Thursday 24 May 2012

Pelbagai Kisah Untuk Diceritakan

Terlalu banyak kisah yang boleh diceritakan tentang desa tersayang. Sama ada yang boleh diceritakan atau off record demi menjaga hati sesetengah pihak. Namun saya cuba mengupas sebaik mungkin kisah-kisah yang boleh diceritakan untuk tatapan semua...

Saya tidak lama di kampung. membesar di luar kemudian pulang ke kampung dalam lingkungan 7 hingga 8 tahun kemudia mencari rezeki di luar hingga sekarang. Namun ada cerita yang sukar dilepaskan dari ingatan...

Sebenarnya di kampung kita, selain kedai Cina dua buah terdapat juga kedai Melayu iaitu kedai Atuk Kassim di hadapan rumah aruah Atuk Awang Arshad. Kedai Atuk Kassim di solok seberang, Kedai Teng Sze (yang ada sampai kini). Dua kedai yang telah tiada ialah kedai Nail (hadapan rumah Atuk Jamil Dolmat) dan kedai Vaduil di hadapan rumah Atuk Embong. Yang ada cuma bekas kedai, barangkali atau telah habis di mamah masa.

Saya terlepas cerita bagaimana terbakarnya rumah Atuk Sulaiman (bapa Cikgu Kalal) dan juga beberapa cerita lain yang berlaku semasa saya di luar. Kebanyakan ikon yang saya sebut telah tiada lagi. Telah lama kembali ke rahmatullah. Namun, saya masing ingat rupa mereka dan keistimewaan mereka.

Juga saya pernah melihat bagaimana aruah Datuk Tambychik (bapa Paklong Sahal dan kakek) ditanduk kerbau di kandang pokok asam di hadapan rumah Wan Lema. Saya juga masih ingat lagi bagaimana perlawanan gasing pernah diadakan di kampung kita. Gelanggang yang saya ingat adalah di hadapan kedai risda. Sekarang ini sudah menjadi rumah Atuk Gawi.

Atau kadang kala membaiki basikal di rumah Long Sani. Bengkelnya terletak di hujung serambi rumahnya dan aruah di kenali dengan nama Sani Bikin kerana kebolehannya mempergunakan  barangan yang sudah rosak seperti asal. Upahnya.... terlalu murah.

No comments:

Post a Comment