Saturday 26 May 2012

TUTORIAL PENGENALAN

Saya nak mulakan tutorial pengenalan untuk penghasilan blog. Manalah tahu ada anak-anak kampung yang berbakat dan berhajat menjana pendapatan melalui blog. Semua yang saya paparkan adalah berdasarkan pengalaman, pembacaan serta nasihat dari rakan-rakan blogger yang lain yang saling bantu membantu dalam menghasilkan blog terbaik.

Perkara Pertama
Menentukan apakah yang perlu anda tulis. Jika anda berminat dalam politik, menulislah tentang politik. Tapi ingat, risikonya tinggi. Jika berminat dengan dunia hiburan, menulislah tentang dunia hiburan. Atau jika berminat dalam dunia masakan berkongsilah resepi, petua dan sebagainya. Jika anda sukakan perniagaan, gunakan blog sebagai medium untuk mempromosikan bahan jualan anda seperti cup cake, bahan kecantikan dan sebagainya. Jika anda remaja, tulislah tentang dunia remaja anda.

Tetapi harus diingatkan bahawa semuanya ada batasan. Jangan terlalu ghairah hingga melupakan apa yang sepatutnya tidak anda sentuh. Pilih tajuk yang sesuai. Jika mengambil petikan dari akhbar atau blog lain berikan kredit atau nyatakan sumber anda. Ini adalah untuk memudahkan pembaca membuat rujukan yang selanjutnya. Menulislah dengan niat untuk perkongsian. Jangan lepaskan kemarahan  tidak tentu hala

Perkara Kedua
Memiliki akaun blogger. Setakat ini blogger membekalkan pelbagai kemudahan dari template hinggalah ke rekabentuk dan peluang menjana kewangan. Sebelum memiliki akaun dengan blogger, pastikan anda mempunyai akaun gmail. Saya lebih suka dengan Gmail kerana pendaftarannya muda dan senang dikendalikan.

Apabila telah mempunyai akaun gmail, anda boleh membuka akaun dengan blogger.com. Terdapat juga beberapa lagi penyedia tapak blog yang berbayar seperti yang saya gunakan untuk Laman Dunia Pengasih saya. Lihat urlnya: http://www.duniapengasih.com. Laman ini adalah laman berbayar yang boleh anda dapati dengan mendaftar pada pengendalinya. Selian itu, anda boleh menggunakan khidmat freeweb.com atau weebly.com. Tapi sebagai newbies, eloklah anda gunakan blogger.com terlebih dahulu.

Perkara Ketiga
Menentukan nama blog. Buatlah pilihan nama blog yang anda rasakan sesuai dan mempunyai umpp. Pilihan nama adalah bergantung kepada anda. Anda boleh lihat blog-blog yang menggunakan pelbagai nama seperti blogsampah, ceritaayu, gadiskidal dan sebagainya. Carilah nama yang mudah diingat. Jangan terlalu excited untuk memilih nama ikut selera anda. yang penting orang ingat nama blog anda dengan mudah. Saya menulis untuk laman blog Kadet Remaja Sekolah Negeri Sembilan. Laman Blog ini adalah untuk perkongsian maklumat. Sebagai Ketua Jurulatih Negeri terlalu banyak yang harus saya sampaikan kepada seluruh anggota KRS dan pegawai-pegawai KRS. Jadi saya menggunakan nama yang paling mudah. www.krsn9.blogspot.com

......bersambung

No comments:

Post a Comment