Tuesday 15 May 2012

Sejarah SK Air Jernih

1. Lokasi Sekolah.

Jarak sekolah ini terletak kira-kira 6 KM dari Pekan Kuala Sungai Baru dan 46 KM dari bandar Melaka. Keluasan kawasannya 1.675 ekar (Lot No. 3187 + Lot No. 3191). Terletak di Kampung Air Molek, Mukim Sungai Baru Hilir, Daerah Alor Gajah.

2. Sejarah Awal Pembukaan Sekolah

Menyedari pentingnya pendidikan kepada anak-anak bangsa, demi menjamin masa depan dan maruah mereka, maka penduduk tempatan dengan dipelopori oleh keluarga Allahyarham Encik Dollah bin Kamal telah berjaya mendirikan satu tempat belajar bagi anak-anak mereka di kampung ini. Pada asalnya bangunan ini berupa sebuah pondok sahaja.

Semenjak dari tahun 1915, di mana sekolah ini diasaskan hingga terdirinya bangunan yang sedia ada pada masa sekarang, ianya telah mengalami beberapa kali perpindahan;

a) Tahun 1915, semasa diasaskan muridnya menumpang belajar di atas serambi rumah Encik Aman Bin Dollah iaitu belajar Quran dan mengira.

b) Tahun 1916 berpindah di sebuah bangsal yang beratap dan berdindingkan rumbia di atas tanah Lot No. 1063.

c) Tahun 1918 berpindah ke kedai Encik Noh bin Ismail di atas tanah Lot 1070 Tahun 1922 berpindah ke rumah kedai Encik Ang Gau seorang bangsa Tionghua di atas tanah Lot 1093 kepunyaan Encik Baba bin Deli.

d) Tahun 1924 berpindah di tanah Lot 1082 kepunyaan Encik Lonjang bin Daiman. Bangunannya adalah sebuah pondok yang tiangnya kayu bulat yang ditanam, berlantaikan simen serta beratap dan berdindingkan rumbia pada paras 3 kaki dari tanah.

e) Pada tahun 1926 berpindah lagi ke tanah Lot 3191 kepunyaan Tuan Imam Alang kerana sekolah asalnya roboh dipukul ribut. Sekolah ini terletak pada tapak rumah guru yang ada sekaran

Perkembangan Sekolah

Pada tahun 1927 sebuah sekolah baru didirikan oleh kerajaan di atas tanah Lot 3187. Bentuk bangunannya bertiang batu dua tingkat, bangunan kayu atap genting, tingkat atas berlantai serta berdinding papan dan tingkat bawahnya berlantaikan simen. Panjang bangunan ini 76 kaki dan lebarnya 29 kaki. Bangunannya dicat hitam. Seramai 65 orang pelajar dalam 5 buah kelas dimuatkan

Di bangunan ini. Bangunan ini sekarang telah diganti dengan bangunan baru.

Pada tahun 1970 sebuah bangunan satu tingkat mengandungi 3 buah bilik darjah telah didirikan bagi menampung bilangan murid yang bertambah. Seterusnya pada tahun 1988 sebuah lagi bangunan baru telah didirikan dari peruntukkan projek gotong-royong. Pembinaan dari projek ini menyediakan dua buah bilik darjah dan sebuah bilik untuk pejabat Guru Besar. Sehingga kini di tanah Lot 3187, terdapat 3 bangunan sekolah, sebuah rumah guru, sebuah kantin dan sebuah padang bola sepak.

1. Jumlah Keramaian Murid

Sekolah Di bawah Pentadbiran Masyarakat Tempatan

Tahun 1915 - 10 orang pelajar lelaki.

Tahun 1916 - 15 orang pelajar lelaki

Tahun 1918 - 20 orang pelajar lelaki

Sekolah Dibawah Pentadbiran Kerajaan.

Tahun 1926 - 60 orang pelajar Lelaki

Tahun 1940 - 90 orang pelajar Lelaki dan perempuan

Tahun 1969 - 215 orang pelajar Lelaki dan perempuan

Tahun 1996 - 153 orang pelajar Lelaki dan perempuan

2. Nama Sekolah

Tahun 1915 - Sekolah Masyarakat

Tahun 1922 - Sekolah Ayer Molek Jajahan 111

Tahun 1927 - Sekolah Melayu Ayer Molek, Kuala Sungai Baru, Melaka.

Tahun 1958- Sekolah Umum Ayer Molek, Kuala Sungai Baru, Melaka.

Tahun 1963- Sekolah Kebangsaan Air Jernih, Kuala Sunagai Baru, Melaka.

3. Pentadbiran.

Guru Besar.

1915-1921 Encik Alias bin Lani ( Ditaja Oleh Masyarakat )

1922-1927 Encik Alias bin Lani ( Dibawah pentadbiran Kerajaan )

1927-1932 Encik Mohamad Bin Tambi

1932-1940 Encik Jaidin bin Akibon

1941-1945 Darurat ( penjajahan Jepun )

1945-1947 Encik Hashim bin Abd Jalil

1947-1948 Encik Bachek bin Bahaudin

1948-1951 Encik Mohamad Amin bin Jaidin

1952-1961 Encik Mohamad bin Md Nor

1962 Encik Mohamad bin Ajum

1963 Encik Tuan Haji Hasim bin Abd Jalil

1964 Encik Othman Bin Shawal

1965 Encik Baba Bin Jais

1966-1970 Encik Tuan Haji Yaakob bin Abu

1971-1975 Encik Tuan Haji Abdullah Bin Kassim

1976 Encik Kari bin Baba ( Memangku Guru Besar )

1977-1982 Encik Baharom bin Rashid

1983-1987 Encik Yusof bin Ahmad

1988-1991 Encik Abu bin Othman

1992 Encik Ibrahim bin Said BKT, PPN, PJK ( Memangku Guru Besar )

1993 Encik Tuan Haji Ismayatim bin Rahimin

1994 Encik Tuan Haji Mohd. Anuar bin Abd Aziz

1995 Encik Mohd Shah bin Haji Achin

1997 Puan Pouziah bte Ghani

No comments:

Post a Comment