Tuesday 15 May 2012

ENTRI PERTAMA

Salam anak desa tercinta,

Lahirnya blog "di sini kita bersatu" bukan untuk mencabar sesiapa , jauh sekali untuk menunjuk kepandaian. Tapi lahirnya blog ini sebagai satu wadah informasi untuk anak-anak desa tercinta sama ada yang berada di desa ataupun yang berada di perantauan. Satu laman penyampaian informasi, mengumpulkan maklumat untuk menjadi rujukan generasi akan datang, laman untuk mengumpul informasi untuk maklumat rakan sedesa.
Sumber Foto: PAKAM

Sumber Foto: Laman Muka Buku En Yazid Osman

Terlalu ramai anak desa  yang mencipta nama di luar desa dan kadang kita terlupa menghebahkan kejayaan ini sebagai panduan untuk anak-anak, adik adik dan kaum kerabat. Dengan wujudnya laman ini dapat kiranya kita berkongsi cerita, pengalaman, suka dan duka serta menghebahkan informasi terkini untuk semua warga Kampung Air Molek Kuala Sungai untuk Baru.

Sumber Foto: Laman Muka Buku En Ahmad Salehuddin

Tercetusnya idea setelah membaca catatan di muka buku tentang PAKAM yang baru dilahirkan dan dengan sedikit ilmu yang ada, saya cuba menceriakan kisah desa tercinta, kisah perjuangan anak bangsa dan catatan perjuangan PAKAM dalam usaha untuk memajukan desa serta meletakkan Air Molek Kuala Sungai Baru setanding desa-desa lain di Melaka. Terlalu banyak info yang diperolehi dari laman muka buku yang saya rasakan boleh menjadi perkongsian untuk semua. Seperti kata Yang Berbahagia Datuk, PAKAM dilahirkan menjadi penggerak ke arah usaha untuk memajukan desa, mengubah minda dan seterusnya menjana informasi

Terima kasih kepada Yang Berbahagia Datuk Nordin yang memberikan ruang untuk laman blog ini beroperasi. Pada peringkat awal ini, laman ini menggunakan domain percuma. Jika berjaya menarik pengunjung, saya cuba usahakan laman ini menjadi laman rasmi Kampung Air Molek dengan domain dan hosting berbayar. Segalanya akan ditentukan oleh masa.

Bagi yang berminat ingin menyampaikan maklumat atau berkongsi idea atau sejarah desa, sejarah kejayaan dan sebagainya, emailkan butiran kepada saya di akuanakmelaka65@gmail.com agar mudah saya melakukan suntingan dan membuat posting di laman blog ini. Jika ada foto-foto lama yang boleh dikongsikan juga boleh diemailkan kepada saya untuk dikongsikan.

Salam ukhuwah anak-anak desa tercinta.

Jebat
Admin Blog

No comments:

Post a Comment