Sunday 20 May 2012

MENGGAMIT MEMOIR SILAM

Musim Bersawah 2
Setelah padi tuai dan dimasukkan ke dalam tong khas yang dipanggil "kui". Apabila diperlukan, padi-padi akan dijemur di atas tikar. Suatu masa dulu masih ada mesin mengangin padi yang digunakan untuk mengasingkan padi dari hampa. Seingat saya mesin tu dulu ada di rumah aruah Wan Kenit (Sekarang rumah Hj Meran Baba). Jika yang tidak mempunyai mesin, akan menggunakan kudrat manusia. Padi dimasukkan ke dalam nyiru dan bila angin bertiup akan dicurah padi tadi. Hampanya akan terbang mengikut angin. Padinya akan berkumpul setempat. Sains Orang kampung.
Gambar hiasan-rupa mesin angin padi

Ada jadual tertentu, mesin padi akan masuk ke kampung untuk mengisar padi dengan bayaran yang agak murah. Dari hulu hingga ke hilir, mesin pada akan beroperasi seharian. Jika yang tidak berkesempatan, padi akan di bawah ke Pekan Kuala untuk dimesin. Yang mempunyai lesung dan tenaga akan menggunakan lesung untuk menumbuk padi.
Gambar Hiasan
Ada juga padi yang diasingkan untuk dijadikan emping. Proses mengemping biasanya dilakukan pada waktu malam selepas isyak  selalunya. Akan bertingkahlah bunyi antan dan lesung memecah keheningan malam.


No comments:

Post a Comment