Friday 1 June 2012

BERTEMU PELAJAR SEDAERAH

Sejak isnin lalu, saya bertugas membantu mengendalikan perkhemahan Pasukan Kadet Bersatu (Laut) peringkat Zon Tengah yang melibatkan Negeri Sembilan, Melaka, Selangor dan WP Persekutuan. Hampir 400 prang berkampung di Juasseh dalam perkhemahan ini. Sesuatu yang tidak saya sangka adalah bertemu dengan pelajar-pelajar dari kempung-kampung jiran kita iaitu Lubuk Cina, Ramuan China Besar, Ramuan China Kecil dan juga Felcra. Mereka mewakili SMK Lubuk Cina. Cari-cari juga kalau-kalau ada anak-anak kampung yang bersekolah di SMK Lubuk Cina. Tak ada pula. Seronok juga berbual tentang kampung biarpun bukan kampung sendiri.

Sebagai Jurulatih yang sering terlibat dalam program kebangsaan saya ingin berkongsi sedikit info mengapa program kokurikulum begitu begitu bernilai. Harap saudara-saudara di kampung dapat memberikan sedikit perhatian. Mulai tahun lepas, penglibatan pelajar dari sekolah rendah hingga menengah telah diberikan markah. Markah ini dikumpulkan dari Tahun 4 hingga 6 untuk Sekolah rendah dan Tingkatan 1 hingga 5 untuk sekolah menengah. Markah ini diambil kira untuk kemasukan ke asrama penuh, universiti termasuk matrikulasi. Ramai pelajar yang mendapat 5A dalam UPSR tetapi berapa ramai yang ditawarkan ke asrama penuh. Ini adalah kerana  persaingan yang ramai terutama di kalangan pelajar perempuan. Markah kokurikulum akan menjadi penentu di peringkat akhir.

Setelah hampir nelasan tahun mengajar dan terlibat dalam aktiviti luar saya melihat kemenjadian pelajar yang aktif dengan yang pasif.  Ada kelebihannya. Jadi saudara-saudara di kampung, jika ada anak-anak yang terlibat dengan aktiviti peringkat kebangsaan atau negeri, kaji program tersebut dan jika dirasakan boleh lepaskan mereka.


No comments:

Post a Comment