Friday 25 May 2012

Hujung Tanjung

Hujung Tanjung..... memang terdapat sebuah tanjung kecil yang terletak di persisiran sawah berhampiran dengan rumah Aruah Pak Long Kadir, Pak Long Sameon. Dulunya adalah jalan keluar masuk dari sawah ke kampung.

Entah dari mana datangnya mitos yang mengatakan tempat itu agak keras. Jadi ramailah yang takut nak berbuat tak tentu hala di situ. Adalah pelbagai cerita yang disampaikan. Adalah pelbagai versi. Tapi sekarang ni saya lihat, budak-budak buat tak tahu jer dengan tempat tu. Bak kata orang kalau dulu kita kena bertabek nak lalu kat situ. Kini hantu syaitan pulak yang terpaksa berkuak bila kita nak lalu.

Dari hujung tanjung, kita boleh melihat senario sawah padi yang luas. Dari hujung tanjung kita boleh melihat perbatasan sempadan antara kampung dan sungai. Masa tu banyak pokok gelam kat situ. dari hujung tanjung juga kita boleh merasai lembutnya tiupan angin.

Kini, semuanya telah berganti dengan lautan pohon sawit. Generasi baru sudah tak kenal padi. Sewaktu saya mengendalikan satu program peringkat kebangsaan di negeri sembilan, ada pelajar yang mengatakan pokok padi sebagai pokok beras. Nak gelak ada. nak marahpun ada.

No comments:

Post a Comment