisahlah, hero katakan.........

No comments:

Post a Comment